MashaAllah, besarnya saham akhirat satu keluarga mangsa nahas tragedi MH17 ini. Mengimbas kembali insiden tragis yang berlaku hampir lima tahun lalu saat umat Islam sedang menjalani hari ke-19 berpuasa, Tambi Jiee dan isteri serta empat anak mereka telah pergi menghadap ilahi selepas pesawat yang dinaiki mereka ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai 2014.
Seakan mengulangi ‘sejarah’ sama tahun ini… tanggal 13 Mei lepas bersamaan 8 Ramadan, nama kesemua mereka kembali menjadi bualan apabila sebuah masjid indah di Kuching, Sarawak dikhabarkan siap dibina hasil wang pampasan keenam-enam keluarga berkenaan. Allahu, sesungguhnya niat waris keluarga Tambi Jiee dan isterinya, Ariza Ghazalee untuk menggunakan wang yang diterima ke arah kebaikan dimakbulkan.
Diberi nama Masjid Al-Ghazali yang terletak berdekatan kawasan perumahan di Petra Jaya, kos pembinaan masjid yang dihias dengan reka bentuk serba moden berunsurkan rona kelabu ini bernilai RM3.5 juta yang sebahagian besarnya adalah wang pampasan keenam-enam mangsa yang maut dalam tragedi menggemparkan dunia itu.
Menurut pengerusi masjid yang juga adik bongsu Ariza, Sumardi Ghazalee yang ditemubual Bernama… idea untuk membina masjid tercetus ketika ibu mereka meluahkan hasrat untuk melihat wang yang diterima disalurkan kepada perkara yang memberi manfaat kepada semua arwah.
Ads
“Kami memang sedih semasa menerima berita kematian semua Allahyarham tapi dengan adanya wang pampasan itu… kami sebagai keluarga mangsa berharap usaha ini dapat membantu mereka di alam sana. Jadi kami adik-beradik sepakat mendirikan masjid ini dan berharap agar ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk sekitar di samping memberi pahala yang berterusan untuk arwah.”
Ads
Katanya lagi, sebahagian besar kos pembinaan masjid adalah wang pampasan mangsa. Manakala sebahagian lagi daripada orang awam yang berinfak dan sumbangan pihak Kerajaan Negeri Sarawak. Masjid Al-Ghazali dianggarkan mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah yang dilengkapi dengan ruang solat utama, ruang solat jemaah wanita, blok tandas, tempat wuduk, bilik pejabat, runag parkir, bilik pengurusan jenazah dan kediaman imam yang bakal dilantik kelak.
Pembukaan Masjid Al-Ghazali telah dibuka kepada umum pada 13 Mei lepas yang dimulakan dengan majlis berbuka puasa, disusuli solat Maghrib dan Isyak serta solat Tarawih berjemaah.
Ads
Selain Tambi yang juga jurutera petroleum dan isterinya Ariza, insiden turut mengorbankan semua anak mereka iaitu Muhammad Afif, 19 tahun, Muhammad Afzal, 17 tahun, Marsha Azmeena, 15 tahun dan Muhammad Afruz, 13 tahun. Ketika kejadian, Tambi sekeluarga yang berasal dari bandar raya ini dalam penerbangan pulang dari Astana melalui Amsterdam untuk menyambut Aidilfitri di tanah air.
Seterusnya berpindah tugas ke Kuala Lumpur selepas menamatkan perkhidmatannya selama tiga tahun di Shell Kazakhstan. Tragedi turut mengorbankan 292 penumpang dan anak kapal lain.
Sumber: Bernama, Berita Harian & Kosmo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik Anzalna Nasir memang sangat terkenal dengan budi bicaranya yang lembut dan mempunyai hati mulia. Keberkatan bulan Ramadan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anzalna untuk beramal.
Anzalna berhasrat untuk menjual lukisan hasil tangannya sendiri dan kutipannya disalurkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah, tak semua orang ada niat yang baik macam Anzalna ni. Dah la cantik, lemah lembut, pandai berlakon dan ada bakat melukis pula tu.
Difahamkan, Anzalna hanya berkesempatan untuk kembali menghasilkan karya-karya yang lahir dari hati setelah lebih 20 tahun tidak memegang kanvas dan berus selepas berhenti mengambil tawaran berlakon untuk beberapa bulan ini.
Iyalah, sambil menjaga rumah tangga yang telah dibina selama dua tahun bersama suami tercinta Hanif Zaki, boleh isi waktu yang terluang dengan melakukan aktiviti kegemaran untuk beramal. Baru suami sayang. Betul tak?
Siapa sangka, bakat melukis yang ada pada mulanya hanya dijadikan sebagai hobi sekarang ini boleh meraih pendapatan dan membantu golongan yang memerlukan. Atas permintaan ramai juga, Anzalna mengasah bakatnya dengan cuba melakar potrait perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad.
Hasil painting Anzalna juga mendapat sambutan hangat sehingga lukisan belum siap tapi dah ada orang booking! Apa yang menarik lagi, lukisan Anzalna juga pernah dijual sehingga ke Kanada! Anzalna juga berjaya untuk membuat sedikit sumbangan dengan menyerahkan hasil karyanya untuk digantung di Hospital Kuala Lumpur.
Cantik-cantik painting Anzalna, bukan? Tak sabar Nona nak tengok hasil karya Anzalna yang lebih love lagi selepas ni.
sumber: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, isu video promosi kempen kerajaan yang dilakukan oleh pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun tular dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, klip video membabitkan kementeriannya yang memaparkan pelakon Rosyam Nor dianggap sebagai memperlekeh dan menjatuhkan maruah dan martabat wanita.
Dalam satu kenyataan di hantaran Twritter nya, YB Hannah Yeoh yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Subang Jaya berkata ini bukan kali pertama Rina menggunakan publisiti yang memalukan kementerian.
“Lebih teruk lagi, Rina dan pegawai Yayasan Kebajikan Negara hanya berdiri dan tersenyum apabila dilemparkan cacian terhadap wanita,” katanya merujuk kepada video TikTok yang viral semalam. Selain itu, lagak Rosyam bercakap menggunakan bahasa samseng, dipercayai meniru watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster 2 dilihat agak keterlaluan dalam video promosi untuk program keusahawanan kementerian itu.
Kredit foto: Twitter Hannah Yeoh
Kedua-dua pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang dilihat tidak senang dengan dialog Rosyam yang didakwa memperlekehkan wanita. Dalam klip tersebut, Rosyam berkata wanita “sentiasa bangun lambat” dan bahawa “aku nak belasah kepala korang”, dengan Rina yang tersenyum melihat gelagat pelakon itu.
Isu ini turut disuarakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said. Beliau yang menulis di hantaran Twitter nya berkata, “YBM, elok @KPWKM ditukar kpd “Kementerian Pembangunan Keluarga”, buang je perkataan “wanita”. Senang kerja. Rugi semua usaha Kem dlm isu Menentang Keganasan thdp wanita bagai Mencurah Air ke Daun Keladi. Kesian.
Kredit foto: Astro AWANI
Namun melalui kenyataan balas Datuk Rosyam Noor menerusi portal Mstar, beliau berkata, perkataan yang ditutur tidak perlu difahami secara negatif, sebaliknya hendak dilihat dari sudut positif. “Program yang saya jalankan itu memberi semangat dan kesedaran untuk kaum wanita bangkit dalam perniagaan”.
Isu ini bila dilihat agak sensitif apabila melibatkan gender. Mungkin penggunaan bahasa untuk mempromosi boleh disusun dengan lebih kemas, memandangkan negara Malaysia terkenal dengan masyarakatnya yang berbudi dengan adab yang sopan kala tertutur. Apa pula pendapat pembaca setia kami?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Meghan Trainor yang terkenal dengan lagu berjudul All The Bass berkongsi berita gembira di Instagram miliknya bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.
Bayi lelaki yang diberi nama Barry Brurce itu dilahirkan pada 1 Julai lalu secara pembedahan dengan berat 3.62 kg.
Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.
“Pada 1 Julai (ulang tahun ketujuh tarikh pertama kali bertemu) kami menyambut kelahiran Barry Bruce Trainor ke dunia.
Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.
“Dia seorang bayi lelaki seberat 8 paun (3.62 kilogram) dan dilahirkan secara pembedahan,” tulisnya.
Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.
Lebih istimewa tarikh tersebut turut menjadi ulang tahun ketujuh perkenalan Trainor dengan suaminya, Daryl Sabara.
Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.Kredit Foto: Instagram Meghan Trainor.
Untuk info, Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018.
Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Riley Sabara yang berusia dua tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...