“Mark Adam Pernah Menganggur 2 Tahun & Sebagai Isteri Saya Kena Tolong,” Ezan

Mengikat ikatan perkahwinan mungkin mudah tetapi membina dan mengekalkan bahtera perkahwinan mencabar kewarasan minda. Setiap pasangan pasti menempuh duguaan alam perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Orang kata kesetiaan seorang suami teruji apabila dilimpahi kemewahan dan kesetiaan seorang isteri apabila diduga dengan masalah kewangan.

Pasangan yang sentiasa bercinta penyanyi dan pelawak terkenal, Mark Adam bersama isterinya, Norazah atau lebih dikenali sebagai Ezan juga tidak terlepas dengan dugaan perkahwinan.

“Banyak susah senang yang kami lalui bersama sebelum Mark berada di tahap sekarang. Kami bermula dari zero. Dulu kami pernah mengalami masalah kewangan, Mark pernah menganggur selama dua tahun dan saya sebagai isteri kena bantu.

Alhamdulillah kami masih lagi bersama saat susah dan senang. Kini Mark berjaya dalam karier seninya dan saya bersyukur dapat tunaikan hasrat ayahnya yang sudah meninggal dunia untuk melihat Mark berada di pentas yang besar,” ujar Ezan.

Wanita ini juga beruntung kerana Mark Adam bukan jenis lelaki yang tidak mahu berusaha, “Suami seorang yang tidak mudah putus asa. Walaupun sesuatu perkara itu Mark tak pernah buat tapi dia tetap yakin bahawa dia boleh buat. Contohnya berlakon, Mark tak pernah buat. Mula-mula tu agak sukar juga dia nak hafal skrip.

Sayalah yang banyak membantunya di rumah untuk faham dan hafal dialog termasuk membawa Mark ke sana sini bagi memenuhi komitmen kerjayanya. Mark selalu kata “Yes, I can do it

!” dan berpegang kepada prinsip demi mencari rezeki. Mark tak pernah pandang kerjayanya semata-mata nak kejar glamor. Bagi Mark ada kerja, ada duit,” ujar Ezan.

 

 

 

IKLAN
Share