Mengancam! 5 Keistimewaan Ini Punca Wanita Cair Untuk Memiliki MYVI 2018

Sejak kebelakangan minggu ini topik mengenai model Myvi keluaran Perodua hangat diperkatakan ramai. Baik di Internet mahupun media sosial, reka bentuk automobil kebanggaan negara ini bukan lagi rahsia dan semakin tersebar luas sehingga membuatkan kebanyakan wanita teruja untuk memilikinya.

Mengamati spesifikasi yang ada dalam ‘jentera’ baru Perodua, berikut disenaraikan keunggulan Myvi 2018.

1)HARGA MAMPU MILIK

Bagi yang sedang tercari-cari kereta baru dengan harga berpatutan dan selesa, Perodua Myvi 2018 ditawarkan dengan harga bermula RM44, 300 hingga RM55, 300 mengikut dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L.

  • 3L G MANUAL – RM44, 300
  • 3L G AUTO – RM46, 300
  • 3L X AUTO – RM48, 300
  • 5L H AUTO – RM51, 800
  • 5L AV AUTO – RM55, 300

2)WARNA MENARIK

Myvi 2018 menawarkan enam pilihan warna yang menarik sesuai dengan cita rasa wanita. Antara warna yang bakal membuatkan wanita ‘rambang mata’ termasuk Granite Grey Metallic, Peppermint Green Metallic, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

3)KUASA ENJIN

Tidak semua wanita mementingkan kuasa enjin bagi kenderaan yang dipandu mereka. Namun sebagai pengetahuan, istimewanya Perodua Myvi 2018 ini adalah kerana ia dihasilkan dengan kuasa enjin DVVT-i sedia ada dengan unit Toyota 1NR-VE 1.3L (seperti enjin Bezza) dan 2NR-VE 1.5L (dalam enjin Vios baharu). Bahagian transmisi pula masih mengekalkan kotak gear automatik 4 kelajuan dan bagi manual, 5 kelajuan.

4)CIRI KESELAMATAN TERBAIK

Ini antara sebab utama kenapa Myvi 2018 harus menjadi kepunyaan anda. Ia didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) dan lebih mengujakan versi premium model popular Perodua ini dipadankan dengan 6 beg udara. Berbeza daripada versi standard iaitu 4 beg udara.

5)NILAI EKSKLUSIF

  • Lampu hadapan menggunakan lampu LED bersama ciri pelarasan sebagai standard
  • Ruangan roda, rim bersaiz 14 inci bagi 1.3L manakala 1.5L dipadankan dengan rim 15inci dua tona
  • Selain warna-warna biasa seperti merah, putih dan perak, dua warna baru diperkenalkan iaitu kelabu dan hijau
  • Reka bentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik
  • Ada butang penghidup tekan-mula (push/start) yang ditawarkan sebagai ciri standard semua jenis.
  • Diperincikan skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan sebagainya

 

 

IKLAN
Share