Makan Pizza & Selamatkan Nyawa, Kini Pizza Hut Lancar Program ‘HUT TO HEART’

Pizza Hut melancarkan inisiatif CSR: ‘Hut to Heart’. Fokus inisiatif jangka masa panjang untuk melawan punca ketiga kematian yang utama di Malaysia iaitu kanser.

Dengan keinginan untuk mencari cara yang bermakna untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, Pizza Hut mahu memberikan impak besar kepada komuniti. Ketika Pizza Hut meraikan ulang tahun ke-35 pada tahun ini, inisiatif CSR ‘Hut to Heart’

dianjurkan.

Inisiatif ‘Hut to Heart’ bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia agar mereka menjalani hidup yang lebih gembira, sihat dan bebas kanser bersama mereka yang tersayang serta masyarakat.

Justeru, Pizza Hut ingin membantu dalam mengurangkan kes kanser di kalangan rakyat Malaysia dengan melabur ke arah meningkatkan kesedaran terhadap ujian pengesanan dan akses kepada rawatan.

Di bawah inisiatif ‘Hut to Heart’, ada dua projek yang telah dikenal pasti iaitu ‘SayangiMu’ dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan kerjasama Hospital Sultan Aminah di Johor.

Pizza Hut juga akan memulakan usaha mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk menyediakan pemeriksaan awal secara percuma kepada 1,000 orang wanita di kawasan pedalaman.

Pengumpulan dana ini akan dilaksanakan melalui pelbagai jaringan seperti menu istimewa Pizza Hut, kotak derma di cawangan-cawangan Pizza Hut selain kerjasama dengan para pembekal dan vendor. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share