Terjawab teka-teki, semuanya menepati ramalan apabila rona burgundy, motif sulam tebuk dan benang emas kembali popular sempena Hari Raya ini.
Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang 1 Ramadan 1446H. Bagi yang sudah mula membuat persiapan dan tercari-cari baju raya untuk digayakan pagi Syawal nanti, mungkin idea rona dan kemasan ini boleh digunakan.
Mengintai koleksi dari hamparan para pereka, Nona menyaksikan identiti klasik, mewah dan regal sekali lagi menjadi pilihan popular untuk himpunan baju raya 2025.
Jika dulu koleksi bercorak, renda atau abaya mendominasi pasaran, kali ini memperlihatkan kelainan ketara apabila rata-ratanya memilih corak polos dengan mengembalikan potongan baju kurung sebenar lengkap seni perincian sulam tebuk dan benang emas di bahagian border.
Lihat sendiri koleksi empat pemilik rumah fesyen ini. Daripada LARNEY, ARIANI, Khoon Hooi dan Rizman Ruzaini… setiap satunya mengetengahkan rekaan eksklusif namun memiliki kemiripan dari segi warna dan kemasan.
Menitipkan surat cinta kepada dedikasi permulaan bisnes mereka sepuluh tahun lalu, Pengarah Kreatif dan Pengarah Urusan LARNEY, Zuhurah Zaibidi mengimbau setiap ciptaannya yang menjadi inspirasi wanita. Tahun ini, koleksi sulam Ethereal Embroidery jadi sorotan dengan mengangkat kesenian sulaman tebuk dan goyang.
Antara yang wajar diberikan spotlight adalah Miss Innate Kurung yang menampilkan sulaman halus dan corak songket geometri Melayu timbul pada fabrik mewah tanpa perlu digosok, sesuai untuk wanita moden yang sentiasa bergerak. Bagi mereka yang menghargai keanggunan bersahaja, Solace Kurung mentakrifkan kemewahan dengan sulamannya yang minimalis.
Ads
Raffiné Kurung, diilhamkan oleh sulam tekat tradisional Perak, menjembatani warisan dan gaya kontemporari. Dan Celeste Kurung, sentuhan moden pada jahitan silang klasik, memancarkan pesona abadi dengan perinciannya yang rumit.
HIKAYAT ARIANI
Bagi peminat gaya mewah, koleksi Ariani Luxe memperkenalkan lebih 100 rekaan eksklusif dihiasi French Lace dan kristal Swarovski. Menariknya, pelakon sensasi Rozita Che Wan atau Che Ta turut memukau sebagai Muse Ariani Luxe 2025, memperagakan tudung mewah dengan penuh anggun.
Ads
Tidak ketinggalan, koleksi Ariani ready-to-wear (RTW) turut diperkenalkan dengan 300,000 helai pakaian raya. Ini termasuk kurung, jubah, kurta, dan baju Melayu dalam 10 jenis material berbeza seperti satin, sifon, dan jacquard.
Tradisi yang abadi bertemu dengan modenisme, mengatur nada Koleksi Raya Khoon Hooi 2025. Terinspirasi oleh ikon fesyen tempatan tahun 1950-an, Saloma, siluet klasik diberi nafas baharu dengan sentuhan berani, memancarkan aura muda. Keanggunan masa lalu dihadirkan dengan sikap yang segar, di mana warisan bertemu dengan humor, dan sofistikasi bertemu dengan alam surreal.
Ads
Baju Kebaya dan Baju Kurung direka menggunakan broked bunga, fil coupé, dan jacquard baldu bagi memberikan sentuhan elegan. Untuk kali pertama, sifon bercorak bunga diperkenalkan, memberikan pesona yang tenang dan kehalusan ringan pada setiap rekaan. Koleksi Raya ini turut diperkaya dengan kapsul Baju Kedah, yang diperbuat daripada lace guipure halus dan fabrik jacquard geometrik. Dengan siluet yang terstruktur dan hujung kain yang tidak teratur, set-set ini memperlihatkan keahlian Khoon Hooi dalam menyeimbangkan antara klasik dan elemen moden.
Meraikan sambutan hangat terhadap koleksi Rizman Ruzaini Spring Summer 2025 yang dipersembahkan di Dubai Fashion Week pada September lalu, inspirasi utama di sebalik koleksi yang diberi tajuk Mustika ini diteruskan dengan pengubahsuaian ke dalam siluet Kurung yang anggun untuk koleksi Raya 2025 Couture jenama ini. Ia adalah penghormatan mendalam terhadap warisan budaya Malaysia, menggabungkan elemen tradisional dengan inovasi kontemporari. Perpaduan kebaya, lipatan, dan sulaman dengan teknik moden mencerminkan pemahaman yang halus tentang sejarah dan evolusi fesyen.
Penggunaan fabrik berlipat menambah daya tarikan koleksi ini, bersama dengan kemasan mewah yang menjadi tanda dagangan jenama Rizman Ruzaini. Fabrik utama untuk koleksi ini termasuk baldu, krepe premium, tulle dan sifon. Sebanyak 23 helai rekaan indah ini hadir dalam pelbagai tona permata dan pastel, dengan harga bermula dari RM4,200 hingga RM14,800.
Sepetang bersama Fazura di The Orchid Conservatory, Hotel Majestic Kuala Lumpur akhirnya meleraikan pelbagai tanda tanya Nona tentang kehidupan wanita jelita itu.
Selain kesempatan bermesra dalam suasana privasi, Faz juga ‘membuka’ dirinya untuk menjawab beberapa soalan Nona. Jom dengarkan temu bual Editor Nona, Kiffy Razak ketika sesi Meet & Greet ni, part perkahwinan yang Faz jawab tu paling best!
Suka dengar jawapan Faz tentang perkahwinan… ia adalah penyatuan dua hati dan in the same time dapat membuatkan keluarga kita happy!
Nona juga tertarik dengan pengakuan Fazura yang menjadikan sahabat karibnya, Puteri Zarith sebagai antara sumber inspirasi berniaga, selain artis Hollywood seperti Jessica Alba dan Oprah.
Penggemar dessert the Sizzling Brownie itu juga baru melancarkan album sulungnya yang berjudul Fazura! pada 3 November lalu. Fazura kini lebih fokus untuk melebarkan sayap nyanyiannya ke tahap profesional.
Di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, album ini menerima Anugerah Emas apabila berjaya terjual sebanyak 5,000 unit ketika dilancarkan. Fazura juga turut dilantik sebagai duta Sahajidah Hai-O Marketing, sebuah syarikat MLM terkemuka di ibu negara.
Sementara produk suplemen TruDolly by Fazura pula menampilkan dua produk utama iaitu Beauty Booster dan Detox PRO untuk penjagaan kecantikan serta kesihatan secara menyeluruh. Jadi inilah rahsia kecantikan Faz ya! KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Agak lama tidak melihat kelibat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis rasmi dan bertemu rakyat. Namun baru-baru ini, kemunculan baginda di sebuah program gaya hidup sihat mencuri perhatian ramai.
Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Selangor Royal Official, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat merasmikan World Thinking Day Run 2020 Selangor di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang dua hari lepas.
Difahamkan majlis tersebut berlangsung pada 22 Februari lalu dan ia merupakan program anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Selangor yang dinaungi oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sendiri. Seperti kebiasaan, penampilan baginda menarik tumpuan peserta yang hadir termasuk rakyat yang merindui kelibat Tengku Permaisuri Selangor.
Meskipun hanya mengenakan solekan nipis dan berbaju T, kejelitaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin tetap memukau.
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan sijil-sijil pencapaian kepada para peserta. Jelas terpancar wajah ceria dan terharu mereka saat menerima penganugerahan daripada Tengku Permaisuri Selangor. Selain berkenan menyampaikan sijil pencapaian, baginda turut berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan.
Turut hadir menyerikan World Thinking Day Run 2020 Selangor ialah Yang di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puan Indera Setia
Selangor, Tunku Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar.
Kredit: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengumuman Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah tentang kemungkinan sesi persekolahan bakal dibuka semula, mendapat pelbagai reaksi.
Ada yang kelegaan, ada juga ibu bapa yang merungut bimbang dengan keselamatan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah. Meskipun sekadar ura-ura dan kerajaan masih belum menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah, namun kita pastilah mahu bersedia lebih awal demi keselamatan pasca COVID-19.
“Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah, atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” kata beliau dalam sidang media harian baru-baru ini.
Tambah Dr Noor Hisham, mereka perlu menunggu sehingga minggu pertama Jun sebelum membuat sebarang keputusan bagi meneliti kesan akibat sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
PERSEDIAAN IBU BAPA
Memikirkan persiapan anak-anak sekolah rendah yang masih belum matang, mampukah mereka menjaga diri, mengamalkan SOP dan mempraktikkan amalan kebersihan dengan betul?
Mengapa tidak diteruskan saja sesi pembelajaran digital dan akses penyampaian ilmu melalui siaran TV Pendidikan? Bukankah ia lebih selamat untuk murid dan guru-guru?
Mungkin itulah persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa.
Pun begitu, kita perlu memahami bahawa teknik pembelajaran secara bersemuka, lengkap aktiviti dan bimbingan guru lebih menjamin kefahaman murid. Masalah capaian Internet juga menjadi satu beban, selain faktor ketidakupayaan semua ibu bapa menjalankan homeschooling di rumah.
PAKAI VISOR
Demi keselamatan anak-anak kita, mungkin visor dari Polaroid Eyewear ni patut menjadi sebahagian ‘uniform’ baru mereka.
Dilancarkan melalui koleksi Stay Safe, visor pelitup wajah ni direka untuk perlindungan maksimum tanpa mengetepikan ciri keselesaan.
Koleksi ini didatangkan dalam dua pilihan iaitu StaySafe 1 dan StaySafe 2 yang diperbuat daripada bahan PPE (Professional Protection Equipment) terbaik dalam standard pembuatan PPE dunia.
Visor ini dihasilkan di Santa Maria di Sala dan Brembate di Sopra, kedua-duanya di Itali oleh Safilo Group.
Kaca mata keselamatan Polaroid ini direka untuk perlindungan mata pemakainya, tak kira sama ada anda pekerja kesihatan di hospital, pekerja industri pembuatan, pekedai, untuk berjoging atau ke pasar raya.
Untuk koleksi StaySafe 1, permukaan visor diperbuat daripada polycarbonate (PC), manakala pad hidung daripada polyamide (PA). Ia boleh dilaras mengikut kesesuaian, khususnya golongan dewasa atau kanak-kanak di atas 10 tahun. Ia boleh dipadankan dengan pelitup hidung yang biasa dipakai.
Untuk koleksi StaySafe 2 pula, visor mask profesional ini mampu melindungi seluruh kawasan mata, hidung dan mulut daripada jangkitan luaran. Selain ciri identikal di atas, ia juga dilengkapi band getah dan sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak dari usia 4-10 tahun.
StaySafe 1 & 2 dijual pada harga RM145 di kedai-kedai optometri terpilih di Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.