DATIN SERI ZIZIE IZETTE

Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan humble orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti ramai yang beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.

Namun hakikatnya berbeza bagi isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ini apabila Datin Seri Zizie tanpa berselindung mendedahkan tidak terkecuali membeli baju untuk kelima-lima anaknya serendah harga RM10! Macam tak percaya pula, bukan?

IKLAN

Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi! Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi! Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi!

Pendedahan itu dibuat Datin Seri Zizie di Instagram miliknya tidak lama dulu. Enggan dilabel sebagai ‘propa’, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini kemukakan bukti di media sosial. Siap muat naik video lagi. Kata Datin Seri Zizie, “So guys, I just want to share with you kedai murah yang I belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post-post saya di IG sebelum ini.

Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2. Semurah RM10!! Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang ada pakai baju RM10.”

Turut menyatakan hashtag ‘I love being real’ dan ‘Honesty is the best policy’… dalam video yang dikongsikan tersebut jelas kelihatan beliau bersama pembantu peribadi sambil ditemani tiga anak kesayangan. Ujar pelakon berkulit putih gebu ini lagi, kedai tersebut menawarkan pelbagai baju kanak-kanak yang menarik dengan harga berpatutan.

Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi!
Seleksi baju kanak-kanak yang jadi pilihan Datin Seri Zizie untuk anak-anaknya
Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi!
Antara baju yang pernah dibeli di kedai tersebut
Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi!
Baju yang pernah dibeli Datin Seri Zizie di kedai tersebut

Malah, memang ada di antara T-shirt dalam kedai berkenaan pernah dipakai anak Datin Seri Zizie. Kalau dah memang cantik dan selesa, apa salahnya beli! Lagipun kanak-kanak cepat membesar dan daripada membeli baju yang mahal, ada baiknya duit yang selebihnya digunakan untuk pendidikan atau kesihatan mereka kelak.

Datin Seri Zizie bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan beliau menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian. Suatu ketika dulu, Datin Seri Zizie pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.

Ketika disapa peminat yang kagum dan sependapat dengan tindakannya menggaji lima pembantu rumah untuk setiap anak, ini jawapan jujur Datin Seri Zizie.

Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi! Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi! Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi! Low Profile! DATIN SERI ZIZIE IZETTE Mengaku Beli Baju Anak RM10, Siap Tunjuk Kedai Lagi!

IKLAN

“Betul, diaorang masih kecil bawah dua tahun kecuali kakak (Jenna). Dah la time ni tengah lasak panjat berlari sana-sini. Bila dah besar sikit dah tak perlu ramai dah. Dua orang mungkin dah memadai.”

Tidak mahu menafi dan mengetepikan pertolongan maid, Datin Seri Zizie tidak malu mengaku rutin hariannya banyak dibantu oleh mereka berlima.

IKLAN

“Sudah semestinya! Tapi dengan adanya diaorang memudahkan lagi perjalanan hidup seharian tu. Kalau kita sibuk di dapur atau ada kerja lain, ada orang lain yang boleh diharapkan untuk tengok anak-anak.”

Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.

 

 

Kredit foto: Instagram Datin Seri Zizie Izette

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI