Mila Jirin Tunjuk Kuasa Supermommy, Daki Puncak JABAL NUR Setinggi 642 Meter Sambil Dukung Anak!

Berat badannya hanya 42 kg tapi mampu membawa anak kecilnya, Arif Zikri sampai ke puncak Jabal Nur! Wow, macam tak percaya pun ada. Nampak badan saja kecil tapi semangat Mila Jirin… luar biasa.

Berkongsi kisahnya ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci April lalu, Mila yang selamat mendaki Jabal Nur pada 19 April lepas sekitar jam 1.14 pagi mengakui ia adalah satu kenangan indah yang tak mungkin dilupakan.

“Alhamdulillah Mommy telah berjaya naik ke puncak Jabal Nur sambil dukung Arif Zikri yang lena diulit mimpi. Ya Allah, Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak Gunung Cahaya pada aras ketinggian 642 meter! Memang mencabar tetapi Mommy tak putus asa!

Daddy pakai selipar jepun, jadi Mommy tak benarkan dukung Arif bahaya. So Daddy jadi pemantau Mommy. Tak dinafikan memang penat, Mommy 42kg + 9 kg Arif terasa bergoyang dan bergetaq juga lutut waktu nak turun gunung ni. Nak turun gunung lagi mencabar dari naik.

Walaupun ada tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (ada tinggi, ada rendah) dan bila makin ke atas, tangganya makin curam. Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak give up tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ziarah terakhir ke Jabal Nur kerana Jabal Nur akan ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus positive

!

Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir ‘SubhanAllah, bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di Gua Hira? SubhanAllah, Allah Maha Mengetahui.’

Sampai sahaja di puncak Jabal Nur, Mommy tak ke Gua Hira disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari puncak dan laluan untuk turun ke situ agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama. Jadinya, Mommy tengok dari atas saja. Guanya kecil sahaja tapi ramai orang berasak-asak hendak masuk ke dalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ. Alhamdulillah.

Dah berada di puncak, dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh indah (kelihatan Menara Jam). Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami, Ustaz Bismi Amerr Zainal, dulu sebelum Menara Jam dibina memang akan nampak Masjidil Haram dan Kaabah.

Apa-apa pun menang 1 kenangan yang indah dan moga nanti Arif dah besar, Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah.”

IKLAN
Share