Gaya Hidup

MEMEY SUHAIZA Terima Ucapan Tahniah Gara-Gara Posting NORMAN HAKIM, Kejutan Yang Membuatkan Suami Terkedu!

Jika sebelum ini berita kehamilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Nora Danish disambut penuh teruja oleh peminat seni tanah air, kini giliran Memey Suhaiza pula menerima perhatian sama. Menerusi perkongsian suami Memey iaitu pelakon Norman Hakim di Instagramnya, rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut apabila foto yang menunjukkan sekeping kad berserta alat ujian kehamilan Memey menjadi viral

di media sosial semalam.

Meskipun menjadi orang terakhir yang tahu tentang berita berkenaan, Norman bagaimana pun mengakui mula merasai ‘kehadiran’ orang baru dalam keluarganya sejak 2 minggu lepas. Ini antara coretan romantis Norman sebaik menerima kejutan daripada isteri tercinta.

“Rasa tu tak pernah bohong. Kali ni ‘rasa’ similar macam masa Marissa Dania dalam kandungan dulu. Lebih kepada diri sendiri yang ‘kena’ berbanding daripada ibu yang mengandung.”

Bagi Memey pula, dia ternyata insan paling bahagia apabila diberi kenikmatan bergelar ibu buat kali ketiga. Tulis ibu muda ini, “Di saat kami merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga kami dan Allah izinkan. Syukur ya Allah.

Ingat nak tunggu perut besar sikit baru share tapi suami saya orang paling excited. Dia tak sabar. Bila dah berbincang dan dah dapat kepastian dari Dr Zarina (doktor yang sama handle semua anak-anak) then kami sepakat untuk kongsikan berita gembira ini.

Dari semalam dihujani ucapan tahniah dan doa. Terima kasih buat semua. Tak terbalas dengan kata-kata. Semoga setiap doa yang baik-baik juga akan berbalik pada anda semua. Love u all.”

Kongsi Memey lagi, disebabkan anak kecilnya iaitu Awish Zarisz masih menyusu badan doktor menyarankan agar Memey mengehadkan aktiviti tersebut demi menjaga kandungan. Sama-sama kita doakan agar ibu dan bayi yang dikandung sentiasa dalam keadaan sihat kehendaknya.

Dari team Nona, kami turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Memey dan Norman sekeluarga.

Sumber Instagram: Norman Hakim & Memey Suhaiza

IKLAN
Share