Misi Menyelamatkan Kucing; Mulia Sungguh Hati Sukarelawan MAWForce Ini Menyelamatkan Anak Bulus

Kucing adalah haiwan peliharaan yang manja. Bermain dengan kucing dapat menghilangkan stres di tempat kerja atau masalah yang membelenggu diri. Siapa yang menyayangi kucing pasti merindui kelibat anak bulus ini jika sekejap sahaja hilang dari pandangan. Tapi banyak juga kucing-kucing terbiar yang menjadi kebenciaan manusia.

Atas dasar keprihatinan terhadap kucing, team volunteer MAWForce ini telah berganding tenaga menyelamat dan merawat kucing yang tidak bertuan ini. Kucing-kucing ini telah diletakkan di suatu tempat yang selamat dengan pantauan yang sempurna seperti yang telah dikongsi oleh Saudara Asrol Adizar

di aplikasi popular baru-baru ini.

CK Shelter juga mempunyai vet panel bagi merawat dan pemantauan kesihatan kucing-kucing di sini. Sebelum ini, kita bersama Dr Nur Aishah tapi memandangkan beliau dah semakin sibuk sebab bisnes beliau semakin berkembang, maka saya telah menjemput Dr Johaimi dari SAMC Seri Bangi utk menyertai kami.

Dr Johaimi dan juga pembantu beliau telah sama-sama datang ke CK Shelter bagi merawat kucing-kucing yang memerlukan rawatan di sini. Antara rawatan yang dilakukan pada hari tersebut :

22 ekor kucing telah divaksin
2 ekor kucing dimandulkan
2 ekor kucing menjalani pembedahan memotong ekor kerana kecederaan akibat bergaduh
dan ubat-ubatan untuk kucing selsema serta fungus…

Untuk menanda kucing-kucing yang telah divaksin, kami memakaikan kolar kepada mereka selain buku vaksin yang dibekalkan sebagai rekod. Insyaallah, kami akan lakukan sedaya upaya kami bagi memastikan kucing-kucing yang berada di sini terurus dan selesa.

Hasil sumbangan dari para penderma, RM2000 telah dibayar sebagai kos rawatan dan caj consultation serta house call. Jumlah baki donation akan dibawa ke hadapan untuk kegunaan masa akan datang.

Terima kasih pada semua yang terlibat, semoga ada ganjaran atas budi baik yang kalian curahkan…,” kongsinya.

IKLAN
Share