Happy birthday Datuk Sheila Majid! Beruntungnya ratu jazz tanah air ini dikurniakan tubuh yang kecil molek dan raut wajah menawan. Genap mencecah usia 60 tahun pada tanggal 3 Januari, penampilan penyanyi bersuara lunak tersebut tetap memikat. Sentiasa nampak berseri dan awet muda!
Menerusi perkongsian di media sosial, dia menerima kejutan hari lahir istimewa daripada suami tercinta, Dato’ Acis. Sweet!
Datuk Sheila Majid Terima Kejutan Birthday!
Walau dirai secara sederhana di rumah dan hanya mengenakan t-shirt hitam tanpa secalit solekan di wajah pun jelas terserlah reaksi bahagia figura popular ini. Tak perlu hadiah dan sambutan yang mewah, ingatan seperti ini sebenarnya sudah memadai.
Suami tercinta yang juga pemuzik, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim menitipkan ucapan penghargaan khusus buat isteri tersayang bersempena ulang tahun kelahiran.
Ads
“Happy birthday to the love of my life and mother of my children. Still looking the same when I married you.”
Tidak ketinggalan, memberi ucapan hari lahir ialah anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz.
Ads
“Happy birthday to my mama! My gang forever! You’re an amazing and special woman, who deserved nothing short of the universe.
Thank you for all the sacrifices you made a real renegade. I love you, ma!”
Selain itu, media sosial Ratu Jazz ini turut dibanjiri ucapan hari lahir daripada rakan-rakan artis dan peminat yang meraikan ulang tahun kelahiran jelitawan ini yang ke-60.
Rumah Tangga Bahagia Datuk Sheila Majid & Dato’ Acis!
Ads
Penyanyi lagenda ini sah bergelar isteri kepada Dato’ Acis pada 3 Jun 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Sementara itu, Dato’ Acis juga merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
Terpaku tengok video tarian Madhuri Dixit yang dikongsikannya baru-baru ini di media sosial. Mengambil salah satu lagu filem Bollywood blockbuster Dil To Pagal Hai, gerak tari Madhuri Dixit nyata memikat perhatian peminat.
Madhuri memuat naik video tarian tersebut bersempena meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai. Difahamkan lagu Are Re Are ialah lagu kegemaran Madhuri dalam filem berkenaan.
Sehingga kini, video itu meraih lebih sejuta likes dengan ribuan reaksi yang membanjiri ruangan komen.
Meskipun sudah berusia 55 tahun, pesona Madhuri masih menambat hati peminat. Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan melahirkan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan jelitawan ini dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian. Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpegun melihat kecantikan ratu sehari, selebriti terkenal Ainul Aishah yang dirias jurusolek Ady Razak dan didandan Ckay Liow. Berseri-seri, terserlah keanggunan Ainul menjelang hari bersejarahnya!
Berusia 37 tahun, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hati, Khalid Redzuan, Ahad lalu.
Ainul atau nama sebenarnya, Ainul Aishah Azizun berkongsi momen indah majlis ijab
kabulnya bersama ahli perniagaan itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di
Instagram.
Sambil menyatakan rasa syukur, pelakon drama Semerah Cinta Humairah itu turut
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang meraikan majlis raja seharinya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, atas berkat doa semua urusan majlis kahwin kamidipermudahkan dan berialan dengan lancarnya.
I am so thankful for everything, i am finally a wife to the most loving man.
I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day.
This memories will last forever in my heart & i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one.” Ainul Aishah
Sementara itu, Khalid turut menitipkan dedikasi
sama menerusi laman Instagram miliknya.
“Two families joined by love. Thank you all for the generosity, love and support you have all shown in making this day finally happen. We truly appreciate you.” Khalid
Imbas kembali, Ainul dan Khalid menjalinkan
hubungan cinta sejak April 2017. Kemudian pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita mana yang tak mahu sentiasa tampil awet muda, kan? Lagi-lagi bila umur dah makin meningkat. Di samping kena yakin dengan kecantikan asli diri sendiri, sebenarnya ada beberapa muslihat yang boleh dipraktikkan untuk menyembunyi garis usia yang kelihatan di wajah.
Anda digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit wajah. Selain itu, masker turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah sekali gus melembapkan kulit.
Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk kening secara seimbang. Kening yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang hidup serta akan ‘membingkai’ wajah dengan sempurna.
Seboleh-bolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandan dengan ikatan ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus dapat dilindungi.
Gunakan pelembap yang bagus kualitinya sebagai ‘makanan’ kepada kulit untuk menjaga keanjalan.
Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
Rawat wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta mengamalkan krim tabir suria.
Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali minyak perlindungan ini.
Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika benar-benar ingin kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Jauhi sinaran matahari terus ke kulit dan sentiasa gunakan krim tabir suria dan krim pelembap serta berhenti merokok.
Makan secara seimbang dan minum air putih secukupnya. Kulit akan kekal lembap dan anjal selain mengurangkan garis-garis halus.
Jauhi stres dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat, ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!