Ezzah Aziz Fawzy antara nama besar dalam industri penyiaran negara. Berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyiaran, Ezzah berjaya membuktikan kemampuan diri dan mengasah bakat sebagai penyampai berita, pengacara dan penerbit. Bersandarkan wajah cantik, bakat dan kepetahannya dalam menyampaikan informasi, tidak hairanlah pesona Ezzah masih diingati penonton hingga ke saat ini.
Bakal mencecah usia 60 tahun pada Ogos nanti, Ezzah memulakan karier di TV3 pada tahun 1987. Antara personaliti televisyen lain yang seangkatan dengannya termasuklah Puan Sri Normala Samsudin, Zakiah Anas dan Yusanani Yushak.
Pada era kegemilangan tersebut, Ezzah bukan hanya dikenali sebagai pembaca berita bahkan dia turut pernah mengendalikan program popular seperti Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3 dan pengacara wanita Jejak Rasul.
Kredit Instagram @ezzahazizfawzyKredit Instagram @ezzahazizfawzyKredit Instagram @ezzahazizfawzyKredit Instagram @ezzahazizfawzy
22 Januari lepas, figura jelita ini berkongsi momen pertunangan anakanda tersayang di media sosial miliknya. Tampil anggun dalam persalinan kurung dan tudung polos rona kuning cair, kejelitaan Ezzah meraih pujian ramai. Hanya mengenakan solekan ringkas pun tetap terserlah kecantikan wanita kelahiran Kluang, Johor ini.
Ads
“Alhamdulillah. InsyaAllah Kak Ezzah dan Abang Rezal terima menantu lagi tahun ni. Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan,” kongsinya.
Meskipun tidak lagi aktif muncul di kaca televisyen, aura Ezzah masih menjadi bualan. Mana tidaknya, pada usia mencecah 60 tahun dia masih kelihatan sihat bertenaga.
Walau sudah bergelar nenek dan mempunyai tiga orang cucu, penampilannya sentiasa anggun dalam kelas tersendiri.
Aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang, Ezzah juga gemar bercucuk tanam. Buktinya, taman di kediaman personaliti ini dihias indah dengan pokok-pokok bunga mawar yang tumbuh mekar.
Ads
Enggan mensia-siakan pengalaman dan bakat yang ada, Ezzah pada Oktober 2021 telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hebat!
Ezzah Aziz Fawzy mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Ahmad Rezal Mohd Esa pada 5 Julai 1986. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya matai aitu Dr Fatin, Akif, Amanna, Farhan dan Alya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan main-main ya dengan bucu tudung yang crumple dan tak terbentuk dengan elok. Ia adalah perkara yang paling tidak disukai oleh wanita berhijab apabila tudung yang dipakai senget dan sukar dibentuk.
Malah, kalau tudung tak ‘on point’ boleh rosakkan mood sepanjang hari tau! Terutamanya, apabila menghadiri majlis-majlis penting atau keramaian yang pastinya akan ada banyak sesi bergambar untuk disimpan sebagai kenangan. Kalau tudung buat hal ketika itu memang nahas.
Bagaimanapun, perkara sama tidak menjadi sebarang masalah bagi pelakon genit asal kelahiran Kuala Selangor, Ardell Aryana. Malah Ardell dengan selamba memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya, memaparkan dia memakai tudung ‘senget’.
“Lihatlah dengan hati, bukan sekadar memerhati. Always my favourite fabric,” tulisnya.
Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 34 tahun mula bertudung sejak pertengahan September, enam tahun lalu.
Team NONA sempat meninjau ruangan komen dalam hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata wargamaya memberikan respon positif.
Malah, netizen menyifatkan bahawa apa sahaja yang dipakai oleh aktress yang mempunyai darah kacukkan melayu-cina tersebut pasti kelihatan cantik.
Pada NONA, cantik itu merupakan perkara yang subjektif. Ini demikian kerana, setiap individu mempunyai pandangan serta perspektif tersendiri tentang kecantikan masing-masing.
Apa yang penting, kecantikan luaran perlulah seiring dengan kecantikan dalaman, sikap dan perilaku kita kena jaga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.
Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram @angelinetanyy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jadi tak keruan bila lalu di kaunter kosmetik. Lebih-lebih lagi di bahagian gincu bibir. Kalau ikutkan hati, semua warna hendak ada dalam koleksi peribadi. Disebabkan sudah rambang mata, ramai di antara wanita yang membeli gincu bibir lebih daripada apa yang diperlukan. Itu belum lagi yang tersalah beli sebab warna yang tidak sesuai dengan tona kulit. Sudahnya, hanya guna beberapa kali saja. Membazir betul!
Untuk mengelakkan anda daripada ulangi kesilapan sama, praktikkan tip ini setiap kali berkunjung ke kaunter kosmetik pusat membeli-belah.
Matte
Warna yang terkuat kerana bertekstur matte. Ia mengandungi banyak pigmen. Tidak berkilat dan kurang berkesan memantulkan cahaya. Sapuan gingu matte bertahan lebih lama berbanding sapuan gincu tekstur berkilat. Tidak menyerlah apabila disapu tebal atau berkedut kerana ia tidak mengandungi formulasi pelembab berbanding gincu berkilat. Dapatkan pelbagai jenis warna gincu matte di NITA Cosmetics dengan harga yang berpatutan di sini.
Krim
Gincu jenis ini biasanya pilihan di antara matte dan berkilat. Tektur krim mengandungi lebih lilin (wax) berbanding matte. Gincu jenis krim juga lebih melindungi bibir berbanding jenis lain. Bagaimanapun, penggunaannya penyebab bibir lebih kering.
Berkilau
Juga dikenali sebagai mutiara (pearly) atau frost, gincu berkilau diperkaya formulasi partikel pantulan cahaya mica, silica, mutiara sintetik atau mungkin sisik ikan. Hari ini, gincu berkilat sering disapu untuk menyerlahkan bibir dengan rona warna lebih ringan ketika menghadiri majlis istimewa.
Sapuan Tahan Lama
Masalah dengan semua gincu adalah kerana perlu disapu berulang kali kerana mudah pudar. Gincu jenis tahan lama merupakan pilihan terbaik jika malas untuk bersolek lagi. Adakalanya gincu kategori ini teksturnya sangat kering. Formulasinya berasaskan daripada dua kandungan iaitu bahan asas yang mengandungi minyak silikon untuk mengekalkan warna.
Apabila gincu mulai kering, sapuan berkilat yang tidak berwarna akan mengekalkan kilatan. Sapuan berkilat boleh disapu berulang namun warna asas kekal selagi tidak memadamkannya kecuali menggunakan penanggal solekan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!