Meghan Markle & Putera Harry Umum Hamil Anak Ke-2, Ratu Elizabeth II Turut Gembira

Nampaknya anak sulung kepada pasangan keluarga diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle bakal bergelar abang tak lama lagi apabila kedua-dua ibu dan bapanya telah mengumumkan bahawa sedang hamil anak kedua. Berita gembira ini disampaikan oleh jurucakap kepada pasangan berkenaan.

Foto: Instagram @_crownit

“Kami mengesahkan Archie akan menjadi abang. Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka,” kata jurucakap pasangan ini seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian

.
Foto: Instagram @sussexset

Ratu Elizabeth turut gembira dengan berita ini dan menzahirkan perasaannya melalui jurucakap Istana Buckingham kepada portal T&C. Bayi kedua Putera Harry dan Meghan Markle akan menjadi cucu ke-10 atau ke-11 Ratu Elizabeth II bergantung kepada tarikh bersalin seorang lagi cucu banginda, Zara Tindall, yang sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Disember lalu.

Foto: Jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski_
Foto: Instagram @chicmadesimple

Sebelum ini sejarah tercipta apabila menyaksikan perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle tiga tahun lalu. Kisah cinta di antara anak bongsu mendiang Puteri Diana dan pelakon Hollywood ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia.

Foto: Instagram @themegaagency

Namun, Meghan Markle dan suami tercintanya telah membuat keputusan untuk mengundur diri sebagai ‘senior members‘ keluarga diraja Britain dan akan memulakan hidup keluarga kecil mereka di Amerika Utara bersama anak mereka, Archie.

Foto: Jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski
Foto: Instagram @meet2marry

Pasangan ini juga telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari media sosial masing-masing dan bahagia dengan keputusan tersebut.

Sumber: Astro Awani 

*Kalau nak riadah kena pakai kasut yang selesa macam kasut ni.

IKLAN
Share