Manis Berhijab, Terpancar Pesona Tengku Puteri Afzan Persis Bondanya TUNKU AZIZAH

YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah merupakan puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan

Tengku Puteri Afzan merupakan pasangan kembar kepada YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan

Tengku Puteri Afzan selaku anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama-sama 7 kekanda yang lain antara 58 penerima darjah kebesaran pada Istiadat Pengurniaan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-61 Sultan Pahang, baru-baru ini.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan

Anakanda Seri Paduka, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, mendahului senarai penerima dengan pengurniaan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama kekanda baginda, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan

Lima lagi anakanda Seri Paduka menerima darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera, iaitu YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan

Istiadat pengurniaan di Istana Abu Bakar, Pekan dan disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Foto: Instagram @tpafzan
Foto: Instagram @tpafzan
IKLAN
Share