“Merdunya..!” Suara Gemersik LUFYA Mengalun Bacaan Ayat Al-Quran Raih Pujian Ramai

Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal merupakan sambutan Maulidur Rasul di mana ianya adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Dan baru-baru ini, penyanyi pelakon dan penyanyi, Lufya memuat naik sebuah rakaman video dirinya sedang mengaji bersama beberapa orang rakan artis serta qari dan qariah sempena sambutan Maulidur Rasul untuk tayangan stesen tv Al Hijrah.

Menerusi video yang dikongsikan, Lufya dilihat hadir mengimarahkan program ‘Gema Haflah’ di mana turut kelihatan penyanyi Mawi mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Menurut Lufya, rasa cinta yang mendalam terhadap Nabi Muhammad S.A.W membuatkan dirinya dan rakan-rakan artis untuk turut serta dan hadir ke program berkenaan.

Yang menarik perhatian adalah alunan suaran Lufya yang cukup merdu dan sedap walapun sedutan dia mengaji hanya sekejap. Rata-rata warga maya terpegun mendengar alunan suara Lufya ketika mengaji dan memuji alunannya.

Di ruangan kepsyen, Lufya sempat menulis, ” Lufya bukan ustazah tapi Fya cuba ya? Part last tu nak skip pun tak apa. Segan ya amat jika dibandingkan dengan Qari & Qariah lain semuanya hebat-hebat. Masyallah.”

Semoga rancangan yang mengangkat martabat Al-Quran sebagai rujukan kehidupan terus disiarkan dan diikuti.

Kredit foto: Instagram (@lufyalaana)

 

 

IKLAN
Share