Mula Cari Duit Sendiri Sejak Usia 14, Kini Tyra Kamaruzzaman Optimis Bina Empayar Niaga

Seronok melihat anak muda yang bijak merencana perjalanan karier dan tak takut untuk memulakan perniagaan. Wanita cantik ini juga tak terkecuali. Baru menginjak ke usia 22 tahun Tyra Kamaruzzaman sudah memiliki rangkaian kosmetik sendiri! Hebat bukan?

Lebih hebat apabila baru 2 tahun mengusahakan produk kecantikannya, gadis manis ini sudah berjaya memiliki kereta mewah hasil titik peluhnya sendiri. Sememangnya kejayaan gadis yang mempunyai nama sebenar Athirah Kamaruzzaman ini menyuntik inspirasi.

Foto: Instagram @tyrakmrzmn

Bercerita tentang reward diri sendiri ini, “Sebenarnya saya mula cari duit sendiri sejak umur 14 tahun lagi. Bermula daripada Instagram, ada yang bayar untuk product endorsement dan ada yang bayar untuk jadi model jenama mereka. Bila dah start

dapat duit poket sendiri, saya jadi seronok sebab tak payah nak minta duit belanja daripada parents dah.

Bermula dari situ memang saya dah set target nak cari duit poket sendiri. Lepas umur dah meningkat, saya mula suka bersolek sebab suka tengok youtube tutorial tentang solekan. Masa tu mula dah nak pandai melawa,” tutur Tyra sambil tersenyum.

Foto: Instagram @tyrakmrzmn

Tambahnya lagi, “Bila terima first paycheck yang ‘besar’ itu, saya masuk Sephora dan beli my first makeup. Sebab sebelum tu saya suka pakai kakak-kakak punya saja. Lepas dah start beli sendiri punya, saya jadi suka tengok jenama mekap yang kreatif.

Daripada situ, saya dah set azam untuk ada jenama solekan sendiri. Alhamdulillah, rezeki itu datang bila usia saya 18 tahun. Saya mula merancang untuk jenama sendiri dan alhamdulillah Beautyra dilancarkan masa umur saya 19 tahun, masa tu tahun 2018,” bicara Tyra yang mempunyai latar belakang keluarga yang menceburi bidang perniagaan.

Foto: Instagram @tyrakmrzmn

Tak sangka, gadis kecil-molek ini rupa-rupanya minat kereta. Patutlah reward

diri dengan kereta. “Apa yang buat saya bersungguh-sungguh sampai boleh beli kereta mewah adalah kerana memang minat kereta. Selama ini saya menumpang atau guna kereta ayah.

Jadi saya dah nekad untuk beli kereta sendiri. Kalau pergi kerja boleh bawa kereta sendiri. Saya juga nak beli something big untuk reward diri sendiri sebab dah 2 tahun bekerja untuk Beautyra,” ulas Tyra yang mempunyai impian untuk membeli kereta Mercedes-AMG G 63.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Seperti usahawan muda lain, keluarga adalah pembakar semangat gadis kecil molek ini. “Alhamdulillah, bila dah beli kereta sendiri, parents saya gembira sangat. My whole family was happy dan itu sebenarnya pembakar semangat saya. My family is my everything,” ujar Tyra.

Bercerita tentang prinsip hidupnya, “Prinsip yang saya selalu pegang ialah always to be yourself. Tidak kiralah apa yang orang cakap mengenai diri anda, paling penting jadilah diri sendiri dan bukan jadi diri atas kehendak orang lain.

Foto: Instagram @tyrakmrzmn
Foto: Koleksi Majalah Nona

Jangan sesekali pedulikan apa orang cakap walaupun kadangkala anda rasakan perkara itu betul untuk dilakukan. Anda lebih tahu apa yang lebih terbaik untuk diri anda,” jelas gadis ini.

Dalam masa 5 tahun akan datang apakah kejayaan yang telah dicapai? “Dalam masa 5 tahun akan datang, saya nak beli rumah untuk diri sendiri dan inshaaAllah nak join buat real estate pula.

Foto: Instagram @tyrakmrzmn
Foto: Instagram @tyrakmrzmn

Ketika itu saya berharap mampu beli apa sahaja yang parents saya nak inshaaAllah,” kata Tyra. Patutlah rezeki gadis ini mencurah-curah rupanya sentiasa mahu membahagiakan ibu dan bapanya. Sejuk perut ibunya mengandung.

IKLAN
Share