Gaya Hidup

Masuk Usia 35, Hadiah Teddy Bear Burberry Cukup Buat Fyza Kadir Terharu, Lengkap Kek Mewah Dior & LV Lagi!

Tiada yang lebih istimewa daripada doa dan ingatan seseorang. Begitulah istimewanya Fyza Kadir di mata ramai orang, apabila si jelita ini dihujani jambangan bunga, kek dan hadiah eksklusif sempena hari jadi ke-35 yang lepas.

Gelaran Barbie Doll Malaysia cukup sinonim dengan wanita jelita ini. Wajahnya yang cantik menyempurnakan ketinggian dan bentuk badan Fyza yang langsing. Seperti tiada cacat cela, sosialit dan selebriti media sosial itu juga bijak berfesyen serta digemari jenama rumah fesyen antarabangsa.

Jika dulu kelibat Fyza kerap menghiasi front row pertunjukan fesyen, kini Fyza dilihat lebih banyak menyempurnakan kempen fesyen dan kecantikan secara online. Antara yang terbaharu sepanjang pandemik ini adalah bersama Dior, Cle de Peau Beaute, Gucci Beauty, Fendi dan banyak lagi.

 

 

 

 

Tanggal 30 Julai lepas, genaplah usia Fyza mencecah 35 tahun. Berbeza daripada tahun-tahun sebelum dimana ia lazimnya diraikan bersama rakan-rakan, kali ini dia pasrah menyambut hari jadi secara sederhana di rumah akibat PKP.

“Tahun lepas dapat juga celebrate di Hotel Four Seasons. Kiranya cover untuk dua tahun sekalilah, memandangkan tahun ni cuma feeling-feeling ‘celebrating for the gram’ jer, LOL!” Fyza Kadir

Masih dengan kelembutan dan kemesraan yang sama, Fyza yang berdarah kacukan Melayu-Malbari itu tetap membuatkan sesiapa pun senang dengannya.

“I just want to be happy always. Bukan mahu banyak, cukup bersyukur dengan segala kurniaan-Nya pada saya selama ni. Saya gembira dengan kasih sayang dan perhatian daripada orang-orang di sekeliling saya.

I am grateful for everyone for making my birthday special” Fyza Kadir

 

 

 

 

Bukan sebiji dua kek artisan yang diterima, bukan jua sejambak dua bunga-bungaan segar yang dihantar ke kediaman Fyza. Antara yang menjadi perhatian tentulah surprise

dari jenama Dior, LV serta beberapa bingkisan eksklusif kiriman kenalan rapat.

Satu hadiah paling bermakna yang diterima tahun ini, soal saya sambil menduga jawapan yang bakal keluar dari bibirnya…

“Hadiah dari bff saya, Burberry bear sebab saya kumpul koleksi bear tu. Terharu sebab dia sanggup beli mahal-mahal sebagai hadiah hari jadi saya.

Walaupun kami berbeza usia 10 tahun jaraknya, tapi dia saya anggap macam kakak sendiri.

Hadiah hari jadi paling bermakna buat Fyza tahun ini

 

Koleksi Burberry Thomas Bear yang comel dan boleh dijadikan charm atau pemegang kunci

 

Saya memang suka koleksi Thomas Bear dari Burberry ni. Comel sangat, ada baju! Sekarang ada lebih kurang 6 Thomas Bear dalam simpanan.” Fyza Kadir

Alhamdulillah, bertuahnya. Semoga wanita Johor yang pernah menghiasi bidang lakonan dan peragaan tanah air ini beroleh kesihatan serta kebahagiaan yang berpanjangan. Happy belated birthday Fyza Kadir!

IKLAN
Share