Ikan adalah antara makanan sihat terbaik untuk tubuh. Kaya dengan nutrien seperti protein dan vitamin D. Malah ikan juga kaya dengan sumber asid lemak omega-3, yang sangat penting untuk tubuh.
Ikan tinggi dengan sumber nutrien penting
Keseluruhannya, setiap jenis ikan sangat baik untuk kita. Ia mengandungi protein berkualiti tinggi, iodin dan pelbagai vitamin serta mineral tambah-tambah lagi ikan yang tergolong dalam golongan ‘fatty fish’ seperti salmon, sardin, tuna dan tenggiri.
Fatty fish ini tinggi dalam nutrien lemak termasuk vitamin D, nutrien yang bertindak seperti steroid hormon dalam tubuh. Asid lemak omega-3 ini penting untuk tubuh dan otak untuk berfungsi dengan baik. jadi, amalkan makan ikan dua kali seminggu untuk mendapatkan nutrien terbaik untuk tubuh.
Kurangkan risiko serangan jantung dan strok
Kedua-dua penyakit ini saling berkait rapat dan sangat digeruni. Asid lemak pada ikan memberi kebaikan kepada kesihatan jantung disebabkan kandungan omega-3. Terdapat banyak kajian menunjukkan kebaikan ikan pada tubuh manusia.
Nutrien penting untuk perkembangan
Lemak asid omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan otak dan kesihatan mata. Ini diikuti DHA yang terkandung dalam ikan. Sebab itu ibu-ibu yang menyusu atau yang sedang hamil sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Namun, perlu diingat, sesetengah ikan mengandungi bahan merkuri tinggi, ironiknya membawa kepada masalah perkembangan otak. Disarankan, wanita hamil untuk makan ikan salmon, sardin dan trout tidak lebih daripada 340gm seminggu. Kena rajin menimbang ya!
Ads
Membantu kawal depresi, menjadikan anda lebih gembira
Kemurungan adalah gangguan jiwa yang sangat serius dan biasa berlaku, tambah-tambah lagi sejak akhir-akhir ini. Ciri-cirinya; emosi sering terganggu, kekurangan tenaga dan hilang minat untuk menyertai aktiviti mahupun bersosial.
Terdapat kajian menunjukkan asid lemak omega-3 bertindak melawan depresi. Maksudnya, ikan boleh membantu membuatkan anda lebih gembira dan meningkatkan kualiti kehidupan lebih baik untuk anda. Malah asid lemak omega-3 juga membantu gangguan jiwa seperti bipolar disorder.
Sumber vitamin D
Vitamin D sentiasa mendapat perhatian dalam dunia kesihatan. Vitamin ini menjadi hormon steroid dalam tubuh lebih-lebih lagi bagi anda yang jarang ‘bertemu’ matahari. Jika anda tidak suka makan ikan, boleh juga cuba mengambil pil minyak ikan atau supplemen yang mengandungi vitamin D.
Ads
Mengurangkan risiko Type 1 Diabetes
Autoimmune disease berlaku apabila system imunisasi menyerang tisu badan yang sihat sebagai contoh penyakit diabetes tahap 1. Ia menyerang sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Baik untuk anda mahupun kanak-kanak, ikan sentiasa membantu memelihatan kesihatan anda menjadi lebih baik.
Membantu mencegah asma pada kanak-kanak
Rasa sukar bernafas dan dada menjadi sesak adalah tanda-tanda asma yang ketara pada kanak-kanak. Ada yang mengaitkannya dengan masalah genetik, ada juga yang mengatakan ia disebabkan persekitaran berhabuk dan tercemar.
Kajian menunjukkan pengambilan ikan yang kerap boleh menurunkan risiko asma kepada kanak-kanak sebanyak 24%, tetapi tiada kesan signifikan pada orang dewasa.
Ads
Melindungi penglihatan ketika berusia
Semakin awal anda mulakan pelan pemakanan dengan pengambilan ikan, semakin tinggi peluang anda untuk menjaga penglihatan. Walaupun sudah berusia, anda masih memiliki penglihatan yang terang dan jelas!
Meningkatkan kualiti tidur
Anda susah tidur? Berita baik untuk anda! Dalam kajian selama 6 bulan terhadap 95 lelaki pertengahan usia, pengambilan ikan salmon dalam setiap hidangan 3 kali seminggu membawa perubahan dalam rutin tidur mereka. Para pengkaji memberi spekulasi mungkin ia disebabkan vitamin D yang ada pada ikan salmon.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kate Middleton mencuri perhatian dunia dengan membuat penampilan sulungnya sebagai Puteri Wales di samping menyarung tiara rasminya! Kate dilihat memakai tiara pertamanya selepas 3 tahun untuk sebuah acara makan malam di Istana Buckingham. Jamuan itu diadakan sebagai sebahagian daripada rangka lawatan negara pertama pemerintahan Raja Charles III, yang mengalu-alukan kehadiran Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, ke U.K.
Pada makan malam yang penuh elegan itu, Puteri Kate memakai gaun putih yang direka oleh pereka Jenny Packham beserta tiara kegemarannya iaitu tiara Queen Mary’s Lover’s Knot.
Dengan gabungan mutiara dan berlian yang disusun indah, tiara itu juga merupakan tiara kegemaran mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana. Menurut Court Jeweller, tiara yang menakjubkan itu berusia lebih daripada satu abad dan pada asalnya ditauliahkan daripada tukang emas Garrard oleh Ratu Mary sama ada pada tahun 1913 atau 1914. Ia adalah replika tiara yang dimiliki oleh nenek Mary, Puteri Augusta dari Hesse, Duchess.
Kate juga dilihat memakai anting-anting yang sebelum ini dimiliki Puteri Diana dan gelang dari kotak barang kemas Ratu Elizabeth.
Pada 10 September yang lepas, Catherine Middleton akhirnya bergelar seorang puteri dan mewarisi gelaran Lady Diana iaitu Puteri Wales (Princess of Wales) dan gelaran ini digunakan untuk isteri pewaris takhta British. Pemegang terakhir gelaran tersebut ialah mendiang Diana yang pada tahun 1997. Status Princess of Wales yang menjadi milik Kate ini adalah kali kedua diguna pakai selepas kemangkatan mendiang Puteri Diana pada 1997.
Kredit foto: Getty Images
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan sekaligus menjaga diet pemakanan. Tapi, ada yang work hard dan bukan work smart. Berat badan masih di tahap lama dan energi semakin kurang. Mengapa?
Ramai yang ambil langkah skip sarapan pagi atau makan terlalu sedikit. Sebenarnya anda mendorong tubuh untuk lapar sebelum waktu dan menggalakkan otak memberi signal anda perlu makan dengan lebih banyak, mengambil snek secara berlebihan dan kurang bertenaga. Ini boleh merosakkan mood!
Apakata kita teliti perkongsian pakar diet, Jillian Greaves.
Skip sarapan pagi
Breakfast like a king! Sarapan pagi adalah hidangan penting perlu diambil setiap hari. Bayangkan jika anda terus skip sarapan pagi setelah berjam-jam tidak makan (ketika tidur), tentunya hari anda akan lebih suram dan rasa tak bertenaga.
Kajian menunjukkan, jika seseorang sering mengambil sarapan pagi, mereka di dapati mempunyai paras BMI rendah. Ambil lebih banyak kalsium dan serat setiap hari untuk membantu anda lebih fokus sepanjang hari.
Gangguan ketika makan
Kesibukan pagi menguruskan anak-anak, meluangkan masa untuk bersolek dan menguruskan hal-hal lain pada waktu pagi membuatkan anda bergegas untuk untuk ke tempat kerja. Jarang kita ada masa untuk menikmati satu per satu hidangan pagi di depan mata.
Multitasking memang bagus tetapi jika multitasking sambal bersarapan, anda sebenarnya makan tetapi tak kenyang malah mendorong untuk anda makan lebih banyak. Rancang jadual dengan baik dan nikmati sarapan dalam keadaan tenang dan selesa.
Makan terlalu cepat
Jika anda makan terlalu cepat, badan anda tak sempat untuk menyampaikan maklumat kepada otak seterusnya memberi signal anda sudah kenyang.
Bekal makanan
Jangan tunggu perut terlalu lapar sebelum membeli hidangan tengah hari, tambah-tambah lagi jika anda terlalu sibuk di tempat kerja. Anda juga lebih mudah terpengaruh dengan rakan sekerja yang gemarkan makanan segera yang lebih mudah di dapati. Jadi, sediakan bekalan hidangan sihat sebelum ke tempat kerja.
Skip snek pagi
Selepas sarapan pagi, anda juga perlu membekalkan diri dengan snek ringan dan sihat sementara menunggu hidangan tengah hari. Sebiji epal sudah cukup untuk mengalas perut sementara menunggu jam 1 petang.
Minum kalori
Minuman pagi seperti kopi atau jus dengan gula tambahan tidak disarankan jika anda ingin menjaga diet. Pakar diet menyarankan agar anda mengunyah makanan berbanding hanya minum saja. Namun, jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan dan tinggi serat boleh mengenyangkan anda.
Buah-buahan dan sayuran sebelum tengah hari
Pilihan paling mudah untuk dinikmati sebagai sarapan tentunya kuih-muih. Pemilihan makanan ini boleh menyebabkan anda kurang mendapat serat dan vitamin semula jadi. Pastikan anda makan sarapan berkhasiat dan seimbang.
Menyisihkan real food
Kaunter pandu lalu di restoran segera paling mudah untuk anda dapatkan sarapan pagi. Apa kata tukar haluan dengan membuat pilihan dan rancang pelan pemakanan anda dengan lebih bijak. Simpan stok yogurt, kacang badam, buah-buahan seperti pisang, epal dan avocado di rumah. Ini lebih berkhasiat dan mengenyangkan!
Tambah protein sebelum tengah hari
Kuih-muih yang anda makan pada waktu pagi penuh dengan karbohirdat dan gula sahaja, sehingga anda cepat letih sebelum menjelang tengah hari. Mungkin selepas ni anda boleh tambah sedikit protein seperti telur setengah masak atau mentega kacang supaya anda boleh bertahan lebih lama.
Tak cukup air
Minumlah air kosong dengan kuantiti yang sesuai dengan tubuh pada waktu siang. Anda tidak digalakkan minum air kosong dengan banyak pada waktu malam kerana ia menyukarkan buah pinggang untuk menapis air berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dan bernaung di bawah parti DAP.
Wanita cantik yang lebih mesra disapa Rara masih muda dan kini menginjak ke usia 30 tahun. Rara memperolehi Diploma Kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Setelah berhenti darida menjadi jururawat Rara membuka sebuah klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur.
Pada 7 Mac lalu Rara sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya seorang Pengurus Pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah, 32 tahun. Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu runtuh lantaran tiada persefahaman lagi di antara suami isteri ini. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Walau bagaimanapun, kelibat Rara sering mencuri tumpuan kerana sering tampil cantik namun ringkas dan menarik. Rara sering tampil cantik dan bertudung bawal, memilih warna merah dan memakai jersey.
1. Sering tampil bertudung bawal
2. Menggemari warna merah
3. Suka memakai jersey
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada Allah jua kita kembali. Baru beberapa hari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihanraya Negeri Sabah ke-17, Datuk Seri Bung Moktar Radin kembali ke rahmatullah pada 5 Disember 2025.