Membeli Keperluan Rumah Kini Lebih Mudah, Sejak BEN’S INDEPENDENT GROCER Dibuka Di IPC Mutiara Damansara!

Kini, outlet  terbaharu Bens’ Independent Grocer di bawah pengurusan Village Grocer Holdings Sdn Bhd mengekalkan konsep membeli-belah sambil menikmati pelbagai outlet makanan yang menampilkan konsep terbuka dan versatil!

Antara outlet makanan yang boleh dijadikan pilihan termasuklah Botanical, Malaya Kitchen, Barn Butchery, Bay Seafood and Chalk & Cheese. Selain itu, anda boleh menikmati hidangan istimewa F&B di bawah Ben’s Independent Grocer iaitu The Grocer’s Kitchen yang memberi tumpuan terhadap hidangan pizza dan rotisseries,

Independent Coffee dan Crumbs yang menyediakan aneka pastri serta roti menyelerakan. Jika anda menggemari hidangan dari Vietnam, jangan lupa menikmati hidangan Vietnam di I LOVE PHO yang berasal dari Australia. Ia membuka pintu di pasaran Malaysia bersama dua lagi jenama iaitu Shucked dan Inside Scoop.

BELI-BELAH SERBA MUDAH

Menyentuh tentang pengalaman membeli-belah di Ben’s Independent Grocer IPC sememangnya suasana membeli barangan keperluan harian menjadi cukup mudah dengan kepelbagaian barangan tempatan dan antarabangsa yang mudah didapati di sini. Variasi barangan keperluan harian yang segar pastinya menjadi pilihan untuk ibu-ibu moden menyediakan hidangan untuk seisi keluarga. Faktor kesegaran dan produk makanan yang bermutu amat penting dalam aspek penjagaan makanan bagi memastikan hidangan yang disediakan berkhasiat dan terjamin dari segi kebersihannya!

Susun atur produk di Ben’s Independent Grocer juga amat sistematik dan teratur serta mudah untuk mendapatkan produk yang diingini. Malah, produk berjenama yang mungkin tidak dijual di pasaraya lain boleh didapati dengan mudah di sini. Sekali gus, menjadikan Ben’s Independent Grocer pilihan lokasi membeli-belah barangan keperluan harian untuk golongan expatriate

yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Sempena pembukaan Ben’s Independent Grocer IPC, setiap pembelian yang menelan belanja RM250 dalam satu resit pada hari biasa berpeluang memiliki B.I.G cooler bag. Selain itu, pelbagai tawaran menarik disediakan kepada setiap pelanggan bertuah. Selamat membeli belah!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

IKLAN
Share