Gaya Hidup

“Masa Kecik, Sokmo Kena CUBIT Dengan Mama,” FARAH LEE Dedah Cara Mak Zaman Dulu Ajar Anak!

Baca kisah Farah Lee waktu kecil dulu pasti buat ramai yang turut terkenang memori lama ketika masih bergelar kanak-kanak. Iyalah, sikap dan hati anak kecil memang ‘transparent’. Kalau mereka suka, memang melonjak gembiralah dibuatnya dan kalau tidak, jelas terpancar dekat muka. Tak boleh sorok! Berkongsi memori zaman kanak-kanaknya yang cukup terkesan dengan cara didikan ibu tersayang, instafamous ini mengakui selalu kena cubit jika tidak menjaga kelakuan.

Sambil berbicara dalam loghat Terengganu, ibu kepada Maream Isabel ini berkata, “Masa kecik, sokmo kena cubit kecik dengan Mama especially kalau gi rumoh orang and dok behave. Dok nopak pun, duk molek je, cuma kabo “Ma, nok makan tu” before

tuan rumoh pelawa makang.”

Sememangnya, ia adalah reaksi biasa yang terkeluar dari bibir anak kecil bila bertandang ke rumah orang. Lebih-lebih lagi bila dijamu dengan pelbagai juadah. Mereka yang masih ‘polos’ dan tidak tahu tentang adab pasti tidak terlepas daripada berbuat perkara sama. Namun, sebagai mak ayah… sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengawal tingkah laku anak-anak sama ada di depan tetamu atau sebaliknya.

Farah bersama ibu tersayang, Norashikin Abdullah

Tidak dinafikan, cara didikan mak ayah zaman dulu memang tegas. Cubit, getah paip, rotan dan tali pinggang sudah sinonim dijadikan alat untuk ‘membentuk’ peribadi anak-anak. Tapi, tidaklah sampai memudaratkan mereka. Cukup sekadar dijadikan sebagai amaran agar anak-anak faham dan tahu menjaga kelakuan.

“Kalau orang datang rumah, Mama akan panggil anak-anak dia keluar, greet and serve the guests. Kena tukar baju pakai lawa-lawa sikit, tak boleh busuk-busuk sangat muka walaupun duduk rumah. Mungkin takut tetamu terkejut, ingat bela,” seloroh Farah.

Meskipun terkesan dengan didikan tegas ibu, Norashikin Abdullah… instafamous ini nyata bersyukur dibesarkan dengan acuan seumpama itu. “Dari situlah kot kitaorang belajar untuk respect orang especially elderly. Kadang too respect tak reti nak borak apa dan iyakan aja apa orang kata. Walaupun Mama macam Farah rasa strict, tapi dia sangat sporting dan selalu ajar kitaorang independent. 

Instead, dia make sure dia tahu apa yang kitaorang buat, nasihat, and always be there. Like, nak keluar berkawan boleh tapi biar Mama yang hantar korang ke sana. Kawan-kawan pun jadi suka dengan Mama dan selalu datang rumah, sleepover, pergi travel.

Bukan kawan Malaysia je, Korea, Jepun, Germany, Afrika, Amerika semua ada lah. Bukan kawan anak-anak suami je, kawan adik-beradik, kawan anak buah semua suka datang rumah sebab Mama suka sangat meraikan tetamu. Berlambak anak angkat, kakak, abang, mak, ayah angkat.”

Bila sudah dewasa ini… barulah anak-anak sedar rupa-rupanya setiap apa yang mak buat dan marah itu bersebab! Kalau masa kecil, pantang saja kena marah terus rasa mak ayah dah tak sayang. Walhal kerana rasa sayanglah mereka buat begitu.

Yang pasti, pengorbanan seorang mak sangat besar dan tidak terbalas nilainya. Bermula dari masih dalam perut, bayi, kanak-kanak… sehinggalah meningkat dewasa dan berumah tangga, mereka sentiasa ada dan cuba memenuhi keperluan anak-anak. Jadi, selagi mak ayah masih ada… sayangi dan hargai mereka sebaik-baiknya.

 

Kredit: Instagram Farah Lee & ibu, Ashikin Abdullah

IKLAN
Share