Meski Belum Dikurniakan Cahaya Mata BETO KUSYAIRY & Isteri Kekal Optimis, Bahagia Cara Sendiri

Meskipun sudah 14 tahun menanti cahaya mata, pelakon hebat Beto Kusyairy yang terkenal menerusi filem Mat Kilau baru-baru ini tidak menyalahkan takdir sebaliknya akur dengan ketetapan Allah SWT. Menurut sumber Xtra, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia dan isterinya Tisha Shahar sudah melakukan pelbagai usaha termasuk rawatan Islam, tradisional dan moden untuk dikurniakan zuriat.

“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami. Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.

“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani. Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepadaNya,” kata Beto.

Rata-rata warganet memuji kesetiaan kedua-dua pasangan ideal ini dan ramai mendoakan mereka berdua dikurniakan cahaya mata satu hari nanti selain menitipkan doa agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Keluarga, Xtra | Kredit foto: Instagram @betokusyairy

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share