Gaya Hidup

Manis Macam Ibu & Cantik Berbusana Merah Jambu, Anak Sulung Datuk Sheila Majid Selamat Bertunang!

Terpesona dengan keanggunan Wan Nur Khaleda, anak sulung kepada Datuk Sheila Majid yang selamat bergelar tunang orang baru-baru ini. Melihat penampilannya, jelas terserlah cahaya mata sulung Ratu Jazz tanah air ini mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Difahamkan Wan Nur Khaleda atau mesra disapa Kayda mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan, Syafiq Othman. Tahniah!

Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Sheila Majid, majlis pertunangan anak perempuannya diadakan di Restoran Gamelan, Ara Damansara pada 15 Jun lalu.

Pada majlis tersebut, Khaleda tampil anggun dalam persalinan tradisi moden merah jambu lengkap berselendang. Terpancar wajah bahagia Khaleda yang juga merupakan penyanyi dan penulis lagu.

Anak Sulung Datuk Sheila Majid Selamat Bertunang

Turut menjadi tumpuan, pastinya pelantun lagu Sinaran tersebut yang kelihatan ceria meraikan hari istimewa anak tersayang. Pada majlis itu, Datuk Sheila Majid mengenakan busana sedondon merah jambu yang dipadankan dengan aksesori rantai mutiara.

Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat kedua-dua pihak.

Datuk Sheila tidak ketinggalan meluahkan rasa syukur kerana majlis pertunangan Khaleda berjalan lancar seperti yang dirancang.

β€œShe’s engaged! Syukur alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.”

Hadir sama meraikan hari pertunangan Khaleda ialah Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim.

Artikel https://www.nona.my/cecah-usia-60-tahun-ratu-jazz-datuk-sheila-majid-maintain-anggun-awet-muda/

Wan Nur Khaleda Anak Datuk Sheila Majid

Khaleda menginjak usia 34 tahun pada 5 April lalu. Bagaimana pun tarikh pernikahan mereka tidak diumumkan.

Penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Acis pada 3 Jun 2003 dan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-22. Hasil perkongsian hidup, mereka dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.

Sementara itu, Dato’ Acis juga merupakan bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.

 

 

Share
Published by
Suzi