Makin Cantik & Berusia 9 Tahun, Wajah Terkini YTM Raja Nazira Safya Curi Tumpuan

Kejelitaan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, D.K., D.K.S.A., D.K.A. sewaktu majlis pernikahannya dengan memakai kebaya labuh kontemporari daripada renda Perancis rekaan pereka fesyen terkemuka, Radzuan Radzwill masih menjadi sebutan.

Foto: Instagram @tuankuzarasalim

Kini puteri kesayangan Tuanku Zara Salim yang berusia 9 tahun pula mencuri perhatian rakyat. Aksi comel Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzudin Shah mula tular selepas istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K.N.S, D.K. (Perlis), D.K (Kedah), D.K 1 (Johor), D.K. (Pahang), PhD (Harvard). menjadi Sultan Perak yang ke-35.

Foto: Instagram @tuankuzarasalim
Foto: Instagram @tuankuzarasalim

Raja Nazira Safya semakin cantik dan kelihatan seronok melakukan aktiviti lasak dengan menunggang ATV seperti yang dikongsi melalui akaun rasmi Tuanku Zara Salim. Jelas kelihatan kegembiraan melakukan aktiviti lasak tersebut bersama bondanya.

Foto: Instagram @tuankuzarasalim
Foto: Instagram @tuankuzarasalim
Foto: Instagram @tuankuzarasalim

Puteri kesayangan rakyat Perak ini juga kelihatan seronok dan bergaya santai melakukan aktiviti berbasikal bukit atau mountain bike bersama kekandanya, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah. Agak-agaknya sukan ekstrim apa yang bakal dicuba oleh Raja Nazira Safya nanti.

Foto: Instagram @tuankuzarasalim
Foto: Instagram @tuankuzarasalim

Cucu kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke-34) ini dilahirkan pada 2 Ogos 2011 di Hospital Pakar Damansara, Selangor. Raja Nazira Safya mendapat pendidikan awal diKuala Lumpur International School (Alice Smith School) sejak tahun 2014 sehingga sekarang.

IKLAN
Share