Terus mengangkat bisnes mendunia dan melonjak ke angkasa, U Mobile perkenal pelan Internet jalur lebar U Biz Fibre 10GBps terpantas untuk usahawan berjaya.
Generasi usahawan wajar memanfaatkan kecanggihan teknologi agar perniagaan berkembang pesat. Memahami hal ni, U Mobile menjadi antara yang terawal melancarkan pelan U Biz Fibre 10GBps agar bisnes yang diusahakan ‘mendunia’.
Ya, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.
Menyedari dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan. Hebatkan!
Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.
Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ bisnes anda? Usah risau. Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan.
Semua ciri ini adalah nilai tambah yang sangat berharga untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam operasi.
Bukan itu sahaja tau, selain Secure DNS percuma yang disertakan dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps juga turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).
Ini memberikan fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.
Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz.
Dilancarkan pertama kali pada Julai 2023, semua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan kini boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, dengan lokasi-lokasi tambahan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon jelita, Datin Paduka Eina Azman yang kini menjadi ikon masakan yang mahir menyediakan pelbagai menu makanan yang melazatkan.
Begitu juga dengan Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery yang pernah dinobatkan sebagai Ikon Usahawan Muda pada majlis Anugerah Ikon Usahawan Wanita 2019. Semangat gigih beliau untuk bangkit daripada kegagalan merupakan inspirasi penuh bermakna yang wajar dicontohi ramai.
Kedua-dua nama besar ini telah dipilih menjadi duta jenama MAGGI® bagi memacu Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® yang meraikan pencapaian wanita dalam memperkasakan diri mereka melalui makanan dan masakan serta sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi keluarga, komuniti dan negara.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, ikuti temu bual eksklusif bersama dua personaliti hebat ini dalam perjalanan mereka menempa nama dalam bidang makanan.
Anne Idris Mentor Yang Komited Kisah Kejayaan Motivasikan Orang Lain Untuk Bangkit Berjaya
(1) Bagaimana pengalaman keusahawanan Anne telah menjadikan Anne seorang usahawan yang berjaya, terutamanya selepas menghadapi cabaran seperti muflis?
“Perjalanan keusahawanan saya dalam bidang masakan merupakan pengalaman yang amat mencabar, tetapi ia telah mengajar saya sesuatu benda yang sangat berharga iaitu daya ketahanan dan ketekunan. Selepas mengalami masalah seperti diisytihar muflis, saya sedar akan kepentingan pembelajaran ilmu keusahawanan dan mengasah kemahiran yang berterusan.
Itulah sebabnya saya mengambil langkah untuk mengejar pendidikan lebih lanjut dalam bidang kraf gula (sugarcraft) dan perhiasan kek antarabangsa, yang akhirnya membawa kepada penubuhan My Mum’s Bakery. Melalui usaha gigih dan kesungguhan, saya berjaya mengubah minat saya dalam pembuatan kek menjadi perniagaan yang berjaya. Bermula dari titik kosong, kini saya sangat bangga kerana melalui makanan yang dihasilkan, pelbagai peluang muncul untuk membantu meningkatkan taraf hidup saya, keluarga dan komuniti.”
(2) Bagaimanakah Anne melihat peranan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dalam memperkasakan wanita di Malaysia?
“Saya melihat Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sebagai pemangkin perubahan, memperkasakan wanita untuk menyedari potensi penuh mereka dan mencapai kemandirian ekonomi. Dengan menyediakan sokongan menyeluruh dalam pengurusan makanan, keusahawanan, kemahiran digital dan pembinaan keyakinan diri, program ini melengkapkan wanita dengan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin mereka kejar.
Selain itu, sifat program ini yang mampan dan konsisten mampu memastikan pemerkasaan jangka panjang, yang memberi manfaat bukan sahaja kepada individu wanita tetapi juga orang di sekeliling mereka.”
(3) Sebagai seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, bagaimana anda menyokong dan membimbing wanita dalam perjalanan mereka dalam bidang masakan dan keusahawanan?
“Sebagai seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, peranan saya adalah untuk memberikan sokongan dan bimbingan yang tidak berbelah bagi kepada wanita semasa mereka meneroka landskap bidang masakan dan keusahawanan. Melalui sesi bimbingan individu, saya menawarkan pandangan, nasihat, dan dorongan yang bersesuaian dengan matlamat dan cabaran unik setiap peserta.
Sama ada dalam mengasah kemahiran memasak, mengembangkan strategi perniagaan, atau membangunkan keyakinan diri, saya berusaha bertungkus-lumus untuk memperkasakan wanita agar mereka dapat mencapai potensi penuh dan berjaya dalam usaha mereka.”
(4) Bolehkan Anne kongsikan satu pengalaman atau kisah kejayaan yang bermakna semasa menjadi mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®?
“Satu pengalaman paling bermakna sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® adalah menyaksikan transformasi peserta seperti Hidayah (Juara Resipi Cukup Berani Musim Pertama) dan Syahidah (Juara Resipi Cukup Berani MAGGI Musim Ke-2).
Hidayah menunjukkan peningkatan diri mereka cukup ketara selepas melaksanakan strategi perniagaan yang dipelajari. Syahidah pula tampil lebih yakin dan tidak ragu-ragu dengan keputusan beliau dalam mengejar matlamat. Kejayaan mereka adalah bukti keberkesanan program ini dalam memperkasakan wanita untuk maju ke hadapan dan berkembang menjadi lebih baik.”
(5) Bagaimana anda memastikan bahawa Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® kekal relevan dan berkesan dalam memperkasakan wanita di Malaysia?
“Untuk memastikan program ini kekal relevan dan berkesan, kami memberi keutamaan kepada adaptabiliti, inovasi dan keterangkuman dalam pendekatan yang diambil. Dengan mengikuti trend industri, teknologi baru, dan keperluan yang berkembang, kami menyesuaikan bimbingan dan sumber kami untuk menangani cabaran dan peluang yang sentiasa berubah dalam bidang makanan, khususnya untuk golongan wanita.
Selain itu, kami sentiasa mendapatkan maklum balas peserta untuk memahami keperluan dan pilihan mereka, membolehkan kami terus menyempurnakan dan meningkatkan keberkesanan program demi pemerkasaan wanita di Malaysia.”
Eina Azman Percaya Memasak Tak Susah Tapi Perlu Rajin Mencuba Dan Belajar
(1) Bagaimana perjalanan memasak Eina telah membentuk dan mengubah diri Eina sepanjang tempoh ini?
“Minat memasak mula timbul semasa saya berusia 16 tahun. Hidangan pertama yang saya sediakan adalah ayam masak lemak cili padi, dan alhamdulillah, semua ahli keluarga menyukainya. Sejak daripada itu, keluarga merupakan pendorong saya untuk terus mengasah kemahiran memasak.
Saya percaya bahawa memasak bukan sekadar rutin harian, tetapi juga satu cabang seni yang memerlukan dedikasi dan ketelitian. Saya sering merujuk kepada nasihat dan pandangan daripada ibu saya, yang telah menjadi sumber inspirasi dalam setiap hidangan yang saya sediakan. Selain itu, saya sangat gembira dapat berkongsi ilmu dan idea masakan melalui video di Instagram.
Saya berharap dengan perkongsian ini, saya dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencuba memasak. Memasak sebenarnya tidaklah susah, selagi kita bersedia untuk mencuba dan belajar, kita akan dapat menguasainya. Seperti pepatah, “Tak kenal, tak cinta!”
(2) Bagaimana pengalaman Eina dalam dunia masakan membuka peluang-peluang baru dalam hidup Eina?
“Pengalaman saya dalam dunia masakan telah membuka pintu pelbagai peluang yang tidak pernah saya sangka sebelum ini. Saya mendapat kepuasan yang mendalam setiap kali menghasilkan hidangan yang enak dan memenuhi selera orang, sekaligus memberi impak besar dalam hidup saya secara keseluruhan. Dunia masakan membawa saya kepada jalan kerjaya yang bermakna. Saya tidak hanya menjadikan memasak sebagai hobi, tetapi juga sumber rezeki yang stabil dan berpotensi untuk terus berkembang.”
(3) Bagaimana pengalaman Eina sebagai mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® telah memberi kesan dalam hidup Eina?
“Menjadi seorang mentor dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® telah memberi saya peluang luar biasa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya kepada wanita-wanita di luar sana.
Saya sangat gembira dapat membantu mereka mengasah kemahiran memasak dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Melihat peserta berkembang dan mencapai matlamat mereka adalah satu pengalaman yang amat memuaskan dan memberi inspirasi kepada saya untuk terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya.”
(4) Boleh kongsikan tentang perjalanan perniagaan Eina sendiri dalam bidang makanan?
“Saya bermula dengan menyediakan hidangan masakan di rumah, yang kemudian mendapat sambutan hangat daripada keluarga dan rakan-rakan. Melihat permintaan yang meningkat, saya melihat peluang untuk memperluaskan perniagaan saya dan menjual menu-menu kegemaran saya kepada orang ramai.
Dengan kreativiti dan inovasi dalam setiap hidangan yang saya sediakan, serta memberi tumpuan kepada kualiti dan rasa asli, ‘It’s Done by Eina Azman’ kini menjadi destinasi pilihan bagi pencinta masakan tempatan. Sekarang, perniagaan saya hampir mencecah 60,000 pengikut. Menu-menu yang dijual termasuklah Asam Laksa, Sambal Tempoyak Ulam Kayu (9 Jenis Ulam), Sambal Bilis Jering, Sambal Bilis Petai, Jering Masak Lemak Cili Padi, dan Ikan Patin Tempoyak Pekat Likat.
Saya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah bagi memudahkan pelanggan menikmati hidangan saya dengan selesa.
Begitulah perkongsian Anne dan Eina dalam membangkitkan semangat wanita melalui perjalanan mereka dalam bidang makanan. Bimbingan Anne dan Eina telah banyak mengubah diri para peserta Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® untuk keluar daripada zon selesa berani mengejar impian demi kehidupan yang lebih baik. Semoga Hari Wanita Sedunia tahun ini mencetus semangat baharu untuk golongan wanita terus bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Virus COVID-19 masih berlegar dalam komuniti. Data Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis pada 1 Mei menunjukkan 80% jumlah kes di Malaysia membabitkan kes sporadik serta menjangkiti paling ramai golongan muda.
Sebagai wanita yang prihatin, kita pasti mahukan keluarga sentiasa dilindungi serta selamat daripada jangkitan virus.
Demi orang tersayang, amalan duduk di rumah, penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta kerap membersihkan tangan, satu lagi cara terbaik adalah mencuci pakaian secara norma baharu.
CUCIAN BEBAS VIRUS
Seperti tangan, pakaian kita juga adalah ‘kenderaan kuman’. Kerana itu penting untuk memastikan proses cucian benar-benar berkesan menyingkirkan virus secara sepenuhnya.
Nona tertarik dengan inovasi pencuci pakaian No. 1 Malaysia iaitu TOP yang memperkenalkan teknologi Advanced Micro-Clean Tech.
Advanced Micro-Clean Tech TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria.
Ia juga adalah solusi terbaik kepada kebimbangan kita terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang.
Teknologi pencuci pakaian generasi baru ini berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria.
Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Detergen ini menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.
SESUAI PANDEMIK
“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati.
Kami sudah biasa menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus.” Wenny Soong, ibu kepada dua anak
“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan.
Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua.” Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa bergerak pantas. Kelajuannya kadang-kadang menjarakkan kita, membuat kasih sayang bagai tidak terasa. Tanpa sedar, mulut lebih selalu terkunci bila hubungan insan dikuasai teknologi.
Percaya pada kesinambungan dan pentingnya ekosistem produk, gergasi telekomunikasi HUAWEI melahirkan formula 1+8+N untuk mendekatkan manusia. Teknologi HUAWEI Share dibangunkan menerusi siri HUAWEI P40, demi membantu kita saling berhubung antara satu peranti dengan peranti yang lain, semudah satu tap.
Bagaikan magis, sentuh saja dunia bersatu!
FORMULA AJAIB
1 Telefon Pintar
8 Peranti (Laptop, tablet, TV pintar, kaca mata, jam tangan, kereta, earphone (freebuds), speaker)
N Percutian mudah, bekerja secara mobil, rumah pintar, kesihatan dan kecergasan, hiburan
Kehebatan HUAWEI P40 Pro+ Dengan Satu Sentuhan
(1) HUAWEI Laptop
Fungsi One Tap Share di antara laptop dan telefon pintar anda boleh dilakukan dengan semudah menyentuhkan telefon anda ke label HUAWEI Share di pemuka laptop. Telefon pintar HUAWEI boleh disambungkan dengan laptop HUAWEI untuk perkongsian data, selain skrin telefon boleh dipancarkan melalui skrin laptop. Ia memudahkan anda untuk ‘drag and drop’ fail di antara dua peranti ini dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus.
Bagi pengguna HUAWEI Matebook X Pro, anda cuma guna jari je pada skrin sesentuh untuk fungsi ‘drag and drop’. Mudahnya teknologi ni, tak perlu pakai kabel penyambung pun!
(2) HUAWEI Smart TV*
Untuk menyambungkan dua peranti ini, hidupkan NFC pada telefon pintar anda dan sentuhkan pada label HUAWEI Share di alat kawalan jauh TV pintar anda. Secara automatik, skrin telefon akan dipancarkan melalui skrin TV seperti sebuah projektor!
*Belum terdapat di Malaysia.
(3) HUAWEI MatePad Pro
Sama seperti laptop HUAWEI, HUAWEI MatePad Pro juga dilengkapi fungsi multi-screen collaboration. Telefon pintar anda boleh digunakan pada MatePad Pro untuk proses dua-hala ‘drag and drop’ gambar-gambar, video dan fail secara efisyen. Untuk menggunakan multi-screen collaboration, hidupkan NFC pada telefon pintar dan sentuhkan pada kekunci ‘Shift’ keyboard.
(4) HUAWEI Sound X
Merupakan speaker pintar pertama yang menyokong Hi-Res ciptaan HUAWEI dan Devialet. Di sebalik fungsi asas speaker HUAWEI AI yang lain, speaker ini dilengkapi teknologi One Tap Share, dimana anda dapat memainkan muzik dari telefon pintar melalui HUAWEI Sound X dengan hanya menyentuh sensor NFC pada speaker.
Speaker ini juga lebih mudah dikawal. Tanpa perlu menekan telefon pintar pun, anda boleh ‘pause’ muzik yang berkumandang dengan menekup bahagian atas speaker.
(5) HUAWEI AX3 Router
Terlupa kata laluan Wi-Fi? Dengan HUAWEI AX3 Router, anda hanya perlu menyentuh telefon pintar pada sensor NFC di router untuk akses Wi-Fi secara terus.
(6) Kereta*
Tak perlu pening tentang kunci kereta lagi! Dengan telefon pintar HUAWEI, anda hanya dekatkan NFC telefon pada pemegang pintu kereta untuk membuka kuncinya. Begitu juga untuk menguncinya semula, tutup pintu dan dekatkan NFC berhampiran pintu kereta. So keyless!
*Untuk model tertentu sahaja.
Selain daripada fungsi satu sentuhan antara ‘1’ dan ‘8’ ini, HUAWEI akan terus mencipta kesinambungan di antara ‘8’ tersebut, umpamanya One Tap Share antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan Laptop, Freebuds dan Watch GT2 serta banyak lagi.
Semua ciri-ciri canggih HUAWEI SHARE ini dibangunkan dengan inspirasi satu sentuhan. Ya, satu tap untuk semua!
Pintar dan hebat melalui kesinambungan hubungan dengan HUAWEI Share! Dapatkan maklumat tentang 1+8+N dengan klik (di sini) atau layari https://consumer.huawei.com/my/campaign/together-2020/1-8-n/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!