Dalam menuntut ilmu tiada batasan usia terutama bagi mereka yang berfikiran jauh dan mengimpikan masa depan yang lebih baik. Kuncinya ialah kemahuan dan tekad.

IKLAN

Mantan Menteri Besar Pahang ke-14, Tan Sri Adnan Yaakob hari ini telah mencetuskan kebanggaan dan inspirasi buat semua apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.

Mantan Menteri Besar Pahang, TAN SRI ADNAN YAAKOB Terima Ijazah Pada Usia 72 TahunLebih membanggakan, beliau turut dianugerahkan Rector’s List (Anugerah Rektor) kerana berjaya mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.62. Hebatnya!

Tan Sri Adnan merupakan antara 414 graduan penerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38.

Mantan Menteri Besar Pahang, TAN SRI ADNAN YAAKOB Terima Ijazah Pada Usia 72 TahunBerkongsi perjalanan akademiknya kepada Bernama, Tan Sri Adnan berkata walaupun beliau sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera daripada Universiti Malaya pada 1984, beliau bertekad terus mengejar ilmu dalam bidang perundangan pula.

“Ramai orang tanya, mengapa saya sambung belajar. Sebenarnya saya daripada kecil suka mencari ilmu. Itulah sebab walaupun sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera, saya masih berminat untuk melanjutkan pelajaran.

Sebenarnya saya pernah buat (belajar) undang-undang di sini pada 1984 dan saya termasuk dalam kelompok kedua jurusan ini, tetapi tidak tamat sebab saya dipanggil untuk bertanding pilihan raya pada 1986,” katanya.

Mantan Menteri Besar Pahang, TAN SRI ADNAN YAAKOB Terima Ijazah Pada Usia 72 TahunTan Sri Adnan yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari 1999 hingga 2018, turut meluahkan beliau gembira dikelilingi rakan-rakan ketika sedang mengulang kaji pelajaran.

“Saya dapati belajar ini mudah walaupun saya sudah tua. Saya lebih suka dikelilingi rakan-rakan. Semasa mereka datang minum kopi, semasa itulah saya belajar kerana ia lebih cepat untuk saya. Ramai orang agak hairan mengapa saya kalau tiada kawan, saya tidak boleh belajar,” katanya.

IKLAN

Tan Sri Adnan berjaya menamatkan pengajiannya setelah tiga semester mengikuti pembelajaran secara dalam talian manakala selebihnya secara bersemuka dalam kuliah khas bersama pensyarah.

Mantan Menteri Besar Pahang, TAN SRI ADNAN YAAKOB Terima Ijazah Pada Usia 72 Tahun“Saya diberi tempat yang khusus untuk mengadakan sesi pembelajaran dengan pensyarah, tetapi, saya sempat berkenalan (dengan rakan sejurusan) lain melalui dalam talian. Semua pangkat anak-anak, ada yang panggil saya pak long, atok dan sebagainya,” katanya berseloroh.

Apabila ditanya adakah beliau mempunyai perancangan menceburi bidang guaman selepas ini, beliau berkata: “Saya bercadang begitu, besar kemungkinan saya akan buat ‘chambering’ di Kuantan, Insya-Allah.

IKLAN

Namun begitu saya kena tengok mungkin ada tawaran tertentu untuk melibatkan diri dalam bidang tertentu.”

Mantan Menteri Besar Pahang, TAN SRI ADNAN YAAKOB Terima Ijazah Pada Usia 72 Tahun

Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Baginda berdua menzahirkan kebanggaan dan menyeru rakyat meneladani kejayaan Tan Sri Adnan.

Untuk info, Tan Sri Adnan menyertai politik pada 1969 dan memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahagian Bentong pada 1987 sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999.

Beliau merupakan Menteri Besar Pahang paling lama berkhidmat iaitu selama 19 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pasca Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI