Gaya Hidup

Menantu DS Najib Tun Razak, Fitri Aprinasari Utami Kelihatan Ceria Di Samping Suaminya

Keluarga besar Datuk Seri Najib Tun Razak bertambah meriah dengan kehadiran pasangan pengantin baharu Mohd Nazifuddin Najib dan isterinya Fitri Aprinasari Utami.

Fitri Aprinasari Utami telah berkongsi khabar gembira tentang pernikahan mereka melalui laman media sosialnya. Tulis Fitri Aprinasari Utami, “Alhamdulillah pada tanggal 24 syawal 1440, lancar menjalankan salah satu ibadah wajib. Semoga pernikahan ini sakinah, mawadah dan warahmah. Amiin,” kongsinya.

Sebelum ini pasangan sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu.

Ketika laporan pertunangan pasangan ini dahulu mereka dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini tetapi nyata jodoh mereka lebih cepat daripada yang dirancangkan. Tahniah!

Fitri Aprinasari Utami yang merupakan ahli politik muda Indonesia ini kelihatan cantik dalam persalinan kebaya bersama suaminya yang lengkap dalam persalinan baju Melayu.

Gadis manis yang berusia 26 tahun ini merupakan anak kepada ahli perniagaan Indonesia terkenal, Tommy Sumardi. Nazifuddin, pula adalah seorang daripada tiga orang anak Datuk Seri Najib daripada hasil perkahwinan terdahulu dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Fitri Aprinasari Utami aktif berpolitik dari bekas parti pemerintah Indonesia Golkar. Mendapat jolokan ‘Putri Betawi’ bersemangat membangkitkan motivasi di kalangan kaum wanita di sana.

Fitri Aprinasari Utami merupakan anak kelahiran di wilayah Tanah Abang ini seringkali dilihat turun padang bertemu dengan penduduk setempat.

Kehadiran Fitri Aprinasari Utami umpama melengkapkan keluarga besar suaminya dan turut dikongsinya di laman media sosialnya, “Thanks to aunty Farida and aunty Anis for hosting such a lovely lunch for us. Have a great time with Tun Rahah’s families,” kongsinya.

Foto: Instagram @fitriaprinasari

IKLAN
Share