Sekejap sahaja masa berlalu, dah masuk tiga orang anak. Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Mia Ahmad serta suami yang baru saja menimang cahaya mata ketiga.
Mia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu yang merupakan seorang bayi perempuan pada pagi Selasa, 17 Januari 2023.
Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Ads
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami pada jam 1.25 pagi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.
Ads
Dalam perkongsian tersebut, Izham turut memuat naik foto pertama cahaya mata ketiganya itu.
Sementara itu, di ruangan komen para peminat serta pengikut pasangan selebriti ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
Ads
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Sayf Issa dan Iris.
Tahniah buat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid atas perkahwinan anak bongsu, Wan Muhammad Amar baru-baru ini. Sebagai ibu pastinya menyaksikan momen bahagia anak tersayang tanpa kelibat suami di sisi bukan satu perasaan yang mudah untuk ‘ditelan’. Namun kerana teguh dan kuatnya semangat wanita bergelar ibu, Datuk Mastura laluinya dengan cekal dan tenang.
Tanggal 5 Julai lalu membuka satu lembaran hidup baharu buat anak teruna bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini apabila dia sah bergelar suami.
Sejak suami tercinta, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar meninggal dunia, Datuk Mastura tabah menggalas tugas membesarkan keempat-empat anak lelaki dengan sebaiknya dan penuh kasih sayang.
Termeterainya ijab kabul dan ikatan suci Wan Muhammad Amar pada awal Julai lalu itu, maka selesai sudah tanggungjawab Datuk Mastura terhadap permata hati kesayangan.
Titipan doa dan ucapan ibu ini sempena majlis pernikahan anak bongsu nyata menyentuh emosi dan undang sebak di hati warga maya.
“Wan, hari ini Tura dah laksanakan amanah untuk Wan. Amar selamat diijabkabulkan dengan Arina. Selesai sudah tanggungjawab kita untuk keempat-empat anak kita. Kesemuanya telah berumah tangga Wan.
Tura syukur dan reda Wan. Moga anak-anak dan menantu-menantu kita sentiasa dalam lindungan dan rahmah Allah SWT. Moga damai di sana Wan.”
Wan Muhammad Amar selamat bernikah dengan wanita pilihan, Arina Farhah. Majlis persandingan pasangan mempelai diadakan pada 12 Julai lepas.
Sementara itu, abang sulung iaitu Wan Emir Astar tidak ketinggalan menitipkan ucapan bermakna buat adik kesayangan yang baharu melangkah ke alam perkahwinan.
“Dengan penuh rasa kesyukuran dan keceriaan, adik bongsu kami Wan Muhammad Amar telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan hidupnya Arina Farhah. Bagai pinang dibelah dua, baik rupa mahupun akhlak dan budi pekerti.
Mereka berdua adalah bongsu dalam keluarga masing-masing tetapi matang dalam peranan mereka. Welcome to the family Erin (finally!) we have been waiting for this moment, alhamdulillah! In fact, since the day Amar received a personalized gift from Erin years back, I knew that she was THE ONE for Amar.”
Mereka berdua adalah bongsu dalam keluarga masing-masing tetapi matang dalam peranan mereka. Welcome to the family Erin (finally!) we have been waiting for this moment, alhamdulillah! In fact, since the day Amar received a personalized gift from Erin years back, I knew that she was THE ONE for Amar.”
Tambahnya lagi, “Di sebalik senyuman dan kesyukuran kami, jauh di sudut hati, kami rindui satu sosok yang tiada — Papa kami yang cukup manjakan anak bongsunya. Jika Papa ada hari ini, tentulah dia insan yang paling bersinar dengan senyuman yang termanis.
Kami cukup yakin, Papa mahu Amar ‘bermula semula’. Apatah lagi dengan langkah kehidupan yang baru bersama Arina. Terima kasih ibu menerima dan merestui perkahwinan mereka berdua.
Selamat berbahagia Amar dan Arina. Love and look after one another, unconditionally. Bersama kita mendoakan adik-adik saya ini, moga bahtera perkahwinan mereka sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.”
Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016.
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak wabak koronavirus (COVID-19) menyerang negara China sehingga ke hari ini langsung tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia berjaya dihapuskan. Malah saban hari jumlah kematian akibat virus ini makin meningkat di seluruh pelosok dunia.
Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melabelkan COVID-19 ini sebagai PANDEMIK. Menurut laporan yang telah dikeluarkan semalam, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, jumlah kes jangkitan COVID-19 telah meningkat 13 kali ganda sejak lebih dua minggu lalu. Beliau telah menyatakan kebimbangannya dengan tahap ketidakpastian virus tersebut.
Difahamkan, pandemik merupakan penyakit yang merebak ke beberapa negara secara serentak di seluruh dunia. “Keputusan melabel wabak itu sebagai pandemik tidak bermakna WHO mengubah nasihat kami tentang langkah pembendungan yang perlu diambil setiap negara,” kata Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Beliau turut menggesa negara antarabangsa menukar langkah dengan mengambil tindakan segera dan agresif. “Sesetengah negara telah membuktikan wabak itu boleh dibendung dan dikawal. Ini ialah cabaran yang perlu dihadapi oleh negara yang berdepan kluster lebih besar atau penyebaran tempatan.
Ia perlu dilakukan secara seimbang antara melindungi kesihatan, meminumkan gangguan dan menghormati kehidupan orang lain. Kita akan menghadapi secara bersama dengan tenang dan melindungi penduduk seluruh dunia. Ia pasti boleh dilaksanakan,” tambahnya.
Dalam perkembangan COVID-19 di Wuhan pula, momen “The Last Sunset” telah meregut hati seluruh penduduk dunia ekoran daripada salah seorang doktor yang merawat pesakit COVID-19 di sana telah menyorong keluar katil pesakit untuk menikmati keindahan matahari terbenam.
Dr. Liu Kai dilihat menyorong keluar katil seorang pesakit demi memenuhi keinginan pesakit tersebut untuk melihat matahari terbenam setelah sebulan ‘terkurung’ dalam bilik isolasi, mungkin buat kali terakhir? Foto tersebut telah bertebaran di seluruh media sosial dengan tajuk “The Last Sunset”.
Melihat pesakit yang merupakan seorang pemain biola itu kelihatan depress akibat terlalu lama berada dalam hospital telah mengerakkan hati doktor berhati mulia itu untuk membantunya menikmati keindahan matahari terbenam bersama-sama.
“Saya fikir mungkin sinaran matahari ini dapat menggembirakan sedikit hatinya,” kata Dr. Liu Kai kepada pesakit yang berusia 87 tahun itu.
Semoga pandemik COVID-19 ini akan terus segera berlalu dan masyarakat dunia boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang sekatan lagi. Marilah kita menjaga diri dengan mengikut saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Sinar Harian & China Daily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atas kelahiran cahaya mata kedua mereka baru-baru ini. Menerusi kenyataan yang dikongsikan kepada Nona, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada hari Selasa, 11 Julai lepas.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah.”
Tiga hari lepas, Neelofa sempat mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga dan kenalan rapat mengenai bayi yang bakal dilahirkan sebelum menanti detik kelahiran.
Dia dan Haris atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.