Kompas hidup selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora berubah sepenuhnya selepas dia memenangi pertandingan dangdut pada tahun 2014. Sejak kemenangan itu, Lesti yang berasal dari pedalaman Cianjur mula dikenali dan dari detik itu kerjayanya sebagai anak seni kian berkembang.
IKLAN
Tidak hanya bergelar penyanyi dangdut, Lesty atau nama penuhnya Lesti Andriani kini lebih dikenali sebagai bintang sinetron.
19 Ogos lepas, genap setahun selebriti berusia 23 tahun ini bergelar isteri kekasih hatinya yang juga selebriti Rizky Billar. Pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalin hubungan istimewa.
Bukan hanya nilai mas kahwin menjadi tumpuan ramai yang turut dilabel antara selebriti Indonesia yang menerima mas kahwin termahal setakat ini.
Malah pada ulang tahun kelahiran Lesty pada 6 Ogos lepas, pasangan ini sekali lagi mencuri perhatian apabila suami tercinta menghadiahkan sebuah kereta mewah Rolls-Royce.
IKLAN
“Alhamdulillah senang rasanya sebagai suami bisa mewujudkan satu persatu impian isteri. Tapi mohon maaf ya sayang belum mampu beli yang baru.
Tapi mudah-mudahan kamu happy dan harapannya semoga di usia sekarang menjadikan kamu peribadi yang lebih baik lagi dari sebelumnya. Tetap membumi dan selalu ingat dari mana kamu berasal dan terakhir tetap selalu jadi isteri yang terbaik buat suami.”
Mungkin ramai yang masih tidak mengenali gadis cantik bernama Annabel Yao ini. Tapi kalau sebut tentang jenama telefon pintar terkenal, Huawei pasti ramai yang membayangkan kualiti produk telefon berkenaan yang berasal dari negara tembok besar China itu. Apa kaitan Annabel Yao dengan Huawei? Sebenarnya Yao adalah anak perempuan yang juga pewaris empayar Huawei milik Ren Zhengfei.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21, Yao yang dilahirkan di Hong Kong merupakan anak kepada Yao Ling iaitu isteri kedua kepada jurutera, Ren Zhengfei. Pengasas Huawei yang terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi serta politik di China itu dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki hasil daripada dua perkahwinannya.
Meskipun perniagaan telefon pintar Huawei semakin dikenali dan digunakan di serata dunia namun selaku pengasas, Ren Zhengfei di negara kelahirannya disifatkan low profile. Dia jarang muncul di majlis-majlis rasmi dan sukar ditemubual oleh para media. Pun begitu, Ren Zhengfei terpaksa singkirkan sikap tersebut dan bersemuka dengan media apabila isu pengharaman Huawei di Amerika Syarikat mendapat perhatian meluas.
Mendekati peribadi dan gaya hidup anak perempuan bongsunya, Yao ialah pelajar jurusan Sains Komputer di Harvard. Bercita-cita mahu mempunyai kerjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Yao diberi kelebihan berlatih sebaik mungkin untuk menjadi penari balet profesional di Harvard Ballet Company.
Menurut laman web Harvard Ballet Company, Yao mula berjinak dalam tarian balet ketika usianya baru 15 tahun di Shanghai. Dia kemudian meneruskan minatnya dan mendalami seni tarian indah tersebut di sebuah akademi berprestij di United Kingdom.
Tahun lalu, Yao menarik perhatian golongan elit di China dan Eropah kerana telah terpilih dalam penganjuran majlis tari-menari Le Bal des Debuntantes di Paris pada November 2018. Ia bukan calang-calang acara kerana hanya gadis sosialit berusia di antara 16 hingga 21 tahun yang memiliki rupa paras cantik, berpendidikan dan lahir dari keluarga ternama khususnya dalam bidang perniagaan, hiburan mahupun politik akan dipilih sebagai peserta majlis tari-menari tersebut.
Daripada 19 gadis cantik yang layak… Yao adalah salah seorang daripada mereka yang mewakili negara China. Selebihnya berasal dari India, Amerika, Jerman, Hong Kong, Belgium, Perancis, Portugal dan Filipina. Kesemua mereka akan bertemu dengan jejaka dari keluarga elit lain di serata dunia untuk saling mengenali dan bersosial dalam kelas bangsawan.
Dua hari sebelum majlis tari-menari bermula, Yao dan peserta wanita lain sempat beramah mesra, menjalani latihan tarian bersama-sama selain terlibat dalam sesi fotografi. Peserta wanita turut diberi soalan tentang gaya fesyen yang digemari mereka selain diminta memilih busana pilihan masing-masing. Pada majlis itu, Yao memilih untuk menggayakan gaun indah rona champagne rekaan J Mendel.
Kata Yao, “Bagi individu yang memiliki segala-galanya lebih daripada orang lain, amat penting bagi anda untuk membatu mereka yang kurang berkemampuan. Seboleh-bolehnya, saya mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan… dan saya lebih selesa menganggap diri sendiri seorang gadis biasa. Yang perlu bekerja keras untuk berjaya dan berusaha menjadi orang yang lebih baik setiap hari.”
Biarpun sibuk dengan rutin harian sebagai pelajar, Yao gemar menghabiskan masa bercuti ke luar negara termasuk ke New York, Paris, dan beberapa tempat percutian menarik di dunia. Dia juga dilihat sering memakai pakaian dan aksesori berjenama mewah seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton dan sebagainya.
Yao mempunyai seorang kakak bernama Sabrina Meng Wanzhou berusia 46 tahun yang merupakan orang penting dalam empayar Huawei.
MashaAllah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa kini bergelar nenek. Selamat menimang cucu sulung, Ustazah Norhafizah dan suaminya iaitu Ustaz Dr Azahar Yaakub menerima kehadiran bayi comel itu selepas menantu, Aisyah Zafirah melahirkan anak sulung baru-baru ini.
Berkongsi khabar gembira tersebut di media sosial selepas cucu tersayang genap berusia tujuh hari, Ustazah Norhafizah memanjatkan kesyukuran atas kelahiran si kecil berkenaan.
“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah SAW. Alhamdulillah dapat kami sempurnakan akikahnya, tahniknya dan memberi nama kepada bayi solehah ini pada hari yang ketujuh.
Kami namakan si comel ini dengan nama SARA EL LATHEEFA. Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti dan dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia.”
Ujar nenek berusia 47 tahun yang juga graduan ijazah kedoktoran (PhD) dalam Psikologi Islam itu, “Kata Tokwannya iaitu Ustaz Dr Azahar makna El-Latheefa itu ialah kelembutan yang memberi impak positif yang besar. Aamiin.
Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT. Kami mendoakan agar Asyraf Murtadha dan Aisyah Zafirah dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.
Semoga sahabat2 semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan.”
Asyraf yang juga anak kedua kepada Ustazah Datuk Dr Norhafizah dan Ustaz Dr Azahar sah bergelar suami Aisyah Zafirah pada tanggal 2 Februari tahun lalu.
Siren kecemasan sudah berbunyi. Tajam dan nyaring raungannya apabila statistik COVID-19 hari ini, mencatat rekod tertinggi.
Sepanjang meniti PKP 3.0 yang berkuat kuasa dari 12 Mei lepas (sebahagiannya bermula lebih awal – 6 Mei), kes COVID-19 tidak langsung menunjukkan penurunan sebaliknya terus melonjak naik.
Menurut KKM, Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes.
Ini diikuti Johor; 699 kes, Kuala Lumpur; 660 kes, Kelantan ; 441 kes, dan Sarawak; 323 kes.
Sejarah tercatat dengan 6,075 kes baharu
Bagi yang cakna perkembangan semasa, kenaikan ini sebenarnya selari dengan ramalan awal KKM.
Berdasarkan statistik, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah pernah menjangka gelombang ketiga pandemik ini bakal mendadak pada penghujung Mei dan meruncing hingga bulan depan.
Ramalan itu malangnya… tepat.
Kes di Malaysia meniti garis merah
KELESUAN
Peningkatan jumlah kes disebabkan kombinasi pelbagai faktor termasuk ujian saringan agresif selain kehadiran varian baharu yang menyebabkan kadar jangkitan amat cepat serta mudah tersebar.
Majoriti rakyat, tanpa mengira bangsa dan perbezaan politik kini mendesak kerajaan melaksanakan total lockdown seperti PKP 1.0 bagi mengekang kes menular dengan lebih serius.
Meskipun terpaksa akur berdepan risiko ekonomi terjejas, tapi ramai yang lebih sanggup bersabar daripada melihat wabak berterusan tanpa tanda-tanda hentinya.
Namun agak mengecewakan apabila kerajaan negeri Selangor seperti mengambil mudah perkara di atas.
Meskipun menjadi negeri paling popular dengan kes COVID-19, pihak atasan lebih bimbangkan kerugian RM600 juta sehari jika total lockdown dilaksanakan, kerana Selangor adalah penyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) terbesar negara.
Tapi bukankah di antara ekonomi dan kesihatan rakyat, pihak berkuasa seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) seharusnya memilih nyawa manusia untuk diutamakan?
Lagi-lagi dengan peningkatan kes mencecah 50,000 kes aktif dan kematian mencapai 50 sehari, sistem perkhidmatan negara kelihatan semakin tertekan apabila 80-90% hospital penuh sesak termasuk wad biasa.
Keadaan di Lembah Klang sangat kritikal. 79% daripada jumlah katil ICU di hospital COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diperuntukkan untuk kes COVID-19. Jumlah kemasukan ICU COVID-19 juga telah meningkat sebanyak 94% berbanding dua minggu yang lalu.
“Sistem penjagaan kesihatan di Lembah Klang berada di bawah tekanan yang amat besar.
Petugas barisan hadapan sudah penat dan kelesuan.
Bantu kami agar kami masih mampu untuk membantu anda jika dan bila masanya tiba. Duduk di rumah jika anda tidak mempunyai urusan penting di luar dan patuhilah SOP.” Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham