Wah, hujung minggu ni punyalah banyak open house! Bukan sikit, tapi dua tiga rumah juga nak pergi. Masa-masa genting inilah jerawat muncul. Bermaharajalela pula tu di atas muka.
Jangan risau. Cuba penyelesaian paling cepat untuk menghilangkan jerawat iaitu menyapu masker semula jadi buatan sendiri. Masker istimewa ini mampu merawat wajah sekali gus mengubati jerawat tanpa kesan sampingan. Malam ni, jom amalkan petua masker DIY di bawah.
Masker Pisang
Buah pisang kaya dengan antioksidan dan mempunyai peranan penting dalam memelihara kesihatan kulit wajah. Keajaiban buah pisang menjadikan jerawat hilang perlahan-lahan. Memakai masker daripada buah pisang juga memberikan rasa sejuk kepada kulit dan sesuai diaplikasi kepada semua jenis kulit.
Caranya, ambil sebiji pisang dan lumatkan. Tambah sesudu madu dan gaul sebati. Sapu rata pada wajah sebagai masker dan biarkan selama 30 minit. Bilas sehingga bersih dengan air.
Masker Anggur
Gugusan buah anggur bukan sahaja enak dimakan malah berkuasa untuk menyingkirkan jerawat. Anggur sesuai dijadikan masker kerana nutrisi vitamin A dan Emampu merawat wajah agar bebas daripada masalah kulit. Ia kaya dengan antioksidan dan berupaya melindungi wajah secara menyeluruh.
Ads
Caranya, ambil 5 biji buah anggur dan kisar sampai halus. Tambah satu sudu madu dan gaul hingga sebati. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air suam sehingga bersih. Mudah bukan?
Masker Nanas
Buah nanas kaya dengan enzim Bromelain yang membantu proses pembaharuan kulit. Enzim ini juga membantu menyingkir jerawat sehingga ke bahagian akar. Jadi, jerawat tidak akan mudah timbul pada kulit yang telah disapu dengan nanas.
Langkah penyediaannya juga sangat mudah iaitu dengan mengisar hirisan nanas. Tambah sedikit madu agar komposisinya mudah melekat di kulit. Sapu masker pada bahagian yang berjerawat dan biarkan seketika. Bilas bersih dan kulit akan bebas daripada sebarang jerawat.
Ads
Masker Manggis
Buah manggis semakin menjadi pilihan rawatan kecantikan. Ekstrak kulit manggis sangat berkesan untuk menyingkir jerawat yang timbul di permukaan kulit.
Caranya, anda boleh mengoles terus ke bahagian kulit wajah atau merebus kulit manggis terlebih dahulu. Air rebusan kulit manggis boleh digunakan sebagai masker atau mencuci wajah.
Masker Strawberi
Ads
Buah strawberi yang ranum memang manis jika dimakan.Ia juga berupaya menyingkirkan jerawat namun tidak boleh bertindak sendirian. Gabungan buah strawberi, madu dan lemon sangat berkuasa untuk menghapuskan jerawat. Selain kaya dengan sumber antioksidan, buah strawberi juga mengandungi asid salicylic yang merupakan bahan utama dalam produk menghapuskan jerawat.
Untuk membuatnya, ambil 3 biji buah strawberi sederhana besar dan kisar hingga lumat. Masukkan satu sudu madu dan perah sedikit lemon. Sapu ke bahagian berjerawat dan biarkan seketika. Bilas sehingga bersih dengan air suam.
Masker Lemon
Buah lemon memang terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Ia kaya dengan vitamin dan sumber antioksidan, sekali gus membuatkan lemon sebagai antara ramuan penting dalam produk kecantikan.
Anda juga boleh membuat masker dengan memerah sebiji buah lemon dan ambil jusnya. Campur dengan satu sudu madu dan gaul sebati. Sebelum menyapu masker ini, bersihkan wajah dengan air suam terlebih dahulu. Bilas dengan air sejuk dan lap dengan tuala lembut.
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya langkah Hani Karmila dalam industri seni makin serius dan ‘deras’! Ternyata, darah seni arwah bapanya iaitu Hani Mohsin dan ibu tersayang, Puan Sri Tiara Jacquelina mengalir laju dalam diri anak seni ini.
Terbaharu, Hani Karmila muncul dalam filem Laknat yang ditayangkan pada 5 Jun ini. Menerusi naskhah seram itu, Hani memegang watak Murni yang diinspirasikan daripada kisah benar.
Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin menjelaskan ibunya yang juga penerbit dan pelakon filem Puteri Gunung Ledang merestui dirinya menjadi pelakon menerusi filem Laknat.
Sebagai anak kepada Allahyarham Hani Mohsin dan Puan Sri Tiara Jacquelina, Mila mewarisi darah seni yang kuat.
Namun beliau memilih untuk tidak hanya bergantung pada nama besar keluarganya. Sebaliknya berusaha keras membina identiti sendiri dalam industri hiburan.
Mila bukanlah asing dalam dunia seni. Sebelum ini, dia pernah membuktikan bakatnya menerusi teater Melur the Musical dan juga sebagai atlet seni mempertahankan diri Jiu Jitsu. Lebih istimewa, Mila meraih pingat emas dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.
Khabarnya Mila mula aktif menceburi seni bela diri Jepun berkenaan hampir sedekad lalu.
Tidak cukup itu, wajah jelitanya juga pernah menghiasi iklan komersial Malaysia Airlines. Lebih membanggakan, Mila bergelar juara sukan Jiu Jitsu di Singapura pada 2022.
Hani Karmila Iras Arwah Bapa
Setiap kali melihat wajah Mila, peminat seni tanah air pasti terkenang raut wajah Hani Karmila iras Allahyarham Hani Mohsin. Bahkan ramai mengatakan dia mewarisi senyuman pelakon Jimi Asmara tersebut.
Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006. Hasil perkongsian hidup, Hani dan Puan Sri Tiara dikurniakan Hani Karmila. Mila dilahirkan pada 21 September 1996 dan kini berusia 28 tahun.
Rusia dan Ukraine, dua negara yang kini sedang bergolak hebat merupakan negara yang paling sering melahirkan ratu cantik dunia dan supermodel terkemuka. Mila Kunis, Milla Jovovich dan atlet tenis, Maria Sharapova antara nama-nama jelitawan popular kelahiran dua negara tersebut.
Susulan krisis ketegangan yang melanda di wilayah bergolak Rusia-Ukraine, perhatian dunia tertumpu pada nasib rakyat yang menjadi mangsa, golongan warga emas, kaum wanita dan kanak-kanak.
Ini termasuklah golongan ratu cantik yang pernah menawan dunia dengan kejelitaan serta kelebihan diri mereka yang mempesona. Apa terjadi pada misi keamanan dunia yang selalu dilaungkan?
MISS UKRAINE 2015, ANASTASIIA LENNA
Kebangkitan wanita Ukraine seperti bekas Miss Ukraine Anastasiia Lenna, 31, membuktikan jiwa patriotik mereka yang sebenar, sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara.
Meskipun bertugas sebagai pengurus perhubungan awam di Turki, namun bekas Miss Ukraine 2015 itu sanggup kembali ke negaranya sebagai tentera sukarelawan.
MISS UNIVERSE 2002, OKSANA FEDEROVA
Sementara itu, bekas Miss Universe 2002 dari Rusia, Oksana Federova, 44, pula lantang memberi kenyataan yang memihak pendirian negaranya. Melalui hantaran di media sosial, beliau menyatakan bahawa rakyat Rusia tidak mempunyai pilihan selain menyokong keputusan pemimpin mereka, Vladimir Putin.
Beliau turut menegaskan bahawa krisis yang berlaku adalah demi menyelamatkan rakyat Rusia. Kenyataan model dan pengacara televisyen itu walau bagaimanapun ditentang oleh warga Rusia sendiri yang menyokong perdamaian.
Jika biasanya peserta-peserta pertandingan ratu cantik di seluruh negara menyahut mesej keamanan dunia, nampaknya kali ini mereka sendiri yang berbelah-bahagi.
Apa pun yang berlaku, sudah masanya krisis Rusia-Ukraine ditamatkan segera. Sama-sama kita mendoakan jalan perdamaian terbaik buat dua negara berjiran itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.