Membara! Transformasi360 mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kehadiran hampir 3,500 peserta, sekali gus membuktikan semangat rakyat Malaysia yang tidak pernah padam untuk bangkit serta membina reputasi lebih baik.
Sambutan luar biasa terhadap program Transformasi360 ini berjaya menghimpunkan sekitar 3,500 peserta dari seluruh negara.
Ini sekaligus membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia yang serius berusaha untuk keluar dari tekanan hidup dan mencapai kejayaan dalam kewangan serta kehidupan.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa masyarakat kini semakin peka dan mahu memperbaiki kehidupan mereka dalam pelbagai aspek.
Transformasi360 merupakan inisiatif RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan kerjasama Astro sebagai rakan media, menawarkan pengalaman transformasi mendalam melalui pendekatan yang menggabungkan ilmu, strategi, mindset
dan teknologi kecerdasan buatan (AI).Dengan sokongan teknologi terkini, peserta dapat memanfaatkan kecerdasan buatan dalam mengenal pasti kekuatan dan peluang yang ada dalam diri mereka.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan kali ini sangat mengejutkan. Pihak penganjur terpaksa menyediakan kerusi tambahan untuk menampung kehadiran yang melebihi jangkaan.
Membara! Transformasi360 mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kehadiran hampir 3,500 peserta, sekali gus membuktikan semangat rakyat Malaysia yang tidak pernah padam untuk bangkit serta membina reputasi lebih baik.
“Kami menjangkakan sekitar 2,500 peserta, namun yang hadir mencecah hampir 3,500 orang iaitu 75% lebih banyak dari sasaran. Peserta datang dari pelbagai negeri seperti Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak, malah dari Brunei, Singapura dan Indonesia,” jelasnya.
Transformasi360 adalah peningkatan daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang diadakan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mei di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
Program ini menarik pelbagai peserta, termasuk usahawan, kakitangan kerajaan, ibu tunggal, dan graduan muda, yang datang dengan satu matlamat: untuk mengubah hidup dan bangkit mencapai kejayaan.
Sepanjang program, peserta diberi bimbingan untuk membina kekuatan dalaman, menetapkan hala tuju hidup, serta melaksanakan tindakan praktikal dan konsisten bagi mencapai kejayaan yang seimbang antara kewangan dan kehidupan peribadi.
“Melihat kepada impak yang begitu besar, RichWorks merancang untuk menganjurkan satu lagi siri Transformasi360 pada bulan September bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu yang terlepas sesi kali ini untuk menyertai perjalanan transformasi mereka.
Kami komited untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan kewangan yang menjerut. Transformasi360 hanyalah permulaan kepada perubahan
yang lebih besar buat mereka,” akhiri Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perubahan besar ini! Untuk maklumat lanjut, layari Transformasi360. Bersedia untuk bangkit dan transformasi hidup anda ke tahap seterusnya!
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/puteri-sulung-ustaz-akhil-hayy-kembali-jadi-isteri-turut-hadir-ibu-kandung-menyerikan-hari-bahagia/
This website uses cookies.