Sebagai seorang wanita, sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan. Terutamanya jika anda merupakan wanita bekerjaya yang sering berurusan dengan orang lain atas tuntutan kerja.
Sebagai seorang ‘public figure’ pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau nama pentasnya Mira Filzah yang cukup terkenal kerana memiliki kecantikan semulajadi hingga membuatkan banyak mata terpesona melihatnya.
Malah, Mira juga tidak terkecuali mengalami masalah kecantikan seperti jerawat dan kulit kusam. Namun, usah khuatir! Kerana pelakon jelita, Mira Filzah mempunyai remedy tersendiri menyelesaikan masalah ini.
Ini tiga tips mudah, untuk para wanita kekal kelihatan segar sepanjang hari meski ketika sedang bekerja.
1. Minum Banyak Air Masak
“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.
Ads
“Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.
“Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan kusam,” ujarnya.
2. Jangan Culas Pakai Krim Pelindung Matahari Dan Pelembab
“Kadang-kadang jika shooting outdoor seperti di kawasan kampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.
Ads
“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab,” jelasnya.
Selain itu, Mira juga mengingatkan wanita di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
Ads
3. Pastikan Cuci ‘Make Up’ Dengan Bersih “Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Mira tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Kalau dulu selebriti jelita seperti Aishwarya Rai, Kajol, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra mewarnai industri filem Bollywood kini muncul pelapis baharu yang memiliki pakej lengkap bergelar bintang di India. Salah seorangnya ialah anak aktor terkenal Saif Ali Khan ini.
Meniti usia 30 tahun, Sara Ali Khan tidak sekadar dikagumi peminat filem Bollywood kerana mewarisi wajah cantik ibunya. Bahkan dia juga memiliki perwatakan menarik dan ‘humble’.
Anak Saif Ali Khan, Sara Ali Khan Jadi Inspirasi
Sara merupakan anak sulung Saif Ali Khan bersama bekas isteri yang juga pelakon Amrita Singh. Sara juga mempunyai seorang adik lelaki iaitu Ibrahim Ali Khan. Jelitawan ini dilahirkan di Mumbai, India dan berketurunan bangsawan Pataudi.
Meskipun dilahirkan dalam ‘dulang emas’ namun Sara Ali Khan seorang wanita berdikari dan mementingkan pelajaran. Dia dilapor menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Sejarah dan Sains Politik, Columbia University pada 2016.
Memandangkan darah seni yang kuat mengalir dalam diri, Sara menerusi laporan media NDTV.com mendedahkan ketika masih berada pada tahun akhir pengajian dia sudah mula mengambil kelas lakonan demi meneruskan minatnya dalam industri seni.
Bersandarkan kecantikan dan kecemerlangan akademik, Sara menjadi salah seorang bintang baharu kesayangan peminat di India ketika ini dan meraih populariti kerana keperibadian yang ada dalam dirinya.
Semangat Anak Saif Ali Khan Ini Turun Berat Badan Dipuji
Malah aktres ini juga sering membuatkan penonton tertawan dengan rupa paras yang dimiliki dan menjadi inspirasi wanita kerana kejayaannya menurunkan berat badan.
Tidak malu berkongsi bentuk fizikal yang dialami suatu ketika dahulu, Sara mengaku pernah berdepan masalah berat badan sehingga mencecah 96 kilogram.
Lebih memeritkan, dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang menyukarkan Sara untuk menurunkan berat badan. Walau bertubuh gempal waktu itu namun dia tetap positif dan ceria di samping keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.
Sara Ali Khan juga mendedahkan semasa akhir tahun kedua pengajian di Columbia University, dia bercita-cita mahu bergelar pelakon dan menyedari perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badan yang dialami untuk menggapai impian tersebut.
Berkat usaha keras dan dedikasi untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.
Biarpun ibu dan bapanya sudah berpisah tapi Sara berhubungan baik dengan ibu tiri yang juga pelakon terkenal, Kareena Kapoor. Malah, dia disifatkan seorang kakak yang penyayang dan rajin melayan adiknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jeh Ali Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, pasangan ini dikhabarkan sedang bercuti ke luar negara.
Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Buah Hati Putera Mateen
Dalam hantaran terbaharu anakanda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ini di media sosial, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah kini menikmati percutian musim sejuk di kota London.
Tidak sekadar melancong di samping isteri tercinta, Putera Mateen turut memuat naik momen istimewa bertemu Ketua Negara Britain, Putera Charles dan Perdana Menteri, Keir Starmer.
“It was an honour to meet King Charles III once again, as well as the Prime Minister. We take great pride in the enduring bond between Brunei and the UK – like old friends reconnecting.”
Putera Mateen Ucap Hari Lahir Buat Anisha Rosnah
6 November lalu, putera diraja kacak ini menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-30 buat isteri tercinta.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan diraja gilang-gemilang itu, Istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung selama beberapa hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024, Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari dan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.
Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Sejak bergelar suri hati Putera Mateen, penampilan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi tumpuan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki.
Difahamkan wanita cantik ini ialah cucu penasihat negarawan Brunei dan pasangan diraja ini sudah mengenali sejak kecil. Malah, Putera Mateen bersahabat baik dengan abang Pengiran Anak Isteri Anisha iaitu Daniel Deen Isa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sangka! Rupanya ada 3 sebab kenapa bersenam perlu ketika puasa. Selama ini kita sering anggap ketika puasa, aktiviti senaman juga ‘terpaksa’ direhatkan. Rupanya puasa bukan alasan untuk tidak bersenam.
Menurut Pakar Nutrisi Kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) Aimran Jamil, “Jika ingin turunkan berat badan ketika bulan puasa ini, tidak perlu terlampau paksa diri untuk bersenam takut menjejaskan diri sendiri.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Cukup hanya dengan defisit kalori dan jaga pemakanan, berat badan akan mampu dikurangkan,” katanya.
3 Sebab Kenapa Bersenam Perlu Ketika Puasa ialah;
Senaman mampu buat umat Islam lebih cergas beribadah pada bulan Ramadan.
Fungsi senaman adalah untuk kekalkan berat badan dan kecergasan.
Oleh itu, tubuh akan lebih peka ketika solat tarawih dan dapat tidur lebih nyenyak.
Gambar hiasan. Foto: The dUCk Group.
Tip Bersenam Ketika Puasa
Waktu sesuai bersenam adalah 30 minit atau sejam sebelum berbuka.
Intensiti bersenam tak perlu berlebihan sampai penat atau tekak kering.
Cukup hanya dengan berpeluh, contohnya kalau berlari tetapkan dulu masa selama 30 minit kemudian naikkan kepada 40 minit.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @ctdk
Bagi mengelakkan tubuh lesu ketika berpuasa;
Kalori yang diambil perlu hampir sama ketika bersenam pada hari biasa.
Pengambilan karbohidrat dan minuman bergula berlebihan perlu dielakkan.
Pengambilan protein akan bantu baiki semula tubuh selepas bersenam, di mana proses kecut regang otot berlaku.
Sel darah, otot dan hormon semuanya dibina melalui protein akan membantu tubuh berfungsi dengan baik.
2 biji telur rebus semasa sahur cukup untuk sumber protein sepanjang hari.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @belladally
Sumber: Infografik BERNAMA / Ketua Jabatan Pengajian Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden / Pakar Nutrisi Kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) Aimran Jamil.
Makan selepas senaman dapat menggantikan kalori yang anda telah gunakan.
Penting untuk menambah glikogen yang telah habis digunakan semasa latihan.
2. Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).
3. Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.
Gambar hiasan. Foto: Instagram @nabila.razali
Apabila tidak makan selepas melakukan senaman, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menjadi rendah. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan.
Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.