Nama selebriti Shazrina Azman, atau Mizz Nina, sekali lagi mencuri tumpuan peminat yang mengikuti perkembangan krisis Asia Barat di media sosial.

Menggunakan pengaruh seni dan followers yang mencecah 841,000 (Instagram) serta 1.1 juta (Facebook), anak bongsu kepada Tokoh Perbankan Negara, Tan Sri Dato’ Azman Hashim ini berjihad dengan menyebarkan maklumat terkini berkenaan saudara kita di Palestin.

IKLAN

Sedari sejak bermulanya insiden pencerobohan di Masjid Al-Aqsa iaitu pada 8 Mei lalu, sewaktu ramai jemaah tiba-tiba diserang musuh ketika menunaikan solat, Mizz Nina telah mula menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap isu kemanusiaan di sana.

Mizz Nina Imbau Kenangan Di Masjid Al-Aqsa, Tergamam Dengar Dentuman B0m Waktu LIVE!
Foto: Fitra Premium

Boleh dikatakan setiap hari Mizz Nina memuat naik perkembangan di Gaza, antaranya sebuah video throwback bersama suami tersayang, Noh Salleh, ketika percutian mereka pada tahun 2017, di masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

“Ini untuk mengingati saudara seislam kita di Palestin, dan untuk selalu menyokong perjuangan mereka… Ia perjuangan kita juga.

Teruskan berdoa untuk keselamatan mereka yang tertindas. Doakan mereka pada waktu berbuka di malam-malam terakhir Ramadan ini dan minta kepada Tuhan agar membuka hati kita membantu mereka di sana…” Mizz Nina

 

SEBAK

Terbaharu, Mizz Nina turut menghubungi satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Gaza secara LIVE di Instagram, iaitu Ustaz Nadir Al-Nuri.

IKLAN

Dalam rakaman IG LIVE tersebut, kedengaran dentuman b0m menjadi latar panggilan video tersebut. Jelas, wajah Mizz Nina dan suami kelihatan sebak mengenangkan nasib penduduk Palestin yang diancam ketakutan sepanjang masa.

Kelihatan Noh tertunduk sebak, sementara Mizz Nina beristighfar berkali-kali mendengar situasi mencemaskan secara langsung itu.

Mizz Nina Imbau Kenangan Di Masjid Al-Aqsa, Tergamam Dengar Dentuman B0m Waktu LIVE!

IKLAN

 

Walaupun umum mengetahui bahawa Mizz Nina merupakan anak jutawan negara dan she was born with a silver spoon in her mouth, namun wanita ini tetap merendah diri dalam soal kebajikan. Hakikatnya, mungkin sudah banyak beliau berhabis untuk membantu masyarakat Palestin yang jelas memerlukan pelbagai bantuan keperluan pada saat ini.

Mizz Nina turut berkongsi saluran bantuan yang sahih bagi para peminat yang sudi meringankan beban rakyat Palestin. Kempen #MyAqsaDefenders antaranya dikendalikan sendiri oleh Ustaz Nadir Al-Nuri yang menjadi wakil kecil Malaysia di sana untuk menguruskan segala bantuan yang diperlukan.

Syabas Mizz Nina, semoga usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu hak kemanusiaan di Palestin dicontohi oleh lebih ramai influencers terkenal yang lain.

Sumber: Instagram @officialmizznina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI