Pelakon wanita berbakat besar, Emelda Rosmila bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang. Walau secara luaran, suaminya yang merupakan pelakon Adlin Aman Ramlie nampak garang namun hakikatnya dia melayan isteri tercinta dengan penuh kasih sayang.
Ini diakui Emelda sendiri di media sosialnya bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 pada Mei lepas.
Jarang berkongsi sisi peribadi kepada umum, Emelda atau mesra di sapa Mel dan adik kepada Datin Emylia Rosnaida ini memberitahu mereka mula berkenalan pada tahun 2005 sebelum memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2009.
Video romantis Emelda & Adlin Aman Ramlie
“It was not an easy journey understanding each other, trust me! As we’re totally 2 different people, with 2 wildly different hearts. Different in so many ways. Yes! Different. Kadang tertanya, apa rahsia Allah SWT satukan pasangan yang berbeza? Pasti tak salah percaturan Allah dalam menetapkan jodoh seseorang.
Bila decide nak say yes tu, terfikir sure ke nak kawin dengan Adlin Aman Ramlie ni? Kan berbeza sikap, pemikiran. Hanya satu soalan saja Mel tanya pada diri, adakah dia type of lelaki yang akan jaga Mel bila Mel sakit?
Perkahwinan adalah perjalanan hidup yang panjang atas izin Allah. Tak semuanya manis & menyenangkan. Mengenali Adlin selama 4 tahun, Mel tahu dia seorang lelaki yang boleh jaga Mel susah & senang.
Adlin orang yang kuat. Fikiran dia sihat, sentiasa bersemangat dalam semua perkara yang dia suka. Allah bagi pasangan yang berlainan spesies supaya kita saling melengkapi each other.
Menutupi segala ruang kosong dengan kelebihan kita. Alhamdulillah 18 tahun dah pun berlalu, banyak pelajaran & pengajaran yang Allah bagi. Tak semua benda yang kita nak dapat, Allah bagi benda yang kita perlu. Mel lebih tenang jadi orang yang bersyukur & bersederhana.
Bila kita syukur Allah akan tambah nikmat. Bersyukur ada pasangan yang masih setia di sisi, yang kuat, supportive, tak pernah berkira dengan family, yang mudah, tak pernah sekali pun sepanjang kahwin Adlin tegur cara Mel handle rumah tangga.
Nak masak, nak tidur, nak rehat, nak bermalasan semua terserah. Asalkan happy. Tak pernah say no to apa-apa saja keinginan Mel jika ada kemampuan, yang akan bangun 4am pergi kedai kalau Mel lapar.
Yang bangun jaga susukan Edra masa baby, yang sediakan sahur bila Mel penat kerja. Jarang sekali Mel dengar dia merungut. Mel celebrate kesempurnaan pada sisi itu.”
Ujarnya lagi, “Di sebalik muka ketat, hanya Mel je yang tahu sisi-sisi romantis dan pengorbanan dia yang tak pernah habis, walaupun dilakukan dengan muka ketat. Thank you so much B.
You tahu I tak pernah meminta-minta yang bukan-bukan. Jauh sekali nak meminta intan & permata. Hanya nak rasa cukup dalam diri. I doakan you sihat kuat & Allah panjangkan usia you, banyak lagi cita-cita dan keinginan you belum tercapai, sebagai isteri I akan selalu doakan kesejahteraan you.
Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke syurga, Allah merahmati, memberkati rumah tangga kita sentiasa. Tetapkan hati kita untuk terus menyayangi, menghormati antara satu sama lain dalam reda Allah.
Setiap hari kita selalu ada ruang memperbaiki diri jadi insan lebih berkualiti. Thank you for 18 years. Bersyukur sangat Allah masih bagi kita bersama. Cuma boleh doa yang baik-baik, selebihnya Allah yang tentukan.
Rumah tangga Mel dan Adlin lebih bermakna dengan kehadiran seorang anak angkat lelaki itu Edra Rafael Adlin berusia 12 tahun.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/dato-ac-mizal-bangga-anak-genggam-diploma-reeve-pernah-viral-dapat-kereta-mercedes-umur-18/