Menang Besar di GMWA, HAFIZ MAHAMAD Beri Bonus Sebulan & Cuti Sehari Untuk Staf. Rezeki Dikongsi Bersama!

Berkongsi rezeki dengan staff, itulah antara perkara sinonim yang dilakukan oleh usahawan dan Instafamous, Hafiz Mahamad sejak memulakan perniagaan beberapa tahun lalu.

Tidak hairanlah mengapa dia menggunguli trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA) yang julung kali dianjurkan semalam. Usahawan tersebut meraih undian tertinggi sekaligus melayakkan Hafiz membawa pulang trofi utama edisi pertama penganjuran tersebut.

Selain anugerah utama, Hafiz turut memenangi kategori Digital Influencer Tergempak.

Terharu dengan penganugerahan yang diterima pada acara tersebut, Hafiz telah membuat pengumuman istimewa buat kakitangan syarikatnya dengan memberikan cuti selama satu hari di samping bonus sebulan yang dianggarkan berjumlah RM300,000.

“Sejak awal tercalon di GMWA, kakitangan syarikat adalah antara pihak yang banyak memberikan sokongan dan undian untuk saya. Sekaligus sokongan itu cukup mengharukan saya. Jadi, tak salah saya berkongsi rezeki kemenangan ini dengan mereka yang banyak membantu saya selama ini,” ujar Hafiz memetik MStar yang mempunyai 70 orang kakitangan.

Sekitar tahun 2020, isteri Hafiz, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab pernah menerima pengiktirafan Majalah NONA sebagai  Nona Best Influencer Skincare Brand Award – Ainaa Beauty.

Pada majlis GMWA, sembilan kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian tidak termasuk anugerah khas. GMWA dihoskan oleh Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee.

Senarai penuh pemenang GMWA:

1.Video Trending Tergempak: Merqeen (Swipe Challenge)

2.Drama Trending Tergempak: Melur Untuk Firdaus

3.Selebriti Digital Tergempak: Datuk Seri Siti Nurhaliza

4.Digital Content Tergempak: Ryan Bakery

5.Video Muzik Tergempak: Bad (Dolla)

6.Lagu Trending Tergempak: Bad (Dolla)

7.Personaliti Gamers Tergempak: Kambing Golek

8.Motivator Digital Tergempak: Cikgu Fathi

9.Digital Influencer Tergempak: Hafiz Mahamad.

IKLAN
Share