Mewah, Moden & Ada Mini Surau, EIRA SYAZIRA Tergamam Suami Hadiahkan Rumah Impian!

IKLAN

Isteri mana yang tidak tersentuh apabila dikurniakan seorang suami berjiwa penyayang dan romantis! Kejutan pelakon Azad Jasmin kepada isteri tercinta yang juga selebriti popular, Eira Syazira baru-baru ini nyata mendapat perhatian peminat. Rata-rata mereka berkongsi rasa gembira dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia melayari alam rumah tangga.

Menerusi laman media sosial Instagram Eira Syazira, perkongsian video kejutan istimewa yang dimuat naik sejak 30 April lepas kini sudah mencecah hampir 700 ribu tontonan! Sama sekali tidak menyangka menerima sebuah rumah seperti yang diimpikan selama ini, Eira atau nama penuhnya Syazira Shuhaimi menzahirkan rasa syukur, “Allahuakbar!! Hadiah terindah selepas 10 tahun perkahwinan dari suami tercinta. No words to describe. Only Allah knows. Segala puji bagi Allah SWT. Thank you my love.”

Bertuah Eira dapat suami yang menghargai dan memahami cita rasa serta kehendak isteri!

IKLAN

Dalam video yang dikongsikan, rumah moden dua tingkat yang dihadiahkan Azad kepada Eira lengkap dengan hiasan dan perabot mewah serta dekorasi serba eksklusif. Jelas terpancar wajah terkejut Eira saat melangkah masuk ke ruang kediaman baharu tersebut. Apatah lagi bingkai gambar mereka sekeluarga sudah tersusun kemas di dinding rumah.

Selain bilik tidur utama dan bilik tidur anak-anak, Azad turut menyediakan ruang wardrobe khas bagi memudahkan aktres berusia 37 tahun berkenaan menempatkan koleksi beg tangan, kasut dan aksesori miliknya. Paling mengujakan, terdapat satu ruang khusus yang dijadikan sebagai surau!

Yang pasti, ini bukanlah pertama kali Azad membuat kejutan untuk isteri tersayang. Pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 tahun lepas, Azad mengadakan kejutan meriah untuk bersanding semula di atas pelamin dan makan beradab. Selain menerima set barangan kemas berupa cincin, gelang, rantai dan anting-anting bernilai RM15,000. Memang romantik orangnya Pak Azad ni!

Azad dan Eira disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 16 September 2011. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose berusia 8 tahun, Ameisya Leanne Rose, 4 tahun dan Areisya Suri Rose, 3 tahun.

 

IKLAN

 

Kredit: Instagram Eira Syazira

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi