Anda pasti memiliki lebih banyak daripada ini, namun tiga senarai ini adalah asas kepada keperluan harian anda.
Ads
BEG SIANG BERSTRUKTUR
Ini adalah beg yang anda akan paling banyak gunakan seharian, bukan hanya kerana anda jauh dari rumah dan tiada masa untuk menukar beg mengikut acara bahkan ia adalah jenis beg yang paling versatil. Beg jenis ini akan nampak elok jika dipadankan dengan apa jua jenis pakaian dari gaya sut penuh, gaun sehinggakan ke gaya kasual dan santai. Beg berstruktur ini datang dari pelbagai jenis saiz yang boleh memenuhi kehendak anda. Misalnya jika anda punya banyak urusan diluar dan perlu membawa pelbagai jenis barang serta dokumen, seeloknya pilih beg tote yang berstruktur.
Ia bukan sahaja boleh memuatkan banyak barang bahkan mampu memberikan gaya lebih serius dan korporat. Namun jika anda tidak membawa banyak barang dan hanya bawa barang asas bersama, pilih beg sandang jenis satchel ia akan nampak sesuai dengan pakaian kerja anda. Untuk pemilihan warna pula, jenis beg harian yang anda bawa setiap hari seeloknya datang dalam rona neutral seperti warna hitam, coklat pekat ataupun beige. Warna putih boleh juga jadi pilihan, namun hari anda ingat bahawa warna ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
BEG KASUAL
Beg untuk gaya kasual tergantung kepada jenis apa yang anda sukai sama ada dari jenis beg hobo tidak berstruktur, beg sandang yang edgy ataupun gaya beg tote klasik yang diperbuat dari kain lembut. Ia bergantung kepada tujuan anda menggunakan beg ini, ia boleh ditentukan dengan melihat busana yang anda gayakan. Sebagai contoh, jika anda keluar berlibur dihujung minggu, mungkin beg tote dari kain lebut sesuai dibawa kerana ia bukan sahaja ringan bahkan boleh memuatkan pelbagai jenis barangan. Selain itu rekaannya yang ringkas dan bersahaja menyerlahkan personaliti anda.
BEG GLAMOR
Beg jenis ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu kategori klasik dan juga extravaganza. Untuk kategori klasik beg clutch rona hitam, perak dan emas metalik amat tepat dengan penggayaan busana seperti little black dress dan gaun malam. Jika anda mahu lari dari gaya klasik ini, serlahkan gaya glamor penuh ekstravaganza dengan pilihan rekaan yang lebih menyerlah. Kebiasaannya beg jenis ini boleh dijadikan sebagai satu tumpuan gaya yang menyerlahkan penampilan keseluruhan anda.
BAGAIMANA HENDAK MEMBELI BEG YANG BETUL?
Ini adalah tiga persoalan yang banyak menjadi tanda tanya saat membeli sebuah beg. Jawapan yang disediakan penulis boleh menjadi panduan dalam pembelian beg anda yang seterusnya.
Bagaimana rupa beg yang sesuai?
Tidak semestinya beg yang anda lihat cantik di atas rak kedai sesuai dengan anda. Anda harus mencubanya terlebih dahulu di hadapan cermin penuh dari bawah ke atas. Sebuah beg seharusnya sesuai dengan bentuk tubuh anda. Jika terlalu besar, ia akan membuatkan anda kelihatan keterlaluan. Jika terlalu kecil pula ia akan membuatkan tubuh anda kelihatan besar.
Selesakah beg ini untuk digayakan?
Jika anda sukakan beg sandang, pastikan kelebaran tali beg tersebut selesa bila diletakkan di bahu. Jalan sedikit sekeliling butik dan pastikan beg tersebut tidak senang terjatuh dari bahu. Anda juga patut tahu untuk apa bg tersebut dibeli. Jika beg sandang itu sekadar untuk membawa sedikit bawang perbadi seperti dompet, alat solek dan kunci, maka beg bertali halus sesuai dibeli. Namun sebaliknya jika anda ingin membawa banyak barang, pilih beg jenis tali lebar.
Bagaimana cara memilih beg yang lebih teratur?
Teratur dari segi kebolehan menyimpan barang adalah satu kriteri beg yang patut diambil kira. Apabila membeli beg pastikan ia memiliki sekurang-kurangnya dua poket tersorok di bahagian dalam agar anda boleh menyimpan barangan kecil seperti alat solek ataupun kunci, jadi anda tidaklah susah mencari barang tersebut.
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai golongan wanita khususnya kaum ibu kagum dengan cara Yasmin Hani Ismail Richardson jaga penampilan diri. Mana tidaknya, bintang filem Cicak Man ini mampu mengekalkan susuk tubuh langsing bak anak dara.
Meskipun hakikatnya dia sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anak. Malah wajah awet muda aktres jelita ini sentiasa menjadi perhatian peminat.
Meniti usia 44 tahun, Yasmin Hani dikenali ramai sebagai pelakon, hos dan personaliti televisyen.
Kepetahannya setiap kali mengendalikan program menjadi tarikan dan bersandarkan bakat serta pakej yang dimiliki tidak hairanlah Yasmin mampu berada dalam industri hingga ke hari ini.
Selain minat berlakon dan mengacara, kecintaan Yasmin terhadap gaya hidup sihat seperti bersenam turut mendorong minat followers setia untuk mengamalkan rutin sihat.
Kebanyakan perkongsian jelitawan ini di media sosial berkisarkan tentang senaman. Tak hairanlah pada usia menghampiri 50 tahun, Yasmin kelihatan sihat bertenaga dan cantik semula jadi.
Nak nampak sihat dan cantik kenalah rajin macam Yasmin Hani. Dalam masa sama, jaga diet harian dan pemakanan seimbang.
Kisah rumah tangga Yasmin menjadi bualan hangat pada hujung tahun lalu apabila dia sah bercerai dengan suami yang juga anggota kumpulan Black Rose, Sha’arin Razali Wong pada tahun 2021 selepas berkahwin selama 10 tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
Noah dikatakan lebih mirip wajah ibunya, Yasmin. Sementara Eissa pula mewarisi ketampanan bapa tersayang, Sha’arin.
Walau ibu tunggal tapi Yasmin cekal menjalani kehidupan dan berdikari menyara kedua-dua anak lelaki.
Selain membuat review pelbagai produk kecantikan dan kesihatan, figura ini juga aktif mewarnai dunia seni.
Hujung minggu ini sudah pasti banyak terima jemputan open house. Sementelah lagi cuti panjang Hari Wesak. Tampil menawan saat memenuhi jemputan open house atau rumah terbuka rakan taulan dengan gaya solekan sebegini.
Gaya dramatis mampu melahirkan mood yang cantik dan sempurna. Selain membuat wajah mempunyai karakter, solakan gaya dramatis menjadikan penampilan berbeza jika dibandingkan pada hari-hari biasa serta tampil menawan bak bidadari.
Setiap bentuk wajah yang berbeza memerlukan teknik pembentukan wajah bagi menutupi setiap kekurangan. Garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir perlu disentuh untuk mendapatkan bentuk wajah yang diingini. Namun, teknik tertentu perlu dipelajari dan warna juga memainkan peranan dalam memperindahkan wajah seseorang.
Bagi gaya solekan begini guna berus untuk menyapu bedak asas. Bagi menyempurnakannya guna span lembut yang dilembapkan dengan sedikit air. Tekan hujung span dengan bedak asas mengikut tona kulit dan tekap di wajah yang sudah dibersihkan. Guna teknik contour bagi pembentukan wajah di bahagian yang mahu ditonjolkan seperti garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir. Kemudian sapu bedak bedak debu dengan berus khusus agar solekan tampil sempurna dan sekata.
Solekan mata adalah perkara utama dalam solekan. Mata boleh berubah bentuk hanya dengan kuasa solekan. Bagi mendapat efek mata yang lebih besar boleh mencuba pengalit mata selain daripada rona hitam. Pilihan rona seperti hijau, biru atau coklat memberikan efek mata yang berbeza. Pakai pembayang mata yang berona terang di bahagian tulang kening untuk memberi kesan mata yang lebih galak. Jangan lupa pakai penyamar noda di bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam bawah mata.
Bentuk bibir boleh berubah dengan solekan. Bagi yang mahu solekan bibir nampak lebih seksi, lukis bentuk bibir lebih besar sedikit daripada asal. Lukis dengan pensil yang berona lebih gelap daripada biasa. Kemudian oles dengan gincu yang rona merah bagi efek lebih dramatik. Bagi gincu yang tahan lama, ketap bibir anda dengan kertas tisu kemudian oles sekali lagi gincu ke bibir.
Diam tak diam, genap tiga tahun Fazeera bergelar suri hati Fizo Omar. Sepanjang tempoh perkahwinan yang berusia tiga tahun itu, pasangan ini cekal melayari alam rumah tangga.
Lebih membahagiakan, mereka dikurniakan rezeki menimang dua cahaya mata dalam tempoh yang singkat.
Tidak sekadar menambah bilangan ahli keluarga, Fazeera yang juga bekas pramugari turut melakar pencapaian sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Kongsinya, “Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung 2 kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar-sedar eh dah berlalu dah.
Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan inshaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Master’s Degree.”
Bersempena ulang tahun perkahwinan ketiga, Fazeera menitip ucapan romantis buat suami tercinta.
“Happy Anniversary Daddy Spoppy. Wish your health and wealth so can produce more babies.”
Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.
Semoga rumah tangga yang dibina Fazeera dan Fizo kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Nabila Razali yang juga merupakan suri hati kepada Nik Iruwan, kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung mereka...