Sejak zaman remaja lagi, memang sudah terserlah kecantikan wanita ini. Teringat lakonan Erin dalam filem Tentang Bulan waktu dia masih remaja dulu. Malah, Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.
Ditemui Nona dalam satu majlis pelancaran baru-baru ini, ibu muda berusia 28 tahun ini tak lokek berkongsi amalan kecantikan dan rutin kecergasan apabila ditanya mengenai petua cantik.
Sambil tersenyum manis, Erin mendedahkan, “As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah.
Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka workout.
Selain workout, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Orangnya masih sama, mesra seperti dulu. Berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, Erin Malek dalam pada itu mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Ads
Bagaimana pun hasrat untuk mewarnai dunia seni terpaksa ditangguhkan sementara kerana mahu memberi tumpuan untuk membesarkan dua cahaya mata comel.
Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan menolak dua tawaran sebelum ini memandangkan belum ada masa yang sesuai.
Buat sementara waktu dia aktif membuat content dan kempen produk di media sosial di samping masih mencari masa tepat untuk berlakon.
“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”
Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.
“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.
Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”
Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun tidak lagi aktif dalam arena politik namun semangat Jo-Anna Sue Henley Rampas membela nasib rakyat Sabah masih menebal! Kini jelitawan kelahiran Negeri Di Bawah Bayu berkenaan rancak mengacarakan program podcast Smart Talks Sabah yang mengetengahkan isu berkaitan ekonomi dan sosial masyarakat.
Difahamkan Jo-Anna kini melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajian Politik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selain sibuk dengan tugas pengacaraan dan belajar, Jo-Anna juga merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan.
Menerusi perkongsian di media sosial, figura berusia 36 tahun ini menjelaskan kesukaran menyambung pengajian dengan status yang dipegangnya saat ini. Namun bersyukur mempunyai penyelia dan individu yang menyokong usahanya melanjutkan pelajaran.
“PhD life is no easy journey but having the right support system makes all the difference. I’m incredibly grateful for my amazing supervisors and especially my peers who inspire and motivate me every day.
Huge shoutout to these two wonderful ladies, Norhidayah and Elvy, who are on this journey with me as Graduate Research Assistants.”
Jo-Anna Sue Henley Rampas bertuah kerana bukan saja dikurniakan rupa paras cantik. Malah berpendidikan tinggi dan memiliki jiwa besar untuk membantu masyarakat.
Berasal dari Tuaran, kemunculan Jo-Anna sebagai ahli politik di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi tumpuan umum.
Wanita berwajah Pan Asia ini lantang membawa suara masyarakat Sabah. Patutlah ramai menggelarnya ‘Beauty with Brains’. Tak bersandarkan kepada muka cantik semata-mata, personaliti ini bukan sebarangan wanita.
Dia mewarisi keturunan Inggeris daripada bapa dan ibunya pula berasal dari suku kaum Kadazan. Jo-Anna menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London dan Sarjana Undang-Undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of the West of England.
Anak sulung daripada tiga beradik ini berkahwin dengan Dr Devindran pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Danielle Olumis yang dilahirkan pada 22 September 2020.
Dalam perkongsian di media sosial, Jo-Anna memuat naik momen di samping anak tersayang termasuk ketika bersukan dan hiking dengan mengendong Danielle.
Ketika berusia 18 tahun, dia memenangi pertandingan Ratu Cantik Unduk Ngadau 2007 dan fasih berbahasa Melayu, Inggeris serta Bahasa Dusun.
Fakta tentang Jo-Anna
Semasa di London, figura ini bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan Samsung’s Milk Music untuk Malaysia dan Indonesia.
Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Beliau pernah bergelar penyanyi dan menyertai pertandingan Bintang RTM 2009 sekali gus merangkul tempat kedua.
Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibu, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula Datuk Louis Rampas pernah menjadi ADUN Kiulu dari tahun 1999 hingga 2013.
Dia juga jurulatih kecergasan bertauliah.
Selepas kemenangan parti yang disertai, dia dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Wirawati WARISAN.
Moga gaya hidup sihat dan semangat Jo-Anna menimba ilmu pengetahuan menjadi inspirasi buat golongan wanita untuk mengecapi impian mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak awal kemunculannya dalam industri seni ramai yang tertarik dengan raut wajah Vanidah Imran. Bahkan selepas lebih 20 tahun bergelar anak seni, aura dan pesona Vanidah atau mesra disapa Vee ini masih berbisa.
Tambahan pula apabila melihat penampilan terkininya. Kekal anggun dan kelihatan lebih cantik meskipun meniti usia 49 tahun.
Aktres berbakat besar yang menyerlah dalam filem The Red Kebaya ini telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007.
Dia yang memulakan karier seni pada usia 21 tahun menerusi filem pertamanya ‘Putera’ arahan Aziz M Osman turut pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 dan berjaya merangkul tempat kedua!
Memang tidak hairanlah Vanidah mampu mengekalkan susuk tubuh ramping dan wajah awet muda sampai ke hari ini. Dah namanya pun bekas ratu cantik.
Kejayaan yang diraih Vanidah bukan calang-calang. Selain menerima pengiktirafan dalam bidang seni lakonan, dia juga merupakan selebriti yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik.
Mac lalu, Vanidah berjaya menggenggam Sarjana Seni Persembahan (Drama) sempena Istiadat Konvokesyen ke-61 Universiti Malaya. Kejayaan ibu tunggal ini sekaligus membuktikan anak seni juga berpelajaran tinggi.
Beliau sebelum ini memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia (2015).
Vanidah yang berdarah keturunan India – Jawa sememangnya seorang wanita cantik yang sarat dengan nilai wanita Timur penuh kelembutan. Namun, dalam kelembutan ibu dua
anak ini dia rupa-rupanya seorang yang sangat aktif.
Misalnya kira-kira dua tahun lalu, Vanidah menyertai sebuah acara larian marathon di Tokyo, Jepun sejauh 39.8 kilometer!
Tak cukup itu, Vanidah juga merupakan ahli persatuan silat cekak dan mewakili kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi menyertai Pertandingan Akhir Chungju Martial Arts Masterships 2019 di Korea Selatan.
Terinspirasi dengan amalan gaya hidup sihat Vanidah Imran. Walau dah berusia lewat 40an pun tetap aktif.
Sebelum ini Vanidah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rashidi Ishak namun bercerai pada Ogos 2018 selepas 17 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Kredit foto: Instagram Vanidah Imran
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya, beberapa selebriti tanahair kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat masing-masing. Antara selebriti yang kini sedang menunggu saat kelahiran termasuklah Datin Elvina Mohamad.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Haniff Borhan ini berkongsi beberapa foto “maternity shoot” dirinya dan suami tersayang. Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah usia 36 minggu.
Meskipun sedang sarat hamil, seri ibu hamil ini jelas terserlah melalui beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Rasa teruja untuk menatap wajah cahaya mata keduanya menjadi caption untuk hantaran berkenaan di mana Elvina melahirkan rasa tidak sabar menatap wajah anak keduanya itu.
Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.
Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun.
Semoga dipermudahkan proses kelahiran dan mendapat zuriat yang sihat dan sempurna!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.