Sepetang di Genting Highlands memenuhi undangan majlis baby shower Elisya Sandha, para tetamu dihiburkan celoteh santai Maria Tunku Sabri. Riuh-rendah dibuatnya, ada pula ‘game show’ penuh jenaka dan usik-mengusik bagi menambah kebahagiaan seisi keluarga.
Bertemakan putih dan lilac, pemilihan Maria sebagai pengacara majlis jelas disenangi ramai. Sebagai seorang ibu dan sahabat baik Sheila Rusly, beliau bijak mengendalikan acara ‘gender reveal’ itu agar lebih meriah.
Memang terasa aura pengacara hebat, maklumlah 30 tahun pengalaman sebagai pengacara popular! Berdebar-debar juga masa pasangan parent-to-be, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy nak dedahkan jantina bayi, pandai Maria Tunku Sabri buat saspens masa di atas pentas!
Kesempatan berbual dengan Maria tidak dipersiakan. Paling menarik, bayangkan rupa paras bekas pramugari Malaysia Airlines itu tetap cantik dan muda remaja meskipun sudah mencecah 51 tahun. Apa rahsia awet muda yang diamalkan?
Ads
Ads
Ads
Jom tonton video temu bual eksklusif Majalah Nona dan Maria Tunku Sabri ni…
Kini Maria Tunku Sabri yang masih berkhidmat di Media Prima senang bekerja di belakang tabir sambil menjadi pengacara sambilan. Beliau juga aktif di media sosial, antaranya berkongsi resipi masakan kegemarannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Minyak yang terhasil daripada kulit limau nipis ini berfungsi sebagai agen yang terbaik untuk perawatan rambut. Boleh mula rawatan rambut dengan menggunakan air perahan limau nipis secara teratur. Sapu ke seluruh rambut dan kulit kepala dan biarkan. Lebih efektif jika dilakukan sebelum tidur dan dibiarkan sehingga keesokan harinya. Bangun tidur bilas dengan air sehingga bersih. Antara kebaikannya adalah;
Melebatkan rambut
Peredaran masa kini membuat manusia hidup sentiasa mengejar masa dan sering dihimpit dengan tekanan. Ditambah pula dengan pencemaran alam sekitar banyak mempengaruhi pertumbuhan rambut baharu sehingga menjadi punca rambut gugur dan lebih parah apabila menjadi botak. Walaupun berhijab tetapi masalah rambut yang semakin tipis boleh mengganggu emosi diri. Khasiat limau nipis boleh membantu masalah rambut gugur dan berupaya melebatkan semula rambut. Perahan limau nipis yang disapu ke atas kulit kepala berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan tidak mengganggu tumbuhnya rambut yang baharu. Jika kerap menyapu perahan air limau ini, kesan perubahan lebih ketara. Namun, jika mempunyai masalah rambut menipis sehingga menyebabkan botak, lebih baik berjumpa dengan mereka yang pakar dengan masalah rambut. Selepas itu, baharu boleh sapu produk penumbuhan rambut baharu yang terbaik. Jika mahu mendapat kesan yang drastik boleh melakukan rawatan pemindahan rambut.
Menghilang kelemumur
Masalah kelemumur adalah suatu yang biasa buat semua wanita termasuk wanita berhijab. Jika rambut dibiarkan berhari-hari tidak bersyampu, kelemumur mudah menempek di atas kulit kepala. Sebenarnya kelemumur adalah tompok putih berada atas kulit kepala yang dihasilkan daripada pengelupasan kulit mati secara berlebihan. Sel kulit mati ini tidak stabil dan menjadi warna putih dalam jumlah yang banyak. Rasa gatal pada kulit kepala sangat mengganggu kerana asyik menggaru. Rasa tidak puas hati timbul apabila sukar menggaru di atas hijab. Menyapu perahan limau nipis di atas kulit kepala dan rambut merupakan alternatif untuk menyingkirkan kelemumur. Ini kerana kandungan vitamin C dan B5 mampu mengurangkan minyak yang berlebihan serta kotoran yang hinggap di atas kulit kepala. Kadang-kadang sejurus selepas meletakkan perahan limau nipis ini kadang-kadang menimbulkan rasa pedih di atas kepala. Rasa pedih ini timbul mungkin kerana terdapat luka-luka kecil di atas kulit kepala akibat menggaru terlalu kasar.
Merangsang pertumbuhan rambut
Masalah rambut biasanya terjadi apabila kulit kepala mengalami iritasi dan berminyak. Masalah semakin bertambah apabila anda tidak rajin untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Apabila minyak dan sel-sel kulit mati bertompok di atas kulit kepala akan mengganggu pertumbuhan rambut yang baru. Pertumbuhan rambut baharu ini juga terbantut apabila anda kulit kepala sensitif terhadap produk yang digunakan. Sekali lagi vitamin C yang terkandung dalam limau nipis sangat bermanfaat untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kelemumur di atas kulit kepala demi membenarkan pertumbuhan rambut yang baharu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Zakiah Anas, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah gaya penyampaiannya ketika mengacarakan Program 999 suatu ketika dulu. Biarpun sudah lama meninggalkan program berkenaan namun aura Zakiah masih terkesan di hati penonton hingga ke saat ini.
Sedang ralit meninjau media sosial, gambar terkini personaliti TV ini ‘singgah’ di timeline penulis. Wow, macam tak makan dek usia! Tetap anggun dan memukau seperti dulu.
Paling tak sangka, sudah ‘besar panjang’ anak-anak Zakiah Anas. Segak dan lawa. Iyalah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memang mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Agak lama tidak mendengar khabar tentang jelitawan ini. Nama Zakiah Anas seakan menyepi dari dunia penyiaran, lebih-lebih lagi sebaik dia mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012. Tanggal 12 Disember 2020 merupakan ulang tahun perkahwinan ke-8 bagi pasangan romantis tersebut.
Pastinya, tumpuan Zakiah Anas kini lebih kepada keluarga tercinta namun kerinduan terhadap dunia pengacaraan masih menebal. Apatah lagi, dengan pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam bidang tersebut. Sayang rasanya kalau bakat itu disia-siakan begitu saja.
Jika dulu wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen tetapi kini Zakiah Anas dilihat lebih selesa menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi anjuran syarikat swasta dan kerajaan serta menyumbang suara latar (voice over) untuk pelbagai program.
Tidak hanya manis dengan penampilan sopan dan bertudung, figura yang sudah melewati usia 50 tahun ini juga kekal sihat dan menawan seperti zaman kegemilangannya suatu masa dulu.
Berkongsi di IG miliknya, Zakiah bukan hanya aktif mempromosikan produk busana ‘by Zakiah Anas’ yang diusahakan sejak tahun 2016 bahkan ibu cantik ini juga berkongsi wajah anak-anak yang semakin meningkat usia.
Anak lelaki sulung, Aiman Muzzammil misalnya meniti usia 27 tahun sementara anak kedua pula berumur 24 tahun. Biarpun anak-anak dah besar tapi Zakiah tetap mencuri perhatian kerana penampilannya yang kekal awet muda.
Melihat perkembangan terkini Zakiah seolah-olah tiada apa yang berubah melainkan penampilannya yang lebih sopan selepas memutuskan untuk berhijab. Ternyata, nampak lebih ayu dan manis dipandang. Terdetik juga rahsia Zakiah mengamalkan susuk tubuh langsing. Rupa-rupanya jelitawan ini gemar mengikuti sukan lasak seperti mendaki. Lebih menarik, minat yang sama turut dikongsi suami dan rakan-rakan. Patutlah kekal slim!
Antara rakan-rakan yang berkongsi hobi sama seperti Zakiah termasuk Datin Nor Azlina Redzuan, Azrinaz Mazhar Hakim dan Ruhil Shafinaz. Difahamkan Zakiah Anas pernah menawan beberapa puncak gunung seperti di Gunung Keriang, Kedah.
Kongsi Zakiah menerusi laporan Sinar Plus, “Memang wajib buat aktiviti (mendaki) tiga kali seminggu bagi memastikan badan saya sentiasa fit dan cergas. Makan dan minum pun kena jaga sebab bila sudah berusia 50an, kena jaga pemakanan dan gaya hidup.”
Kredit: Instagram Zakiah Anas
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon serta penyanyi popular yang memiliki tubuh badan yang menawan meskipun sudah meningkat usia? Nama Erra Fazira sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan.
Setiap lakonannya pasti memberi kesan kepada yang menonton. Begitu juga dengan suaranya yang merdu, menjadi pujaan ramai orang. Genap berusia 50 tahun, tidak dinafikan aura dan pesona Erra Fazira masih memikat pandangan ramai sampai ke hari ini.
Biarpun mencecah usia lewat 40an, Erra bijak menjaga penampilan diri dan kecantikan. Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan pun dia aktif mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Misalnya pada Disember lalu, pemilik nama Fazira Wan Chek ini berkesempatan meluangkan masa bermain bola jaring bersama kelab peminat setianya.
Bukan saja popular dan cantik, Erra juga ramah dan menghargai para peminat yang banyak menyokong kerjaya seninya selama ini.
Aktres filem Maria Mariana ini juga dilihat gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.
Tak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan kekal berstamina. Malah, peminat Erra sendiri mengetahui figura ini seorang wanita yang berjiwa lasak dan aktif bersukan.
Mengimbas temubual Nona bersama Erra, aktres ini mendedahkan jika tidak bergelar selebriti dia mungkin menjadi ahli perniagaan.
“Saya rasa saya akan menjadi seorang businesswoman. Sebab saya suka berniaga. Dari saya kecil lagi saya dah berniaga. Kecil-kecil dulu saya pergi sekolah.. saya berniaga keropok. Sayalah yang menggoreng, cabut sendiri ubi kayu dan segala-galanya saya buat sendiri.”
Disifatkan sebagai seorang wanita yang berdikari, Erra yang kini berstatus ibu tunggal enggan melihat perkara itu sesuatu yang menyukarkan. Sebaliknya, melontarkan kata-kata semangat ini buat semua wanita yang melalui nasib sama seperti dirinya.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita.
“Maka bangunlah. Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
“Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat,” ujar primadona Malaysia itu.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Benarlah, kasih seorang ibu tiada tandingannya. Saat anak jatuh tersungkur dan sedang berada di titik terendah, ibu dan ayah akan sentiasa di sisi memberi sokongan. Begitu juga dilakukan Dr Zailah Zainuddin terhadap anak sulungnya, Dr Fie Tawfek yang berdepan ujian rumah tangga apabila perkahwinannya dengan penyanyi Nubhan Ahamad berakhir dengan penceraian.