
Kebelakangan ini, diet berasaskan tumbuhan kian popular. Namun, ia bukan sekadar gaya dan ikutan semata-mata. Berita baiknya, kajian sains turut menyokong kebaikan diet ini. Diet berasaskan tumbuhan terdiri daripada makanan yang diperoleh daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, biji-bijian, dengan sedikit atau beberapa produk berasaskan haiwan tertentu.
Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pemakanan. Ia mendorong beliau ke arah kerjaya dalam bidang pemakanan dan nutrisi. Selain bergelar pakar dietetik, beliau pernah bergelar pensyarah, jurulatih kulinari serta pengarang. Beliau juga telah menerbitkan 3 naskhah buku termasuk “Food for Your Eyes” dan “Lite Malaysian Favourites” yang berjaya meraih anugerah.
Menurut Goo Chui Hoong, istilah-istilah seperti ‘flexitarian’, vegetarian (lakto-, ovo-, lakto-ovo-) dan vegan merupakan variasi diet berasaskan tumbuhan.
- Flexitarianism: Diet berasaskan tumbuhan yang paling fleksibel. Pengamal ‘flexitarianism’ pada asasnya mengamalkan diet berasaskan tumbuhan, namun kadangkala membenarkan pengambilan daging secara sederhana.
- Lakto-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan produk tenusu.
- Ovo-vegetarian: Diet berasaskan memakan tumbuhan dan telur
- Lakto-ovo-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan telur dan produk tenusu.
- Vegan: Diet berasaskan tumbuhan yang paling tegas kerana mereka hanya mengambil makanan berasaskan tumbuhan sahaja. Pengamal vegan juga berisiko paling tinggi menghadapi kekurangan nutrien sekiranya diet mereka tidak seimbang.
“Diet berasaskan tumbuhan bermanfaat untuk kesihatan kerana tinggi serat, vitamin dan mineral serta kurang lemak tepu. Ini dapat membantu penurunan berat badan serta mengurangkan risiko diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser . Sesetengah makanan yang tinggi serat juga mempunyai indeks glisemik (GI) lebih rendah.
Selepas dimakan, makanan yang rendah GI meningkatkan paras gula dalam darah secara perlahan dan ini dapat membantu menguruskan diabetes jenis 2 dengan baik. Hasil gabungan serat yang tinggi dan GI yang rendah membolehkan anda berasa kenyang lebih lama, dan secara tidak langsung membantu anda mengurangkan pengambilan snek serta memilih makanan berkalori rendah bagi mengawal berat badan.
Makanan berasaskan tumbuhan biasanya lebih rendah lemak dan lemak tepu. Mengurangkan pengambilan lemak tepu (digantikan dengan lemak politaktepu atau karbohidrat kompleks) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Di samping itu, diet berasaskan tumbuhan juga bermanfaat dari segi pencegahan kanser khususnya kanser usus. Serat daripada makanan berasaskan tumbuhan dapat mencegah sembelit serta membekalkan tenaga kepada bakteria baik dalam usus.
Namun, diet berasaskan tumbuhan yang kurang terancang sering dipertikaikan dari segi kandungan tenaga dan protein. Berikut merupakan beberapa nutrien yang harus diberi perhatian ketika mempertimbangkan amalan diet berasaskan tumbuhan.
Protein
Protein sangat penting untuk membina tisu otot dan memperbaiki sel-sel badan. Protein berasaskan tumbuhan tidak membekalkan komponen asid amino essential yang lengkap seperti protein berasaskan daging. Bagi mendapatkan kesemua komponen asid amino essential, adalah penting untuk mengambil pelbagai sumber protein berasaskan tumbuhan termasuk:

- Lentil
- Kekacang
- Kacang kuda
- Biji-bijian
- Mentega kacang (seperti mentega kacang tanah)
- Tauhu.
Terdapat banyak alternatif berasaskan tumbuhan untuk menggantikan daging yang dapat membantu anda membiasakan diri dengan diet tanpa daging seperti:
- Protein berasaskan kulat (fungus) (contohnya cendawan)
- Gluten gandum
- Kacang soya
- Kacang hijau/pea
Kalsium
Kalsium penting untuk kesihatan tulang. Seorang dewasa memerlukan 1,000 mg kalsium/hari. Ini mudah dicapai dengan mengambil produk tenusu (2-3 cawan susu/hari). Namun, sekiranya anda tidak mengambil produk tenusu, anda harus menggantikannya dengan makanan seperti:
- Tauhu yang diperkaya dengan kalsium
- Sayur-sayuran hijau (contohnya brokoli, kubis, bendi)
- Buah-buahan kering (contohnya kismis, prun, aprikot kering)
- Alternatif susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya dengan kalsium. Susu berasaskan tumbuhan turut digunakan untuk membuat keju dan yogurt vegan serta minuman tanpa tenusu.
Vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia, keletihan serta kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 ini biasanya diperoleh daripada sumber haiwan. Sekiranya anda mengamalkan diet berasaskan tumbuhan yang ketat, maka anda perlu mengambil makanan yang boleh membantu mencegah kekurangan nutrien ini seperti:
- Bijirin yang diperkaya
- Tempe
- Yis berkhasiat
- Susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya
- Cendawan
- Suplemen Vitamin B12
Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 bermanfaat untuk kesihatan jantung. Sumber asid lemak omega-3 berasaskan tumbuhan termasuk:
- Biji rami (flaxseed)
- Kacang walnut
- Biji sesawi (rapeseed).
Pilih minyak masak yang diperbuat daripada bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit kekacang atau biji-bijian kepada sajian bijirin/smoothie sarapan anda.
Amalan diet berasaskan tumbuhan sebenarnya tidak susah kerana kini terdapat pilihan vegan untuk segalanya, daripada mayones sehingga bak kwa (daging kering) vegan! Berikut beberapa menu saranan untuk sajian makanan berasaskan tumbuhan.”
Berikut adalah pelan sajian yang disarankan oleh pakar dietetik ini.
SARAPAN PAGI
Tosai dengan kari dhal
Atau roti bijirin penuh dengan mentega kacang atau kepingan avokado
Atau minuman/smoothie dengan alternatif susu berasaskan tumbuhan
MAKAN TENGAHARI
Salad gado-gado dengan tempe
Atau mi sup dengan pak choy, rumput laut, cendawan dan kulit fuchok goreng
Atau nasi goreng kunyit dengan tauhu, kekacang, lobak merah
MAKAN MALAM
Chapati dengan kari kacang kuda, bendi goreng
Atau nasi multibijirin dengan tauhu kukus serta kacang Perancis cincang, sayur campuran goreng dengan kacang macadamia
Atau nasi multibijirin dengan kari bendi, terung & kacang panjang, kubis goreng
Untuk mengenali Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong ini dengan lebih lanjut layari www.eatwell.my
Kredit: Ogilvy Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!












Jom kita terokai sejauh mana kehebatan HUAWEI Mate40 Pro yang membolehkan anda maju selangkah termasuklah dalam rutin kecergasan berbanding jenama-jenama lain di pasaran.
Ketika trekking anda juga bebas untuk merakam setiap detik perjalanan sehingga sampai ke puncak dengan pelbagai gaya pose yang menarik. Dengan mod Sport Anti Shake Shooting pada HUAWEI Mate40 Pro anda boleh menangkap pelbagai gambar yang indah-indah. Selain itu, anda juga boleh menggunakan Petal Maps bagi memudahkan segala pencarian termasuk navigasi peta.
Merakam Video Senaman
HMS
HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh ditawarkan pada harga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI Sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1,000 unit terawal sahaja), Astro, Godiva, Puma, Touch and Go serta banyak lagi tawaran freebies. HUAWEI Mate Pro boleh didapati di laman web rasmi HUAWEI-shop.HUAWEI.com/my, dan telekomunikasi terpilih.
