Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen Rico Rinaldi yang terkenal dengan rekaan busananya yang menawan, disarung indah dan sempurna lelaki mahupun perempuan, baik orang biasa, golongan VIP mahupun selebriti.

IKLAN

Kerjaya sebagai pereka fesyen sememangnya glamor, apatah lagi dengan sentuhan magis dan daya kreativiti mereka merealisasikan impian pelanggan untuk tampil menawan mengikut citarasa dan pilihan mereka.

Selepas pulang dari mengerjakan haji baru-baru, pereka fesyen berkenaan baru-baru ini mengumumkan bahawa beliau kini sedang ‘berhijrah’. Jelasnya, Rico enggan lagi mereka dan menolak tembahan busana yang seksi selepas mendapat penjelasan dari seorang pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun.

“Ini Hijrah Kecil Saya” – Rico Rinaldi Enggan Lagi Reka Busana Seksi Demi Bekalan Akhirat, Klien Mula Batal Tempahan

“Allahu Akbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. Mari bersama menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada, insyaAllah kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini”, jelas Ustazah Asma’ Harun.

Rico yang juga graduan Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing ini meluahkan hasratnya itu, dan perkhabaran itu mendapat respon positif dari peminat dan pendamba rekaannya itu. Ramai yang memuji niat Rico untuk tidak lagi mengejar ‘nikmat dunia’.

Namun ‘penghijrahan’ Rico tidak mudah. Selepas mengumumkan keputusannya itu, Rico mendedahkan hampir 10 orang kliennya membatalkan tempahan malah ada yang meminta dipulangkan semula duit deposit/pendahuluan yang telah dibayar awal oleh mereka.

IKLAN

“Ini Hijrah Kecil Saya” – Rico Rinaldi Enggan Lagi Reka Busana Seksi Demi Bekalan Akhirat, Klien Mula Batal Tempahan

“Fuh, satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000 tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata,” tulis Rico.

IKLAN

Namun, Rico kekal tenang dengan situasi yang menimpa dan menjelaskan “Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga,” jelas Rico. NONA mendoakan penghijrahan Rico Rinaldi ini berjalan lancar. Semoga Rico sentiasa istiqomah dalam niatnya.

Kredit foto: Instagram (@thericorinaldi)

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI