“Masya Allah, Cantik Macam Ibunya!” Kecomelan Anak FASHA SANDHA Buat Ramai Terpesona!

Siapa yang tidak mengenali pelakon berbakat besar Fasha Sandha yang cukup popular dengan aura serta mutu lakonannya. Baru-baru ini Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video anak perempuannya, Aisha Amaira di laman Instagramnya nyata mencuri tumpuan ramai pengikut di laman Instagram.

Manakan tidaknya, menerusi video  tersebut, pelakon berusia 38 tahun itu merakam momen Aisha yang dilihat sedang menikmati biskut di dalam ‘stroller’ ketika mereka sekeluarga membeli makanan di restoran Subway.

Rakaman tersebut memaparkan pelakon tersebut mengusik anaknya yang berusia dua tahun itu namun tidak diberikan kanak-kanak berkenaan.

Ternyata telatah bersahaja kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, apatah lagi dengan kecomelannya apabila warga maya lebih tertumpu kepada kecomelan Aisha. Kelentikan bahagian matanya cukup menawan sekali walaupun baru berusia 2 tahun, buatkan ramai tidak jemu memandang dan memuji wajahnya.

Mengintai ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat terpesona dengan raut wajah  wajah anak pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu. Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu mengatakan wajah Aisha sememangnya mirip seperti anak perempuan kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Sumayyah.

IKLAN
Share