Mangkuk Tingkat THE TEPEN Cetus Nostalgia, Idea Kreatif Datin Seri Norazlina Awang Had

Kagum seketika saat melangkahkan kaki ke dalam restoran eksklusif ini. Interiornya yang menarik serta unik mencerminkan elemen moden klasik. Dominasi earth color pada perabot serta elemen-elemen dekorasinya cukup mendamaikan jiwa.

Ditambah pula dengan alunan muzik sentimental menjadi tarikan utama pada The Tepen yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Paling menarik, hiasan interiornya yang berbentuk tepen atau mangkuk tingkat yang digantung kemas pada bahagian atas meja hidangan. Ia merupakan simbolik pada restoran ini.

Selain dipanggil mangkuk tingkat, ia juga disebut sebagai ‘Sia’. Ada juga di sesetengah tempat termasuk Indonesia yang menyebutnya sebagai ‘Lonjak’ atau ‘Rangkit’. Unik, kan?

Sofa empuk rona coklat gelap dari fabrik mewah memberi keselesaan buat para pengunjung. Begitu juga dengan pencahayaannya yang redup mencetuskan ambien eksklusif dan elegan.

Turut disediakan sebuah ruang santai di hujung penjuru restoran dilengkapi set kerusi dan meja bersama hiasan klasik yang nostalgic. Sesuai buat mereka yang mahukan suasana privasi ketika menjamu selera bersama yang tersayang mahupun rakan-rakan.

The Tepen yang beroperasi sejak tahun 2019 menyediakan seleksi menu citarasa Asia dan Barat yang enak-enak belaka.

The Tepen diasaskan oleh bekas penyampai berita EDISI 7 dan hos ntv7 iaitu Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had. Beliau merupakan isteri kepada Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menjadi pendorong utama untuk beliau meneruskan minat dalam dunia perniagaan. Datin Seri Norazlina merupakan ibu kepada 3 orang anak berusia 21, 17 dan 11 tahun.

Datin Seri Norazlina Tan Sri Awang Had.

Saya adalah pemilik dan COO The Tepen Cafe yang dimiliki penuh oleh syarikat LAWABANA SDN BHD yang mula beroperasi di Cyberjaya sejak Oktober 2019. Ini merupakan langkah pertama kami untuk melibatkan diri dalam F&B.

Bersama suami tercinta, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Keluarga bahagia.

Alhamdulillah kemunculan The Tepen Cafe di Tamarind Square, Cyberjaya mendapat sambutan menggalakkan. Boleh dikatakan full house setiap hari terutamanya ketika lunch time,” kongsi Datin Seri Norazlina ringkas.

Seorang ketua yang rajin ‘turun padang’.

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur manakala keluarganya berasal dari Kedah dan Pulau Pinang. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing untuk Diploma Reka Bentuk Grafik. Kemudian beiau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Auckland University of Technology di New Zealand jurusan Reka Bentuk Grafik. Sebelum terlibat dalam dunia penyiaran, Datin Seri Norazlina memulakan kariernya sebagai pereka grafik bebas dan pengarah seni di pelbagai agensi reka bentuk serta pengiklanan.

Untuk melihat menu-menu menarik lagi menyelerakan di The Tepen, layari https://thetepen.wordpress.com/

Kredit Foto: Instagram @norazlinawanghad @thetepen.my

IKLAN
Share