Tulusnya kasih sayang Najwa Latif terhadap ibunda tersayang, Zarina Saamah ketika menikmati percutian di Venice, Italy baru-baru ini. Biarpun tanpa mengungkapkan sebarang kata.. namun riak muka Najwa yang dilihat mengesat air mata turut mengusik jiwa ramai. Sampaikan ada yang menangis gembira saat menonton aksi dua beranak ini.
Memperlahankan perjalanan seni sejak melanjutkan pengajian di UNITAR, Najwa yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, TESL sebenarnya seorang anak yang sangat penyayang. Mana tidaknya, walau baru berusia 23 tahun tapi Najwa sanggup mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin menunaikan impian ibu tersayang. Alahai, sejuk perut ibu mengandung.
Kongsinya, “Beberapa tahun lepas (3-5), mama pernah cakap dia teringin nak pergi Venice dan naik gondola lepas tu nyanyi. If you want to know, personally, I don’t have any life plans now. I just follow the flow (walaupun banyak mengeluh) tapi saya sentiasa cuba untuk menikmati setiap momen yang ada.
Pun begitu, saya ada dua matlamat dalam hidup. Salah satunya ialah membawa mama ke Venice dan tengok dia nyanyi atas gondola. Yang satu lagi kita cerita bila dah unlock okay? Cuma bila kita sedar yang ibu bapa kita mula meningkat usia kan.. luangkan seberapa banyak masa yang ada dengan diorang, walaupun kalau cuma mampu dekat rumah atau video call.”
Ads
Beruntung Puan Zarina mempunyai anak yang kenang jasa. Sanggup mengenepikan impian sendiri kerana mahu menggembirakan hati ratu hatinya terlebih dahulu. Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya. Bak kata pepatah, ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’
Ads
“Kalau mampu lakukan lebih lagi, lakukanlah untuk mereka. Sebab mereka berhak dapat lebih daripada anak-anak dan di sebalik semua itu pastinya terselit restu yang akan membuatkan perjalanan hidup kita lebih mudah terutamanya ketika melalui detik-detik sukar, yang anda sendiri tidak mampu menanganinya.
Bagi saya, alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat menunaikan impian bawa mama ke Venice dan tengok dia nyanyi atas gondola pada tahun 2018. Yeayy, ” terangnya lagi.
Ads
Difahamkan, Najwa memang sangat menjaga perasaan ibunya. Sebelum ini, dia juga reda melupakan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara dan memilih belajar di universiti tempatan kerana enggan berjauhan dengan insan kesayangannya itu.
Tahniah Najwa sebab sentiasa meletakkan ibu anda di tempat yang paling tinggi. Moga rezeki kian melimpah ruah dan tindakan murni anda menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain agar terus menyayangi kedua-dua ibu bapa. Gembirakanlah hati mereka selagi masih bernyawa.
Kredit: Instagram Najwa Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syabas buat Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang mempamer aksi lincah dan semangat juang tinggi di Terbuka Indonesia 2023. Bermula ‘garang’ dan memberi tentangan sengit di peringkat separuh akhir ketika bertemu beregu Indonesia iaitu Pramudya Kusumawardana – Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.
Kemenangan Aaron-Wook Yik kepada gandingan Indonesia tersebut memberi harapan buat peminat badminton negara untuk membawa pulang emas.
Bagaimana pun, pasangan beregu badminton negara tersebut terpaksa akur apabila ditewaskan beregu India pada 18 Jun lepas.
Dalam pertemuan di Istora Senayan, Jakarta itu, Aaron-Wooi Yik yang merupakan beregu ranking ketiga dunia gagal menamatkan kemarau gelaran Terbuka Indonesia selepas kali terakhir dinobat juara di Kejohanan Dunia di Tokyo, Ogos lalu.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan kedua kejohanan tewas kepada gandingan dari India iaitu Satwiksairaj Rankireddy – Chirag Shetty. Mereka menang straight set 21-17, 21-18.
Mengimbas kejayaan pasangan beregu badminton negara ini, Aaron-Wooi Yok berjaya menamatkan ‘badi’ merangkul juara dunia di Tokyo Metropolitan Gymnasium pada 28 Ogos 2022.
Ia sekaligus menjadi gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-27.
Walau wajah terlindung di sebalik topeng muka, tapi tetap terserlah aura Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Baginda yang diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu, menarik tumpuan ramai apabila pertama kali muncul di majlis rasmi selepas berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian pada 13 September lepas.
Terbaharu, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh bagi meraikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Wickham, Kuala Lumpur.
Kemunculan baginda sekali lagi meraih perhatian bukan hanya dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh masyarakat.
Apatah lagi, Sultanah Nur Diana memiliki raut wajah menawan yang membuatkan ramai terpesona dengan keperibadian baginda.
Dalam Majlis Santapan Teh berkenaan, Sultanah Kelantan anggun dalam persalinan baju kurung bermotifkan corak batik rona mint green dan lengkap berselendang polos rona sama.
Ini juga merupakan kali pertama Sultanah Nur Diana ditemani Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johannson.
Hadir sama menyerikan majlis berkenaan ialah Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puan Panglima Perlis, YAM Tengku Puan Panglima Selangor dan YM Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah.
Pada hari sama, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah turut berangkat ke Majlis Perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8. Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian berkenaan.
Turut berangkat KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah zahirkan kebimbangan baginda tentang penularan penyakit berjangkit yang terbaharu iaitu wabak cacar monyet.
Walaupun kes jangkitan COVID-19 semakin berkurang dan negara sudah mengumumkan aliran fasa pandemik kepada endemik namun penularan wabak baharu ini semakin membimbangkan.
Foto: Instagram @istana_negara
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah zahirkan kebimbangan baginda ketika berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Syawal Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Aktiviti UIAM.
“Walaupun kita dah beralih dari fasa pandemik ke endemik, namun masih ada lagi penyakit lain, jadi menjadi tanggungjawab untuk kita menjaga diri sendiri,” titah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam ucapan ringkas selepas merasmikan Klini Sejahtera UIAM.
Baginda juga turut menyeru orang ramai supaya lebih peka dengan situasi semasa dan pada masa yang sama sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya kanak-kanak.
Sebagai info, cacar monyet adalah disebabkan oleh jangkitan ‘orthopoxviruses’ dan virus itu dijangkiti kepada manusia melalui gigitan (haiwan yang dijangkiti) atau sentuhan langsung dengan yang dijangkiti.
Personaliti media sosial yang fasih bertutur dalam dialek Kelantan, Mekyun berkongsi ucapan istimewa sempena sambutan Hari Bapa baru-baru ini.Pemilik nama penuh Wee Yun Nee...