Memang tak pernah jemu tengok kecantikan yang dimiliki Thalia! Sekali terpandang wajahnya mesti nak tengok berkali-kali. Bagi peminat drama Latin pasti mengenali aktres rupawan yang pernah membintangi telenovela popular Maria Mercedes tahun 1992 ini.
Aura mempersona selebriti Mexico ini memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Mana tidaknya, tanggal 26 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-52 Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.
Dirai suami tercinta dan kenalan rapat, Thalia yang anggun mengenakan persalinan dress berkongsi momen sambutan hari lahir baru-baru ini. Ujarnya, “Happy birthday to me.”
Kredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thalia
Melihat penampilan dan raut wajah bintang Rosalinda ini, meskipun sudah berusia lebih 50 tahun namun aura Thalia tetap menyerlah. Seri wajahnya sejak membintangi telenovela popular berkenaan tetap memikat.
Ads
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga Pengerusi Mottola Media Group dan bekas CEO Sony Music pada 3 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 15 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 12 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Pelakon Anna Jobling yang kini semakin popular dan laris selepas muncul dalam drama Melur Untuk Firdaus menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Foto: Instagram (@annajobling)
Menurut dari laporan Harian Metro, Anna Jobling atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Lumpur menyatakan keterujaaannya dan tidak menyangka dirinya tersenarai.
“Terima kasih sangat-sangat! Betul-betul saya tak sangka. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori ini. Memang saya terkejut apabila diiktiraf salah seorang daripada 100 calon yang memiliki wajah jelita di seluruh dunia”.
Mengulas tentang raut wajah dan kecantikan yang dianugerahkan itu, Anna mempunyai takrifan sendiri.
Foto: Instagram (@annajobling)
“Hakikatnya cantik itu subjektif. Kedengan sangat klise bila seseorang mengatakan kecantikan luaran lebih penting. Jika seseorang itu mempunyai sikap terpuji, baik maka secara automatiknya akan menjadikan seseorang itu cantik luar dan dalam. Tidak kisah bagaimana rupa paras seseorang, tapi kalau sayangkan diri dan yakin, maka secara langsung dirinya akan cantik segala-galanya”.
Anna Jobling, 21 tahun merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.
Selain Anna, turut tersenarai adalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.
Tahun lalu, anggota Dolla iaitu Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tersenarai dalam kategori itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak pernah menonton filem The Princess Diaries lakonan Anne Hatheway yang ditayangkan pada tahun 2001, dan kesinambungannya The Princess Diaries: Royal Engagement pada tahun 2004. Filem rom-com yang mengisahkan bagaimana seorang remaja perempuan biasa, Mia Thermopolis yang tidak mengetahui bahawa dirinya berdarah raja, terpaksa menyesuaikan diri pelbagai cabaran menjadi seorang puteri raja.
Mujurlah Mia mendapat sokongan, dorongan dan tunjuk ajar dari neneknya, Clarisse, permaisuri dari Kerajaan Genovia, yang dilakonkan penuh magis oleh pelakon veteran dan berbakat besar, Julie Andrews. Julie Andrews atau nama sebenanrnya Julia Elizabeth Wells yang lahir pada 1 Oktober 1935) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan pengarang yang lahir di Walton-on-Thames, England. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem-filam lagenda seperti Mary Poppins(1964) dan The Sound of Music (1955).
Lakonannnya juga turut mendapat pengiktirafan pihak Academy apabila menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik selama 3 kali pada tahun 1965, 1983 dan 1966. Julie juga tampil sebagai penyumbang suara untuk filem Minions: Rise of The Guru baru-baru ini.
Bersempena dengan ulang tahun filem The Princess Diaries yang ke-20 tahun ini, NONA tertarik dengan penampilan serta personaliti Julie Andrews yang sehingga kini masih kelihatan anggun, aktif dan sihat walaupun usianya sudah mencecah 86 tahun. Apa agaknya rahsianya?
(Kredit foto oleh Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic)
Walaupun Julie Andrews sering menegaskan bahawa dia mewarisi kecantikan daripada ibunya, namun Julie cukup memegang erat nasihat ibunya. Menerusi temubualnya bersama majalah Elle baru-baru ini Julie berkata “Demi tuhan, sentiasa bersihkan kulit wajah anda dengan betul”. Ibunya juga pernah menasihatinya untuk membersihkan wajahnya setiap hari bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan krim selain mencuci dengan pencuci muka.
Julie terus berkongsi selain rutin penjagaan wajahnya, Julie turut menegaskan rahsianya adalah banyakkan meminum air masak agar wajah kekal hidrat dan segar. “Pastikan anda minum air masak, walau di mana saja anda berada”, jelas Julie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari seorang ‘influencer’ yang memiliki lebih 100 ribu pengikut di laman Instagram, Qasrina Karim kini melebarkan sayap kariernya dalam dunia lakonan. Kejayaan lakonannya dalam filem Kongsi Raya hasil arahan Teddy Chin membuka jalan luas untuknya melakar kejayaan buat diari seninya sendiri.
Qasrina yang memiliki segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia ternyata bukan sahaja memiliki gaya fesyen menarik yang seringkali menjadi rujukan kaum hawa terutamanya yang memakai hijab untuk tampil bergaya, malah bintang yang kian menyerlah ini memiliki aura kecantikan yang sempurna.
Menurut Qasrina yang ditemubual di acara pelancaran kosmetik Wardah juga merupakan duta bagi jenama ini berkongsi antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari.
Sumber air amat penting untuk memastikan tubuh badan saya sentiasa bertenaga dan tidak mudah penat. Malah, ia juga memberi kebaikan kepada kulit wajah.
Jadi saya seringkali minum sekurang-kurangnya dua liter air atau satu liter botol besar. Bagi aspek pemakanan pula, saya tidak minum susu kerana ia boleh menyebabkan wajah saya berjerawat
Menurut Qasrina juga, dia hanya minum susu jenis oat dan juga kacang almond untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Di samping itu juga, Qasrina akan memastikan waktu tidurnya dijaga dengan baik untuk memberi tenaga pada keesokakan harinya.
Sama juga seperti orang lain, bagi saya, waktu tidur amat penting. Saya perlukan selama enam hingga tujuh jam untuk memastikan tubuh badan saya berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.
Bukan itu sahaja, malah untuk memberi tubuh badan saya lebih bertenaga, saya menjadikan senaman badminton atau berlari sebagai aktiviti senaman yang memberi banyak kebaikan pada diri
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
Hampir enam bulan melayari alam perkahwinan, pasangan selebriti popular Indonesia iaitu Ahmad Al Ghazali dan Alyssa Daguise menerima perkhabaran gembira apabila mereka bakal timang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Pendedahan tersebut dibuat anak sulung Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu di media sosialnya pada hujung November lepas.