Terpesona dengan aura dan kejelitaan aktres Jue Aziz. Tidak dinafikan sejak awal pembabitannya dalam industri seni sampai sekarang, penampilan Jue sering menarik perhatian.
Menerusi media sosial miliknya, kebanyakan peminat meluahkan rasa rindu dengan lakonan figura ini. Malah rata-rata daripada mereka mengagumi kecantikan Jue yang dikatakan tidak mamah dek usia dan masih mempersona seperti zaman anak dara.
Pernah muncul dalam filem Hantu Bonceng, Jue yang sebelum ini agak menyepi daripada dunia lakonan kembali mewarnai industri.
Pada 2022, Jue mengubati rindu para peminatnya apabila embali menghiasi layar televisyen ketika membintangi drama Ke Hujung Nyawa di samping Fezrul Khan, Rozita Che Wan dan ramai lagi.
Nama Jue Pernah Gemparkan Malaysia, Ini Respon Tuan Badan!
Nama Jue Aziz, pernah menjadi bualan selepas dia memuat naik foto di pelamin dengan seorang jejaka di media sosial. Ternyata, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat.
Ads
Enggan menimbulkan salah faham, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.
“Firstly Jue nak terangkan kat sini, Actually Jue hanya bergambar ambil berkat. Kata oranglah kan atas pertunangan anak buah dan berangan ambil gambar tak salah kan?
“Alhamdulillah Jue really appreciate doa-doa kalian non stop wish DM mendoakan Jue. Manalah tahu berkat doa-doa tu semua jadi kenyataan satu hari nanti dengan jodoh yang real.
Ads
Ada bagusnya jadi macam ni sebab ramai yang masih ingat Jue dah kahwin atau tak pernah kahwin lagi, status Jue. Single lagi ok!
So kat luar sana tak payah nak frustrated sangat. Thanks support Jue really appreciate. Walaupun Jue dah lama menyepi tak sangka masih lagi ramai yang mengikuti perkembangan Jue,” ujarnya.
Mengulas mengenai status permata hati tersayang iaitu Darwish Naufal yang sering dikongsikan di alam maya, ini jawapan jujur Jue.
“Anak Jue, Darwish bukan hasil dari perkahwinan yang lepas ya. Jue ambil Darwish sebagai anak angkat dari Jue belum berkahwin lagi.
Ads
Harap lepas ni tiada lagi salah information yang boleh buatkan sesuatu isu itu menjadi lebih sensitif kepada sesetengah pihak.”
Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmad Daniel Thandian pada 9 Mac 2014.
Namun perkahwinan yang dibina terputus di tengah jalan. Kedua-duanya sepakat mengakhiri perkahwinan mereka secara baik kira-kira lima tahun lalu.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Dari zaman anak dara sampai status ibu tiga anak, penampilan Intan Sarafina macam tak berubah. Kekal awet muda dan langsing. Mana tidaknya, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kembali ini rupa-rupanya sangat aktif bersukan terutamanya dalam acara larian.
Kalau tengok media sosial Intan, memang kebanyakan postingnya berkaitan kecergasan dan gaya hidup sihat. Pernah ‘berehat’ seketika daripada melakukan larian atau senaman berat kerana mengalami kecederaan hingga dibedah, kini Intan kembali aktif dengan hobi berkenaan.
Terbaharu, dia mengikuti Garmin Run Asia 2022. Menariknya dalam larian sejauh 10 kilometer itu, Intan berjaya tamatkan larian dalam masa hanya satu jam!
Walau ia bukan catatan masa terbaik baginya namun Intan gembira dapat menghabiskan acara biarpun berdepan pelbagai cabaran sebelum itu.
Kongsinya, “My second time for this event. Alhamdulillah even though so many dramas happened before the race so glad I finished my 10km in within 1 hour. Didn’t break my PB but it’s ok will try again next one.”
Pada Julai lepas, Intan turut menyertai acara Twincity 12 kilometer 2022 dan dia berjaya mencatat masa terbaik dalam acara itu. “Alhamdulillah a PB for my 10km, 59.04. 9th placing under women’s Veteran Category, 35 years old and above. I didn’t expect this at all but syukur alhamdulillah.”
Intan atau nama penuhnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya mengalami kecederaan kaki hingga terpaksa dibedah pada awal tahun lalu memberitahu keadaan kakinya semakin baik di samping dapat kembali aktif jogging.
Sejak pembedahan kaki itu juga Intan terdetik untuk berhijab dan tekad berubah. Bagi yang mengikuti perkembangan selebriti ini, mesti tahu minat Intan terhadap sukan dan jogging.
Malah, bekas pramugari AirAsia 2004/2005 ini juga kerap berkongsi aktiviti sukan yang diamalkan dengan followers.
“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling.
Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Israfel Raez dan Megat Noah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah jadi macam satu kewajipan kepada wanita menjelang raya ni semua nak nampak cantik, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kecantikan rambut pun bukan boleh dipinggirkan. Yang berhijab pun tetap nak rambut cantik dan terurus menjelang raya Jumaat ini.
Tak perlu susah-susah, guna bunga raya jer pun, rambut boleh cantik beralun. Khasiat bunga raya sudah diperakui sejak turun-temurun dan dipercayai dapat membantu merawat masalah rambut, melebatkan dan menghitamkan rambut.
Hanya dengan meramas bunga raya bersama air, lendir jernih yang terhasil perlu disapu pada rambut dan dibiarkan seketika. Kemudian bilas dengan air dan keringkan rambut secara semula jadi. Sejak dahulu juga masyarakat kita telah menggunakan bunga raya untuk menjaram rambut agar dapat meredakan panas badan akibat demam. Cara tradisional ini juga boleh digunakan untuk merawat bisul, luka dan kegatalan kulit.
Kuasa bunga raya begitu hebat kerana mengandungi zat besi, vitamin A dan C, kalsium serta kaya dengan kandungan serat. Bukan sahaja baik untuk kecantikan rambut, kalsium tinggi yang terkandung di dalamnya membantu pertumbuhan serta kekuatan gigi dan tulang. Selain bagus untuk tulang juga berguna untuk kesihatan mata dan kulit. Seratnya sangat diperlukan untuk memperbaiki sistem pencernaan. Bunga raya juga mampu memperbaiki dan menjana metabolisme tubuh.
Khasiat luar biasa yang terkandung di dalamnya mampu mengatasi masalah rambut nipis dan mencegah tumbuhnya uban pada usia muda. Bunga raya juga berkhasiat untuk mengatasi rambut gugur dengan cara meningkatkan pertumbuhan rambut. Malah dikatakan mampu menguatkan akar rambut sehingga membuat rambut kelihatan berkilau dan sihat.
Manfaat bunga raya untuk rambut terlihat melalui minyak bunga raya. Ia telah menunjukkan hasil yang luar biasa ketika meningkatkan pertumbuhan rambut. Minyak bunga raya kaya dengan vitamin C yang meningkatkan produksi kolagen (rantai asid amino yang memberi kekuatan rambut) dan memastikan pertumbuhan rambut sihat. Bunga raya juga berkhasiat untuk merangsang pertumbuhan kembali rambut daripada folikel yang tidak aktif dan kulit kepala tidak sihat. Selain itu, bunga raya juga membantu menebalkan rambut.
Bukan itu sahaja bunga raya juga membantu rambut daripada kekeringan, kerinting dan rosak teruk. Bunga raya bermanfaat untuk membantu mengatasi masalah kulit kepala gatal dan pertumbuhan kelemumur. Malah daun bunga raya membantu mencegah rambut bercabang dan menjaga rambut tetap kuat, mempunyai nutrisi dan terhidrasi.
KUASA BUNGA RAYA
Topeng Rambut
Khasiat daripada kelopak bunga raya boleh dijadikan topeng atau masker agar dapat melancarkan peredaran darah atas kulit kepala. Nutrisi yang hadir melalui masker ini dapat membantu mengatasi masalah rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut. Jika diamalkan selalu boleh memperlambat proses tumbuhnya uban dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Ambil beberapa kelopak bunga raya dan kisar bersama air. Kemudian biarkan seketika di atas kepala sebelum dibersihkan.
Pewarna Rambut
Bunga raya juga boleh menjadi agen pewarna rambut. Sangat mudah untuk menyediakannya hanya dengan segenggam bunga raya dan segenggam kelopak ros merah. Kisar halus dan ditambah sedikit air. Lumur di atas kepala, semakin lama dibiarkan di atas kepala semakin maksimum efek warnanya.
Syampu Rambut
Terdapat banyak syampu dan perapi rambut yang berasaskan bunga raya di pasaran. Tetapi jika mahu menggunakan resipi semula jadi boleh mencuba dengan merebus 15 helai daun bunga raya bersama bunga raya. Campur 1 gelas air dan rebus selama 15 minit. Setelah sejuk kisar sehingga halus dan gunakan ramuan ini untuk mencuci rambut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersandarkan status ibu selebriti, pastinya Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak terlepas daripada tempias dunia glamor dan jadi tumpuan khalayak. Meniti usia 57 tahun, ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa ini beruntung dikurniakan tubuh badan sihat dan rupa paras menawan.
Masih sihat bertenaga dan aktif berniaga, tak dinafikan ibu sembilan cahaya mata yang juga nenek ini jelita dalam kelas tersendiri.
Mesra disapa Datin Tini, isteri Dato’ Abdul Halim Khan ini menarik perhatian warga maya selepas berkongsi video di media sosial ketika pergi ke kebun di samping suami tercinta.
Tiba dengan menaiki kereta mewah Aston Martin, penampilan Datin Tini yang menyarung kasut berjenama antarabangsa, Dior meraih bualan followers setia.
Kongsi ibu berjiwa penyayang yang menggelarkan dirinya sebagai Mama ini, “Lama dah mama tak kebun buah mama. Alhamdulillah kali ni pergi kebun ada rezeki durian dan rambutan berbuah. Best sangat petik je terus makan.”
Walau usia menghampiri 60 tahun tapi Datin Tini kekal cergas dan awet muda. Dedahnya dia mengamalkan gaya hidup sihat demi menghargai kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum
mandi dan selepas mandi,” katanya yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Sembilan anak Datin Tini ialah Noor Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Neelofa, Noor Nellisa, Nur Athira, Mohamed Aqief, Nur Athisha, Nur Ameera dan Mohamed Faliq.
Datin Tini juga seorang usahawan berjaya yang menguruskan empayar produk Kucate, Young and Glow dan Aunty Tini Kitchen.