Bulan Disember menjadi pilihan ramai selebriti untuk berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan, Azrinaz Mazhar Hakim yang turut mengambil peluang akhir tahun ini untuk berada di sana dan lebih ‘dekat’ dengan Allah SWT.
Menerusi perkongsian di media sosial, Azrinaz sempat memuat naik foto di samping suami tercinta ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke Mekah.
Wajah bekas personaliti televisyen ini kelihatan berseri-seri yang tampil anggun dalam persalinan jubah putih dan tudung rona senada.
Kongsinya, “A journey to unlock the gates of mercy, forgiveness, and blessings also an opportunity to reset your spiritual compass and find yourself closer to Allah.”
Ads
Melihat penampilan anggun Azrinaz Mazhar Hakim, rata-rata peminat dan followers kesayangan memuji imej jelitawan ini. Apatah lagi, figura berusia 45 tahun berkenaan memiliki aura dan rupa paras cantik.
Di ruangan komen, Azrinaz turut ramah dan rajin membalas pertanyaan followers tersayang.
Ada yang meminta untuk mendoakan kesejahteraan, tidak kurang juga yang mendoakan agar perjalanan selebriti ini menunaikan ibadah umrah berjalan lancar serta mendapat umrah yang mabrur.
Dalam pada itu, ibu empat anak ini turut berkongsi Instagram Stories yang memaparkan dirinya berada di perkarangan Masjidil Haram untuk beribadah, melakukan ibadah tawaf dan saie serta cuba menyentuh Kaabah bersama-sama para jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang lain.
Ads
Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Meghan Markle kini menjadi sebutan ramai khususnya wanita seluruh dunia lantaran berjaya memiliki hati seorang putera raja. Tersarung sudah di jari manisnya cincin pertunangan yang telah direka khas. Perkahwinan antara wanita berusia 35 tahun dan pewaris ketiga takhta diraja Britain ini bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.
Siapa sebenarnya Meghan Markle atau nama sebenarnya, Rachel Meghan Markle? Apa istimewanya wanita ini sehingga berjaya mengetuk pintu hati sang putera yang berusia 33 tahun untuk memilihnya sebagai suri di hati? Ternyata usia bukan penghalang buat pasangan ini untuk menggapai bahagia bersama.
AKTIVIS
Meghan Markle mewarisi sikap keprihatinan yang tinggi sebagai seorang aktivis daripada ibunya yang telah membuka mata terhadap isu kemiskinan. Sejak kecil Meghan Markle sering dibawa ibunya ke pelbagai daerah seluruh dunia bagi melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat. Pada tahun 2016 Markle menjadi Duta Global untuk World Vision Kanada bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Rwanda.
PERNAH BERKAHWIN
Meghan Markle pernah berkahwin dengan seorang penerbit filem, Trevor Engelson. Namun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun. Maka, perkahwinannya bersama Putera Harry bukanlah yang pertama.
SEORANG PENULIS
Sebelum mengenali Putera Harry, sekitar tahun 2014 Meghan Markle aktif menulis artikel di blog gaya hidup, The Tig berkenaan fesyen, kecantikan, percutian dan kulinari. Namun kini Meghan Markle terpaksa ‘melepaskannya’ dan menulis surat buat para pembaca bagi mengungkapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menemani perjalanan jurnalistiknya selama tiga tahun.
BERDARAH CAMPURAN EROPAH-AMERIKA
Bapanya berketurunan Belanda-Ireland sementara ibunya berdarah Afrika-Amerika. Ternyata, dalam dirinya mengalir berbagai budaya yang dibawa oleh ibu dan bapanya.
KETURUNAN SASTERAWAN SHAKESPEARE
Selain terkenal sebagai aktres, Meghan Markle juga seorang model, blogger serta aktivis. Meghan Markle juga merupakan keturunan sasterawan Inggeris tersohor iaitu Shakespeare. Ia menggambarkan Meghan Markle umpama ditakdirkan untuk ‘kembali’ kepada akarnya sebagai seorang berketurunan Inggeris asli. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali imbas, terbayang jelas raut wajah ayahanda dan bonda menghiasi senyuman. Paras rupa yang lembut dan menawan, itulah kelebihan puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman yang menyambut ulang tahun hari keputeraannya yang ke-18, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’, hari ini.
Tengku Puteri Daulath telah diputerikan pada hari Jumaat, 19 April 2002 dan merupakan puteri bongsu kepada pasangan KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath mengiringi KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah ke majlis Santapan Di Raja sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Brunei di Istana Nurul ImanTengku Puteri Daulath bersama ayahanda dan bonda ketika berusia 15 tahunTengku Puteri Daulath ketika dikurniakan gelaran dan darjah kemuliaan daripada Sultan Terengganu tahun lepas
Keluarga
Tengku Puteri Daulath juga mempunyai tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 24; DYTM Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 22; dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 20.
Anakanda Putera dan Puteri Di Raja Terengganu bergambar kenangan sempena majlis istiadat pengurniaan gelaran dan bintang-bintang darjah kebesaran Negeri Terengganu tahun lepasSeisi keluarga Di Raja Terengganu di Istana Syarqiyyah pada 1 Syawal 1440H bersamaan 5 Jun 2019Keakraban puteri sulung dan puteri bongsu Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Tengku Nadhirah Zahrah dan YAM Tengku Puteri Daulath Tengku Fatimatuz Zahra’
Sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja yang ke-18. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan rahmat, juga lindungan kesihatan, hidayah serta redha-Nya. Menjunjung kasih.
Kecantikan Tengku Puteri Daulath persis bonda Sultanah Nur Zahirah sewaktu muda
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Hazama dan isteri tercinta iaitu Genervie Kam mencecah usia enam tahun. Kedua-dua pasangan romantis ini berkecimpung dalam industri muzik dan berbakat besar sebagai penyanyi serta pemuzik.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi bukan hanya terkenal kerana kemampuan vokal yang memukau. Bahkan dia juga berbakat dalam dunia lakonan. Sementara Genervie pula merupakan pemuzik tanah air yang mahir bermain piano, violin serta konduktor orkestra.
Kemunculan Genervie ketika final Gegar Vaganza All Stars baru-baru ini mencuri perhatian penonton. Hebat suri hati Hazama ni!
Meskipun kedua-duanya sibuk dengan kerjaya seni namun kemesraan suami isteri ini terjalin erat. Ke mana saja pergi, mereka akan saling menemani. Malah menyokong minat dan kerjaya masing-masing.
Pasangan ini selamat diijab kabul pada 15 Januari 2017. Bersempena ulang tahun perkahwinan keenam yang lalu, Genervie menitipkan ucapan penghargaan buat pelantun lagu Relakan Jiwa berkenaan.
“It is 6 years since we tied the knot. Where do I even begin. Life has been very colourful together. Your strengths have supported me and your weaknesses have changed me and groomed me tremendously.
Though it is a humbling journey, it has brought out the better in me. I learnt the meaning of surrender, perseverance, and how to love unconditionally. Though I failed many times, I got up stronger.
I love you Hazama. I hope to be a better wife every day. Thank you for accepting me as who I am. And sorry for all the pain I have caused you. Happy anniversary sayangku.”
Pasangan ini juga dilihat kian bahagia melayari alam rumah tangga walau belum dikurniakan zuriat. Tahun lalu, Hazama pernah mendedahkan mengenai hasrat dia dan isteri untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) namun menangguhkan sementara niat itu atas kekangan kerja.
Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam berkekalan sampai syurga. Juga, impian mereka dimakbulkan Allah SWT.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.