Beberapa bulan lepas, Nona pernah menyiarkan kisah kecemerlangan wanita bernama Nor Haziani Abd Hamid ini yang menubuhkan empayar BlinkBlink, iaitu satu platform jual beli barangan mewah dan jamu tradisional.
Tapi satu perkara yang membuat kami tertarik mendekatinya adalah kecantikan fizikal, wajah dan bentuk badannya yang sangat cantik meskipun sudah melahirkan lima cahaya mata.
Rahsia yang diamalkan oleh bekas pramugari Malaysia Airlines dan AirAsia itu ternyata mudah diamalkan. Mula-mula susah juga nak percaya, sebab tak mungkin wanita semoden beliau masih makan jamu kampung. Tapi rupa-rupanya betul!
Selepas melahirkan 5 orang anak, apa rahsia berpantang yang diamalkan untuk kembali langsing?
Saya bersalin anak sulung secara normal dan yang empat lagi secara pembedahan Caesarean. Jarak anak-anak, yang sulung 14 tahun manakala yang kelima baru berusia 10 bulan.
Ads
Berpantang adalah perkara yang wajib dilakukan oleh seorang wanita yang baru bersalin. Bagi saya pantang bersalin adalah sangat penting dituruti untuk mengembalikan bentuk badan asal dan kesegaran badan.
Tiada yang luar biasa bila bercerita bab pantang bersalin. Mungkin kebanyakan sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Cuma apa yang saya amalkan dari dulu sejak melahirkan anak pertama hingga anak kelima adalah seperti berikut:
Ads
Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang.
Mengamalkan herba atau jamu.
Berurut.
Sapu minyak herba satu badan.
Bertangas.
Kurang pengambilan air.
Bertungku.
Berbengkung.
Jaga makan.
Berstokin.
Pastikan badan sentiasa panas. Jauhi aircond.
Pantang bersama suami.
Elak mengangkat benda berat/senaman berat.
Pantang keluar rumah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Lepas bersalin, badan biasanya lembik dan menggeleber. Cara anda pejalkan semula bentuk badan?
Saya amalkan minum air suam lapan gelas atau lebih sehari. Minuman sejuk saya jauhkan.
Apa yang saya amalkan dari dulu adalah dengan pengambilan jamu tradisional.
Minum air sirih setiap pagi.
Minum air rebusan inai sekali setiap minggu.
Kongsikan ramuan jamu untuk langsing yang paling mudah di lakukan di rumah?
Rebus manjakani, ubi cekur dan kunci. Kisarkan bersama air rebusan dan tapis. Rebus semula air tapisan bersama sedikit gula batu dan asam jawa. Minum dua kali seminggu.
Ads
Pendapat anda, kenapa wanita sekarang malas makan jamu?
Rasanya mungkin sebab rasanya yang pahit, kurang pengetahuan kebaikan jamu pada wanita dan ketiadaan masa. Wanita juga banyak beralih kepada ubatan moden dan merasakan jamu adalah amalan kuno.
Makin usia meningkat, makin ramai wanita yang kurang keinginan terhadap suami. Apa sebabnya?
Ini adalah topik sensitif kerana melibatkan masalah dalaman rumah tangga. Tetapi jika wujud masalah ini, wajiblah cepat cari jalan penyelesaian. Bagi saya antara sebab ramai wanita kurang keinginan terhadap suami adalah kerana:
Mungkin rangsangan tidak mencukupi.
Keletihan.
Masalah peribadi contohnya mungkin tiada keharmonian dalam rumah tangga, masalah kewangan dan bebanan tugas di tempat kerja dan tugas di rumah pula.
Tiada komunikasi dengan pasangan, kurang mesra dan tiada kepercayaan terhadap pasangan.
Sejarah penderaan dari sebelum berkahwin. Ini menyebabkan timbul perasaan takut dan mempunyai masalah mempercayai pasangan.
Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Nona dimaklumkan bahawa anda mengeluarkan produk Serrapat untuk organ keintiman wanita. Apakah khasiatnya?
Serrapat adalah serbuk perapat yang dihasilkan daripada buah manjakani. Antara kebaikannya adalah:
Boleh dijadikan sebagai air cucian.
Permukaan faraj akan menjadi tegang dan halus.
Lubang faraj akan menjadi rapat dan tertutup.
Merawat bahagian organ keintiman wanita yang menggeleber akibat melahirkan anak akan menjadi rapat kembali dan tegang.
Penggunaan yang berterusan dan kerap akan mengembalikan warna pink sebenar di permukaan faraj.
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
Merawat keputihan dan kegatalan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak syak lagi, Datin Seri Maria Farida mewarisi gen cantik daripada ibu tersayang. Melihat gambar anak dan ibu ini, tidak hairanlah pelakon wanita berkenaan masih kelihatan anggun jelita walau sudah meningkat usia. Tengok sahaja raut wajah ratu hati Datin Seri Maria ini, ibarat tidak menua!
28 Mac lalu isteri Datuk Seri Rahman Shakur ini genap berusia 55 tahun. Walau dah meniti usia 50an namun pesona Datin Seri Maria Farida tetap memikat.
Apatah lagi, ramai dalam kalangan peminat seni tanah air mengagumi kecantikan yang dimiliki wanita berketurunan Melayu-Filipina berkenaan.
Pendek kata, persis anak dara! Kalau tengok wajah dan penampilan ramping Datin Seri Maria, mesti ada yang percaya ibu tiga cahaya mata ini baru berusia sekitar 30an.
Ternyata, bintang filem Bisikan Cinta berkenaan bertuah kerana Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Sebelum ini Datin Seri Maria pernah berkongsi video yang memaparkan ibunya membuat persembahan tarian sekitar tahun 1975.
Tulisnya, “My mummy. Back in the 70’s when I was just a little girl, not knowing that my mom was a ballerina and traditional performer. Everyone in that era knows her. So I guess that’s where I got some of my talent.”
Dalam temu bual bersama Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Suka dengan cara Jennifer Aniston menghadapi pertanyaan para media apabila berbicara tentang umur. Meskipun menyedari usianya yang sudah mencecah separuh abad, selebriti kesayangan Hollywood ini tidak pernah menganggap ia satu masalah. Bahkan, dia bersikap realistik dan menyerlahkan kecantikan dengan cara tersendiri.
Saat kebanyakan bintang wanita Hollywood lain menjadikan pembedahan sebagai ‘teman setia’ apabila usia mencecah 50 tahun… Jennifer bagaimana pun lebih selesa dengan pendekatan cantik semula jadi. Sejujurnya, dengan bentuk fizikal dan rupa paras yang dimiliki bekas isteri Brad Pitt ini ramai yang tidak menyangka dia sudah berusia 50 tahun.
Bercakap kepada InStyle Magazine baru-baru ini, Jennifer yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada Februari lalu dengan tenang memberitahu, “Well, that number. Saya tak tahu hendak cakap apa sebab saya tak rasa apa-apa perubahan (meningkat usia). Semuanya baik. Saya rasa sangat hebat.”
Bercakap tentang penampilan dan kecantikan seseorang yang sudah berusia bukanlah satu perkara yang menyenangkan bagi Jennifer. Ujarnya lagi, “Agak pelik bila tiba-tiba ada yang menghantar pesanan kepada saya dengan kata-kata seperti ‘Anda kelihatan mengagumkan dengan usia sekarang’.”
Bekas pelakon drama bersiri popular ‘Friends’ ini mendedahkan biarpun dia bersikap terbuka dengan pertambahan usia saban tahun, namun kewujudan rambut putih atau uban ada kalanya membuatkan dia rasa kurang yakin. “Saya tak mampu berbohong. Saya memang tak suka rambut yang sudah beruban.”
Wajah Jennifer Aniston ketika mudaJennifer di samping selebriti JLo yang juga berusia 50 tahun
Iyalah, selama ini rambut kuning keemasan Jennifer berjaya menawan jutaan peminat di Hollywood dan serata dunia. Jadi bila warna rambut sudah berubah tentunya ia memberi kesan kepada jelitawan ini.
Bagaimana pun, Jennifer sangat bertuah kerana memiliki gen cantik semula jadi. Memetik kenyataannya kepada Yahoo! Beauty pada tahun 2014, “Ayah saya ialah 100% keturunan Greek. Walau sudah berusia 81 tahun tapi kedutan di wajahnya hampir tak kelihatan. Sama juga seperti mendiang nenek yang meninggal dunia pada umur 95 tahun.”
Pernah tersenarai di antara World’s Most Beautiful Woman dari People Magazine pada tahun 2016, Jennifer tanpa berselindung menjelaskan tiga tip awet muda yang diamalkan ialah minum banyak air kosong, mendapatkan tidur yang cukup dan pakai krim pelindung sinar UV matahari.
Berpegang kepada filsuf kecantikan tersendiri… Jennifer berkata, “Sayangi diri sendiri dan perlu ada rasa sayang dengan apa yang dianugerahkan kepada anda iaitu dengan cara menghargai dan menjaga kurniaan tersebut. Sebab ini sajalah tubuh yang diberi dan memastikan ia dalam keadaan baik dengan mengambil pemakanan sihat serta rehat mencukupi.”
Sumber: Evoke & Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kemeriahan menyambut lebaran, nampaknya pasangan anak jutawan terkemuka dan usahawan berjaya Chryseis Tan dan suami tersayang, SM Faliq mengadakan majlis cukur jambul untuk anak kedua mereka, SM Arman Naza bin SM Faliq yang kini berusia 3 bulan.
Tampil sopan bergaya dengan busana rona putih serta mengenakan selendang putih di majlis cukur jambul anak keduanya, penampilan Chryseis Tan dipuji para pengikutnya di laman Instagram yang ternyata senang melihat penampilan ibu kepada dua orang cahayamata itu.
Majlis cukur jambul baby Arman sememangnya mendapat sentuhan dekorasi avant garde dan meriah di mana ia dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai kedua keluarga tokoh konglomerat terkenal ini.
Mengenakan busana putih sedondon, keluarga ini mengenakan konsep dekorasi yang memukau mata setiap tetamu yang hadir. Aroma bunga-bungaan segar melatari segenap ruang majlis sekaligus mencipta ilusi mewah dan mempersona. Sekali pandang, bagi berada di alam fantasi!
Memilih konsep floral yang memukau, perjalanan majlis nampak mewah dan elegan apatah lagi diserikan dengan alunan zikir dan nasyid dari kumpulan nasyid popular tanahair.
Chryseis Tan berkahwin dengan pewaris NAZA Group, Faliq Nasimuddin pada 4 Februari 2018. Majlis persandingan gilang-gemilang pasangan ini telah diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang yang juga merupakan resort mewah kepunyaan Berjaya Group.
Chryseis Tan baru-baru ini telah dilantik selaku Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp). Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan itu yang berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!