Macam pakai contact lens la! Warna anak mata hijau jernih yang dimiliki Jasmine Lia ini sudah cukup buat peminat bapanya, Dwayne Johnson tak jemu tatap wajah comelnya. Bertambah-tambah geram bila tengok telatah bijak si kecil ini tiap kali video bersama The Rock dimuat naik di media sosial. Confirm cecah jutaan views.
Bagi yang pertama kali mengenali Jasmine, kanak-kanak berambut kerinting ini sebenarnya anak kedua kepada aktor filem Jumanji tersebut yang baru berusia dua tahun. Hasil hubungan The Rock dan Lauren Hashian, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan bernama Jasmine Lia pada Disember 2015. Dan khabarnya, Lauren juga sedang hamil anak perempuan kedua. Tak lama lagi, Jasmine jadi kakak lah nampaknya.
Seperti kanak-kanak lain seusianya, Jasmine turut menghabiskan masanya dengan bermain. Tapi kalau tengok perkembangan anak manja The Rock ini dekat Instagram pasangan selebriti ini, Jasmine dilihat lebih cenderung terhadap aktiviti seni seperti bermain dram, menyanyi dan melukis. Hah, mungkin nak ikut jejak langkah bapanya sebagai pelakon?
The Rock yang mempunyai lebih 100 juta pengikut di Instagram juga merupakan bapa kepada gadis cantik bernama Simon Garcia berumur 16 tahun. Ia adalah hasil perkahwinan terdahulunya dengan Dany Garcia.
Jom, lihat wajah terkini Jasmine.
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan berganda! Setiap ibu bapa pasti bangga dan gembira melihat anak mereka berjaya menamatkan pengajian di menara gading dan menggenggam ijazah. Begitu jugalah yang dirasai Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong apabila kedua-dua putera dan puteri Baginda diraikan di majlis graduasi baru-baru ini.
Memetik kenyataan di laman Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri majlis graduasi Yang Amat Mulia (YAM) anakanda-anakanda Baginda berdua di Kampus Royal Holloway, University of London di Egham, Surrey, United Kingdom pada 18 Julai lepas.
Pada majlis yang berlangsung jam 11 pagi waktu tempatan itu, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.
Manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Afzan cukup bertuah kerana seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradik turut meraikan momen indah berkenaan.
Turut berangkat menghadiri majlis graduasi itu ialah anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda iaitu YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Kesempatan berada di sana, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan barisan pemimpin tertinggi universiti tersebut. Royal Holloway, University of London dibuka secara rasmi Ratu Victoria pada 30 Jun 1886 dan kini tersenarai dalam 25 universiti terbaik di United Kingdom.
Nak terang hati belajar dan menimba ilmu, dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk Perjilid Exclusive dengan harga promo kod NONGSP5. Klik DI SINI untuk beli.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tidak hari ini, mungkin esok Allah bakal menjemput … tapi bersediakah kita dengan segala amalan yang dilakukan di dunia ini untuk dibawa ‘ke sana’ nanti? Allahu, takutnya memikirkan nasib umat Rasulullah kelak. Di manakah rumah abadi kita nanti … di syurga atau neraka? Moga seiring pertambahan usia ini, seluruh umat Islam sempat bertaubat dan berlumba-lumba menuju jalan kebaikan.
Lingkungan usia 35 hingga 40 tahun merupakan peralihan umur yang sangat penting. Pada usia sebegini kebanyakan daripada kita mula diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Ia boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit atau kematian), dari pasangan hidup apabila berlakunya penceraian, jatuh sakit dan pergaduhan; atau cabaran apabila anak-anak meningkat remaja.
Pada peringkat usia ini juga Allah akan memanggil hambaNya pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya hadir dalam bentuk ujian.. seperti mana yang dinyatakan tadi. Kerana hanya dengan ujian tersebut, kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu serta memohon pertolonganNya.
Mulai hari ini, tanamkan hasrat untuk menjadi orang yang bijak iaitu mereka yang berusaha memperbaiki diri dan amalan, menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan pasangan termasuk menyimpan untuk masa depan. Hindari aura mereka yang kurang bijak yakni yang tetap leka dan langsung tidak membuka deria mereka terhadap panggilan Allah SWT. Bahkan begitu asyik dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan sehingga alpa tentang tanggungjawab dan perhatian untuk suami, isteri mahupun anak-anak.
Lebih menakutkan apabila segelintir golongan yang sudah berumur 50 hingga 70 tahun pun masih leka dengan hal-hal duniawi seperti kenderaan yang dipakai, tanaman di dusun dan ternakan haiwan yang diusahakan. Alangkah baiknya pada usia ini, masa mereka diisi untuk mendengar kuliah agama, beribadat di masjid, mengerjakan umrah dan haji serta melaksanakan perintah Allah dengan sebaik mungkin.
Tetapi apa yang berlaku, ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Masih sibuk mencari cinta di luar sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan. Amat menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita. Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan ‘pulang’. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali meringkuk di hadapan Tuhan.
Hidup di dunia ini tidak lama.. Rasulullah SAW bersabda, “Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN… Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita. Oleh itu, lihatlah diri kita. Sudahkah kita mempersiapkannya?
Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Credit : Inspirasi dan Kesehatan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elemen mewah menjadi paksi utama kepada kegemilangan Melium Group yang bertaraf antarabangsa. Ia sentiasa komited dalam menawarkan pengalaman membeli belah yang terbaik di samping menyediakan pelbagai pilihan premium bagi lebih 100 jenamanya yang bertaraf dunia termasuk butik-butik eksklusif.
Butik flagship Lanvin pertama di Pavilion Kuala Lumpur menampilkan rangkaian busana eksklusif sesuai untuk semua acara bermula daripada formal sehinggalah ke kasual, tidak kira usia. Pastinya jenama tersohor ini bakal melengkapkan gaya sang maskulin yang bercita rasa moden.
KOLEKSI
Bukan sekadar rekaannya yang unik malah koleksi warnanya juga memukau pandangan. Apa yang penting jenama terkenal ini sentiasa mengekalkan standard material bagi menjaga kualiti serta integriti produk.
Di bawah peranan kreatif Lucas Ossendrijver, Lanvin mengilhamkan gaya buat lelaki yang kosmopolitan serta sofistikated. Nilai estetika yang eksklusif cukup sebati dengan jenama Lanvin di mana ia menyerlahkan aura gaya seorang lelaki kota. Segala keperluan fesyen lelaki boleh diperoleh di sini termasuk koleksi sut, kemeja, jaket, seluar serta aksesori kecil.
DEKORASI
Butik berkeluasan sekitar 2,040 meter persegi ini menampilkan perincian yang mencerminkan tradisi Perancis iaitu tempat jenama Lanvin diasaskan. Melihat kepada dekorasinya, Lanvin ternyata punya trend mengikut cita rasa masa kini.
Elemen mewah dipadukan bersama sentuhan minimalis moden mencetuskan sebuah keseimbangan yang cukup harmoni. Hiasan dalaman yang berteraskan kontemporari menyerlahkan lagi nilai eksklusif butik ini.
Berkonsepkan gaya hidup moden yang serba ringkas, butik Lanvin menyuntik elemen segar serta santai buat para pengunjungnya. Penggunaan rona hitam khususnya pada kerangka pintu masuk butik menyerlahkan elemen eksklusif dan maskulin. Dekorasinya juga bercirikan rekaan yang inovatif dan artistik yang disenangi ramai.
Tersusun kemas setiap koleksi ready-to-wear buat tatapan para pengunjung. Turut dilengkapi dengan lampu chandelier yang menjadi antara fokus utama di butik Lanvin. Manakala susun atur produknya yang rapi memberikan keselesaan. Berkunjunglah ke butik Lanvin bagi merasai pengalaman beli-belah yang eksklusif di samping layanan terbaik. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.