Sekali imbas pasti ramai yang menyangka wanita ini baru meniti usia 20an. Hakikatnya, wanita Indonesia bernama Puspa Dewi ini merupakan nenek kepada dua orang cucu dan berusia lebih separuh abad.

IKLAN

26 September nanti, Puspa mencecah usia 56 tahun! Namun penampilannya tidak mencerminkan usia berkenaan bahkan kekal awet muda.

Nama Puspa mula menarik perhatian warga maya termasuk di Malaysia apabila foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bertebaran di media sosial. Waktu itu, dia berusia 50 tahun dan sama sekali tidak menyangka meraih perhatian luar biasa.

Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc

Puspa merupakan isteri kepada Andreas Hadi dan sudah berkahwin selama hampir 29 tahun.  Bukan hanya dikurniakan suami dan anak-anak penyayang, wanita ini juga bertuah kerana mempunyai dua orang cucu comel iaitu Neil Haver Hadi dan Leeon Haver Hadi.

Kongsi Puspa di Instagram miliknya, “Foto saat ulang tahun 50, empat tahun lalu. Tuhan berikan aku viral mendadak sampai aku bingung. Mulai dikenal orang-orang yang semula aku tidak mengerti buat content IG, setelah itu harus belajar buat content dari anak-anakku.”

Ketika sambutan hari lahir ke-55 yang lepas, Puspa berkongsi momen istimewa di samping keluarga. “Perayaan ulangtahun sederhana bersama cucu-cucu tercinta Neil Haver Hadi dan Leeon Haver Hadi serta hubby, Andreas Hadi dan anak-anak Dennis Hadi, Alex Daniel Hadi, menantu Veronica Vivi tidak termasuk calon menantu Priscilla Setio yang tak hadir kerana bertepatan ada acara lain.”

Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc

Melihat perkongsian Puspa di media sosial, wanita ini kelihatan seperti gadis remaja. Lebih-lebih lagi tengok stamina Puspa setiap kali bersenam. Aktif betul!

IKLAN

Ketika namanya tular, dia merupakan seorang pegawai di Bank Danamon Indonesia. Namun kini dia ialah usahawan minuman fiber iaitu Flimty. Flimty mula berada di pasaran Indonesia pada tahun 2020.

Bersandarkan populariti, wajah cantik dan kesihatan Puspa, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apatah lagi anak sulungnya ialah pakar nutrisi dan kecergasan.

IKLAN
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc
Umur 56 Tahun Persis Gadis Remaja, Wanita Ini Jadi Perhatian Sebab Dah Jadi Nenek & Ada 2 Cucu!
Kredit Instagram @puspadewihc

Tak hairanlah Puspa boleh mengekalkan tubuh ideal dan mementingkan kesihatan diri.

Tak lekang mengukir senyuman, ibu kepada Dennis Hadi dan Alex Daniel Hadi ini gemar menjalani amalan gaya hidup sihat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI