MENEGUR Khilaf Orang Dengan ADAB, TEBALKAN KESABARAN Kerana Itu ADAT PERJUANGAN

Pernah tak bila kita menegur seseorang untuk berubah menjadi lebih baik, kita pula dimarahi? Rasanya dalam hidup setiap orang, ini pasti berlaku. Ada cara dan adab untuk kita menzahirkan teguran dan pada masa sama, ada sesuatu yang kita sendiri patut semai dalam jiwa sebelum menegur seseorang ke arah kebaikan. Ini perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki.

Dalam video ringkas yang dikongsi Ustaz Ahmad Dusuki, ada satu perkara yang paling utama perlu disematkan dalam diri sebelum kita menegur orang. Malah, menurut beliau, Nabi juga diuji dengan ujian sebegini (dicemuh dan dimarahi ketika menyampaikan ajaran Islam).

Pada masa yang sama, kita juga perlu melihat sekeliling kita sebelum bertindak untuk menegur. Kita perlu pilih dan mencari teman yang sesuai kerana dari situ, penilaian seseorang manusia terhadap kita akan berubah.

Ini yang boleh anda lakukan untuk memastikan diri dan semangat anda sentiasa berada di temat yang betul:

Pilih kawan

Kata orang, kawan sekeliling kita melambangkan siapa diri kita. Jadi, pilih kawan yang betul-betul boleh membawa kesan positif.

Berwawasan tinggi

Kalau nak maju dalam hidup, carilah kawan yang boleh bimbing kita dan berwawasan tinggi. Paling penting, yang sentiasa positif dalam kehidupan!

 

Mempunyai nilai sama

Kata orang, jika pasangan berlainan pemikiran, dia pelengkap hidup kita. Tetapi berbeza pula jika hendak memilih kawan. Lebih baik pilih teman yang mempunyai nilai dan  kepercayaan sama kerana anda boleh mendapatkan penghormatan dari segi pandangan.

Matlamat sama

Mungkin kita boleh gelarkan mereka ‘purpose partners’. Bila kita mempunyai teman dengan misi serupa, anda boleh bekerjasama dengan lebih baik dan jadi pendorong.

Teman ‘seimbang’

Kita semua ada kekuatan dan kelemahan. Itu normal kan? Pilih kawan dengan betul, anda sebenarnya berkongsi bakat, skil dan keupayaan mereka untuk menyuntik kekuatan kepada diri anda juga. Begitu juga sebaliknya.

Teman memberi motivasi dan mendorong

Tentu kita tak mahu memilih teman yang asyik murung dan berfikiran negatif setiap masa. Lebih kuat semangat seseorang, lebih tinggi harapan untuk anda juga mengecapi impian dan berfikiran lebih terbuka dan positif.

Teman rai kejayaan

Bukan saja anda perlukan teman yang menyokong perjalanan anda, tetapi teman yang turut meraikan kejayaan anda.

Malah, Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin turut berkongsi di dalam sebuah video di laman Instagram.

Delete kawan-kawan yang melalaikan kita. Di dalam hadis Nabi sebut, seorang akan terpengaruh dengan akhlak kawan-kawannya. Delete atau left group yang send benda-benda tak baik pada kita. Biar kawan tak ramai tapi berkualiti,”katanya.

Kredit foto: Instagram Vivy Yusuf dan Fasha Sandha

Kredit video: Instagram Ustaz Ahmad Dusuki

 

 

IKLAN
Share