Miliki Empayar Kedai Emas & Sarat Hamil Anak Keempat, Pesona Wajah Datin Normadora Makin Menyerlah

Meskipun sedang sarat berbadan dua, penampilan usahawan kedai emas, Datin Normadora Mohd Nor tetap menyerlah. Berusia 37 tahun, Pengasas Bersama Angsa Emas Jewellery ini kelihatan berseri-seri menyambut tetamu yang berkunjung ke kedai emasnya.

Nama Datin Normadora atau Edora bukan lagi asing di kalangan peminat Angsa Emas Jewellery. Berasal dari Kelantan dan merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, suri hati Datuk Zulhilmi Mukhtar ini juga bakal menyambut kelahiran anak keempat tak lama lagi.

Mula berniaga emas sejak tahun 2014 secara atas talian, kedai emas Angsa Emas Jewellery yang pertama kemudiannya dibuka pada tahun 2016 di Bangi dan Shah Alam.

Datin Normadora turut berkongsi khabar cawangan terbaharu mereka di Kelantan. Premis kedai emas tersebut kini masih dalam proses ubah suai serta dijangka memulakan operasi dalam beberapa bulan lagi.

Kempen perayaan Angsa Emas juga turut menyaksikan penglibatan selebriti jelita Rozita Che Wan sebagai wajah utamanya bagi menarik lebih ramai pelanggan wanita membeli-belah emas di sini.

Instagram @edora_angsaemas

 

Instagram @edora_angsaemas

 

“Hari ni kami buat sambutan sempena ulangtahun ke-7 Angsa Emas di Cawangan Bangi dan Shah Alam.

Bagi saya barang kemas ni wanita boleh pakai, beri aura tersendiri, bergaya dan jadi aset masa panjang.” Datin Normadora

 

Ikuti temu bual eksklusif Nona bersama Datin Normadora ketika bertemunya baru-baru ini…

 

Bagi Datin Normadora, warna emas bukan sekadar warna tapi boleh membawa seseorang mengimbau kenangan masa lalu yang dihargai pada masa sekarang.

Beliau juga membesar dalam keluarga berlatarkan bisnes. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia ini juga merupakan anak bongsu dalam tiga adik-beradik.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/rahsia-tauke-emas-datin-normadora-tahu-cita-rasa-pelanggan-nak-cantik-simpan-duit/

IKLAN
Share